Wednesday, May 28, 2008

Kerajaan Perak disaran halang program Islam Hadhari


KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak disaran agar mengikuti langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang yang tidak mengizinkan sebarang program yang berkaitan konsep Islam Hadhari di negeri terbabit.

Saranan itu diutarakan Pemuda PAS Ipoh Timur dan Pemuda PAS Pasir Salak sebagai respons kepada pendirian kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang berhubung konsep Islam Hadhari ciptaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Pemuda Ipoh Timur, Salman Saleh dan Ketua Pemuda Pasir Salak, Zamarul Aini Abd Malek, dalam kenyataan bersama mereka berkata, langkah itu perlu diikuti bagi menyatakan pendirian agar mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

"Bagi kami, Islam Hadhari amat menyalahi prinsip sebenar Islam kerana ajaran Islam sekarang sudah sempurna keseluruhannya. Kami yakin, bahawa Islam yang diamalkan dari dulu dan hari ini tidak berubah, sekali gus cukup sempurna," tegas mereka kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Salman dan Zamarul Aini turut menyarankan supaya semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau mempunyai hubung kait dengan Islam Hadhari.

"Kami juga menegaskan agar semua pihak menghormati keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak kelak untuk memastikan agama Islam didaulatkan di tempat yang terbaik," tegas mereka lagi.

Pada 26 Mei lalu, ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun, di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, mengumumkan kerajaan negeri Selangor tidak mengizinkan sebarang bentuk program berkonsepkan Islam Hadhari, memandangkan Islam yang selama ini sudah cukup sempurna. - mns

Saran ubah gaya hidup tetapi kerajaan belanja besar

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kerajaan hari ini sekali lagi dikritik berikutan sikap dan tindakannya yang sering kali memperuntukan jumlah wang negara yang banyak kepada perkara-perkara yang tidak memberi kepentingan kepada negara dan rakyat jelata.

Malah dilihat menyalurkan wang kepada projek-projek yang tertentu seperti penganjuran kejohanan yang tiada kaitan dengan keperluan rakyat khususnya yang sangat memerlukan.

Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mempersoalkan sikap kerajaan yang pandai menasihati dan memberi saranan kepada rakyat agar berjima cermat berhubung peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi dalam masa sama memberi peruntukan yang besar kepada syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan kejohanan sukan seperti Le Tour de Langkawi yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Pandai suruh rakyat ubah gaya hidup, jimat cermat...suruh makan nasi sikit tetapi kerajaan sanggup memberi peruntukan jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya sewaktu meminta penjelasan kepada ucapan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang membangkitkan isu peruntukan penganjuran lumba basikal itu.

Beliau mencadangkan agar satu semakan semula dibuat ke atas akaun dan laporan syarikat-syarikat yang menganjurkan kejohanan itu untuk memastikan dan mempertimbangkan sama ada sudah sampai masanya penganjur 'berdikari' tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.

Sementara itu Tian Chua (Batu-Keadilan) turut menambah bahawa kerajaan perlu sedar dan tidak membantu lagi syarikat yang menganjurkan Le Tour de Langkawi ini kerana menghadapi masalah kewangan malah kes mereka sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam pada itu Ibrahim Ai menambah bahawa perlu diteliti dengan lebih terperinci supaya ianya tidak dilihat membazir wang kerajaan dan bersetuju dengan pendapat Kamarudin supaya mengkaji semula laporan kewangan syarikat terbabit.

"Monsoon Cup di Terengganu menelan belanja sampai RM300 juta. Le Tour de Langkawi juga jutaan ringgit setiap kali kejohanan.

"Apa kata kalau jumlah wang yang banyak itu kerajaan berikan kepada mereka yang berhak mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran. Ramai yang layak untuk dapat biasiswa tetapi kerajaan hanya mampu beri kepada sedikit sahaja," katanya yang dilihat membidas ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan hanya mampu memberi biasiswa kepada seramai 2,000 orang sahaja.

Tuan Guru Nik Aziz berangkat menunaikan umrah pagi tadi


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongan telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pagi tadi.

Turut serta bersama beliau, isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan itu dijangka akan berada di Mekah selama dua minggu.

Ustaz Nik Aziz ketika ditemui di bilik rehat VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa penerbangan beliau daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berhenti pada jam 8.50 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya pada jam 3 pagi.

Dalam pertemuan ringkas bersama ahli parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan Senator Mumtaz mat Nawi, beliau sedang berehat bersama keluarga melahirkan rasa syukur beliau kerana berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Sungguhpun begitu, Ustaz Nik Aziz masih sempat bertanyakan mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan dewan rakyat dan dewan negara kepada kedua-dua ahli parlimen tersebut.

Siti Zailah dan Senator Mumtaz, beserta rakyat Kelantan keseluruhannya mendoakan kesihatan Tuan Guru, agar beliau dapat menyempurnakan ibadah umrah serta kembali bertugas dengan sebaiknya.

Sepanjang pemergian beliau selama dua minggu, jawatan MB Kelantan dipangku oleh Dato' Husam Musa kerana TMB Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob sedang menjalani rawatan di hospital Kota Bharu. - mr

Perak FM masih enggan benarkan MB ke udara di radio


SRI ISKANDAR, 27 Mei (Hrkh) - Perak FM sehingga kini masih tidak memberi peluang kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin untuk ke udara di radio walaupun Menteri Besar Perak itu sebelum ini telah memohon kepada Kementerian Penerangan agar diberikan ruang untuk ke udara di Perak FM.

Tindakan Perak FM tersebut mendukacitakan dan mengecewakan Menteri Besar Perak kerana permintaan tersebut tidak dilayan sehingga kini sedangkan beliau adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

"Saya hendak bercakap selama setengah jam pun cukup bagi membolehkan saya menyampaikan maklumat kepada rakyat Perak, tetapi sehingga kini tidak dibenarkan." katanya.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata demikian dalam ucapannya di majlis Program Bersama Rakyat Sempena Lawatan Kerja Ke Daerah Perak Tengah di perkarangan pejabat Majlis Daerah Perak Tengah di sini semalam.

Menurut beliau, sikap 'membisu' dan tidak memberikan maklum balas terhadap permohonan beliau itu menunjukkan seolah olah Perak FM dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang ada sekarang sedangkan Kerajaan Pakatan Rakyat telah diberikan mandat mentadbir negeri ini.

"Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang sah, yang telah dipilih oleh rakyat dan Sultan Perak telahpun berkenan kami memerintah negeri ini," ujar beliau.

Beliau cukup kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Perak FM, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melayannya dengan baik sewaktu beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri di Putrajaya baru baru ini.

"Saya memang berhasrat sangat untuk ke udara di radio bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat Perak, tetapi malangnya hasrat saya tidak kesampaian sehingga kini kerana 'dihalang'," jelasnya.

Beliau berharap RTM bersifat terbuka dan profesional dan menghormati keputusan yang dibuat rakyat negeri ini pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, seterusnya membenarkan beliau ke udara di radio bagi menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat di negeri ini. - mns

PAS Batu Gajah gesa Kerajaan Negeri tubuh Yayasan Islam Perak

BATU GAJAH, 27 Mei (Hrkh) - PAS Kawasan Batu Gajah merasakan kepentingan pendidikan aliran agama Islam dalam melahirkan muslim yang beriman, berakhlak dan berilmu, perlu dipertingkat dan diperkasakan bagi melahirkan pelapis kepada golongan ulama dan kepimpinan Islam.

Peranan tersebut perlu dipikul oleh sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) di negeri, tetapi dalam masa sama sekolah agama rakyat Perak tidak mempunyai satu badan yang khusus untuk memantau urusan pentadbiran, latihan dan kebajikan guru, kewangan dan pembangunan SAR,

Menyedari hakikat itu PAS Kawasan Batu Gajah mendesak Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat menubuhkan Yayasan Islam Perak bertujuan menjaga dan menguruskan keseluruhan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di Perak secara berpusat.

Ini dapat menjamin kesinambungan SAR di Perak di samping menyusun dan menyelaras satu bentuk sistem dan kurikulum bersapadu untuk pemerkasaan pelajar dengan lebih berkesan.

Usul berkenaan telah diterima oleh seluruh perwakilan yang telah menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu Gajah yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu beberapa perwalilan yang ditemui mengharapkan usul tersebut diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri khususnya ke arah menubuhkan Yayasan Islam Perak bagi menjamin sekolah agama rakyat di negeri ini dapat pembelaan sewajarnya terutama dari sudut kewangan dan kelengkapan sekolah. - mns

Isteri MB Perak dijangka rasmi sambutan Hari Ibu Parlimen Parit

PARIT, 27 Mei (Hrkh) - Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Fatimah Taat dijangka akan merasmikan sambutan hari ibu peringkat Parlimen Parit yang akan diadakan di Dewan Bota Kanan pada 3 Jun ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Parit, Dr Najihatulsolehah Ahmad dalam satu pertemuan dengan wartawan harakah di sini semalam.

Sambutan hari ibu peringkat Parlimen Parit diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para ibu dalam mendidik anak-anak, dalam masa sama sanggup berkorban untuk perjuangan Islam.

Majlis anugerah ibu mithali bagi Parlimen Parit merupakan anjuran Hal Ehwal Wanita Parlimen Parit, dengan kerjasama Majlis Guru-Guru Pasti Kawasan Parit dan Unit Nisa' kawasan tersebut.

Bagi menyerikan lagi sambutan hari ibu Parlimen Parit, pihak penganjur akan mengadakan konsert amal yang dijangka diadakan di Stadium Mini Bakri Rais, Bota Kanan bermula jam 8.00 malam pada hari sama.

Pihak penganjur telah mengundang penyanyi nasyid yang terkenal di negara ini, iaitu Akhil-Hayy. Mereka yang berminat untuk menyaksikan Konsert Akil Hayy bolehlah mendapat tiket berharga RM10.00. di pintu masuk stadium.

Orang ramai boleh juga membuat tempahan tiket dan membelinya dengan menghubungi Puan Salmiah di talian 019-4104067 dan Puan Anum di talian 017-5482963. - mns

Tuesday, May 27, 2008

P.Ramlee dan Bujang Lapok gelar Umno itu umpama Sarkis

Tentunya kita semua adalah peminat Allahyarham P.Ramlee.
Tak kira samada filem-filemnya mahupun lagunya terpahat kuat diingatan.

Namun terkadang kita tak terperasan akan sindiran yang dilontarkan melalui karya-karyanya.

Rupa-rupanya ada adegan dimana P.Ramlee dan S.Samsudin mempersendakan Umno tak ubah umpama sarkis melalui filem Pendekar Bujang Lapok.

Tak percaya? Tontoni semula babak itu disini.

Boleh anda bayangkan apa akan terjadi kepada mereka andaikata lakonan itu dibuat pada masa zaman sekarang ini? ISA lah agaknya tindakan terhadap mereka.

Saturday, May 24, 2008

Pemilihan Ketua Kampung : Penduduk diminta mendaftar sebagai pengundi

BUKIT GANTANG, 21 Mei (Hrkh) - Penduduk di Mukim Matang diminta mendaftar sebagai pengundi bagi memilih ketua kampong yang baru sesuai dengan arahan Kerajaan Negeri baru baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum berkata demikian dalam satu perjumpaan dengan penduduk kampung yang dihadiri Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan Negeri Perak yang diadakan di Dewan Orang Ramai Matang Gelugur Ahad lalu.

Menurut Roslan, terdapat 13 buah kampung dalam Mukim Matang dan penduduk kampung dikehendaki membuat pendaftaran pada 27 Mei ini di semua dewan orang ramai bagi memudahkan proses mengundi ketua kampung tersebut.

Roslan dalam ucapannya juga turut menyentuh kenaikkan harga barang khasnya beras yang pastinya merumitkan dan membebankan golongan miskin dan ibu tunggal.

Menyedari tentang keperitan kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh ibu tunggal menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat merasa terpanggil bagi membantu mereka.

Beliau berterima kasih kepada Kerajan Negeri yang memperuntukan RM1 juta bagi membantu golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan menerima bantuan berupa 30 kilo beras, minyak, gula dan wang tunai sebanyak RM100.00.

Sementara itu Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng dalam ucapannya meminta penduduk menubuhkan koperasi bagi memudah Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan ataupun projek yang kelak menguntungkan penduduk setempat. - mns

Pengamal media perlu berubah mengikut iklim politik pasca 8 Mac

IPOH, 23 Mei - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata para pengamal media di Perak hendaklah memastikan cara penyampaian laporan mereka selari dengan perubahan iklim politik pasca pilihan raya umum lepas agar mereka terus relevan di hati masyarakat.

Bernama melaporkan beliau berkata para pengamal media yang tidak rela berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan masih meneruskan pemikiran tradisional untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya akan dipinggirkan oleh masyarakat yang telah berubah.

"Akhbar-akhbar yang tidak rela menukar jenis-jenis analisis mereka, yang masih lagi membuat 'monotonous reporting' (laporan membosankan)... 'one way reporting' (laporan sehala)... dengan niat yang tak berapa nak sihat, lambat laun mereka akan disisihkan.

"Oleh kerana apa... oleh kerana masyarakat akan mencari sumber-sumber maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan era pemikiran hari ini," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Beliau berkata umur dan hayat media adalah bermusim dan sejarah telah membuktikan banyak media terkenal di seluruh dunia dan sangat dihormati serta mempunyai jumlah pembaca yang tinggi akhirnya berkubur kerana enggan mengikuti arus perubahan politik yang berlaku.

Menurut Mohammad Nizar media yang enggan berlandaskan kepada kebenaran dan elemen keadilan di dalam laporan mereka juga tidak akan bertahan lama dan akhirnya akan turut dipinggirkan oleh masyarakat yang sentiasa dahagakan kebenaran.

Beliau menyarankan pengamal media di Perak membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil supaya ia bersesuaian dengan naluri manusia yang berkehendakkan kebenaran.

Mohammad Nizar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bersikap terbuka, mesra media dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada media di sini supaya suara kerajaan negeri dapat didengari dan disampaikan kepada rakyat negeri ini.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar media yang berpangkalan di Ipoh menghadiri majlis jamuan itu.

Kunjungan MB beri harapan baru kepada peniaga Medan Kidd

IPOH, 21 Mei (Hrkh) - Kunjungan singkat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ke Medan Kidd semalam memberikan satu harapan baru kepada peniaga di situ, sekali gus memberi harapan kepada mereka sesuatu dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu memajukan perniagaan mereka.

Ini kerana sebelum ini peniaga di situ telah berkali kali meminta Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka tetapi permintaan itu tidak diendahkan dan mantan Menteri Besar itu tidak pun turun mengadakan lawatan di kawasan itu.

Rata-rata peniaga di Medan Kidd melahirkan rasa gembira dengan kunjungan Menteri Besar itu yang turut bertanya kepada peniaga mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Ir Mohammad Nizar Jamaludin dalam sidang akhbarnya menyatakan Kerajaan Negeri amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh peniaga di situ yang mengalami kemerosotan pendapatan selama lebih tiga setengah tahun.

"Kita akan cuba membantu perniaga di sini dan mencari jalan bagi menolong mereka, kita akan pastikan peniaga di Medan Gopeng dan Medan Kidd sama-sama dapat berniaga dan memperolehi pendapatan yang lebih," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya akan menerima beberapa saranan daripada Jawatankuasa Bertindak Stesyen Bas Medan Kidd dan akan meneliti saranan tersebut.

"Setelah kita menerima memorandam tersebut, ia akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa Exco bagi membuat keputusan," jelasnya.
Beliau memberi jaminan, sekiranya terdapat elemen ketidakadilan yang berlaku sebelum ini sehingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada peniaga di Medan Kidd, Kerajaan Negeri akan memperbetulkannya bagi membolehkan perniagaan di situ berjalan dengan baik.

"Saya faham peniaga di sini tertekan kerana perniagaan mereka merosot akibat pengunjung yang kurang, kerana itu kita akan meneliti jika boleh sebahagian bas dapat beroperasi di sini dan kaunter tiket bas dapat beroperasi semula.

"Ini memerlukan kajian dan perbincangan dengan Lembaga Perlesenan dan Perdagangan (LPKP) bagi membolehkan tiket bas dapat dijual di sini, sekali gus dapat merancakkan semula perniagaan di Medan Kidd," tambah beliau.

Turut diberi perhatian temasuklah kemudahan tempat letak kereta, surau dan tandas bagi membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan awam apabila perkhimatan bas diadakan semula di sini.

Beliau akan meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh perniaga di Medan Kidd.

Beliau meminta para peniaga bersabar dan memberi sedikit masa kepada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja berkuasa. - mns

Friday, May 23, 2008

MB Perak: Pengamal media perlu berubah.



IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata para pengamal media di Perak hendaklah memastikan cara penyampaian laporan mereka selari dengan perubahan iklim politik pasca pilihan raya umum lepas agar mereka terus relevan di hati masyarakat.

Beliau berkata para pengamal media yang tidak rela berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat dan masih meneruskan pemikiran tradisional untuk mencari kesalahan pihak lain akhirnya akan dipinggirkan oleh masyarakat yang telah berubah.

"Akhbar-akhbar yang tidak rela menukar jenisjenis analisis mereka, yang masih lagi membuat 'monotonous reporting' (laporan membosankan)... 'one way reporting' (laporan sehala)... dengan niat yang tak berapa nak sihat, lambat laun mereka akan disisihkan.

"Oleh kerana apa... oleh kerana masyarakat akan mencari sumbersumber maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan era pemikiran hari ini," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Bersama Media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Beliau berkata umur dan hayat media adalah bermusim dan sejarah telah membuktikan banyak media terkenal di seluruh dunia dan sangat dihormati serta mempunyai jumlah pembaca yang tinggi akhirnya berkubur kerana enggan mengikuti arus perubahan politik yang berlaku.

Menurut Mohammad Nizar media yang enggan berlandaskan kepada kebenaran dan elemen keadilan di dalam laporan mereka juga tidak akan bertahan lama dan akhirnya akan turut dipinggirkan oleh masyarakat yang sentiasa dahagakan kebenaran.

Beliau menyarankan pengamal media di Perak membuat laporan yang benar dan melayani maklumat itu secara adil supaya ia bersesuaian dengan naluri manusia yang berkehendakkan kebenaran.

Mohammad Nizar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bersikap terbuka, mesra media dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada media di sini supaya suara kerajaan negeri dapat didengari dan disampaikan kepada rakyat negeri ini.

Lebih 50 wartawan dan jurugambar media yang berpengkalan di Ipoh menghadiri majlis jamuan itu.

Bernama

Wednesday, May 21, 2008

MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal.

IPOH,21 Mei - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan agar apa juga masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan mengikut keupayaan kerajaan negeri.

Justeru itu, Kerajaan Negeri memandang berat masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal di negeri ini dengan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu 5,000 golongan ini bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sewaktu menyampaikan ceramah perdananya di Mini Stadium Gugusan Manjoi baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri akan cuba sedaya upaya membantu golongan miskin tegar dan ibu-ibu tunggal di negeri ini tanpa mengira fahaman politik, yang penting kita bertekad untuk membantu mereka," katanya.

Menurut beliau lagi, peruntukan RM1 juta itu bagi bantuan kepada 5,000 golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan mendapat bantuan 30 kilo beras, lima kampit gula, dua kilo minyak masak dan duit belanja dapur RM100.

Pemberian bantuan tersebut sebagai bukti Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh golongan miskin tegar dan ibu tunggal, katanya lagi.

Beliau berharap golongan tersebut yang akan menerima bantuan tersebut akan dapat menggunakannya bagi meringankan sedikit perbelanjaan harian mereka.

"Kerajaan Negeri sedar peningkatan harga barang barang keperluan telah menyebabkan golongan miskin tegar dan ibu tunggal kian terhimpit dengan kenaikan harga barang barang keperluan," jelasnya.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun, Azrul Zairun Zainal Abidin, menyifatkan bantuan yang bakal diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat itu sebagai satu lagi hadiah kepada rakyat negeri ini.

Beliau kagum dengan kesungguhan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan miskin tegar dan ibu tunggal dalam tempoh yang singkat menerajui pemerintahan di negeri ini.

"Dalam masa 60 hari berkuasa pelbagai pembaharuan dan bantuan diberikan kepada rakyat, ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat benar benar berjiwa rakyat," tegasnya.

harakahdaily

Tuesday, May 20, 2008

PAS Perak perkukuh parti, santuni semua kaum.

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - PAS Perak berusaha bersungguh-sungguh memperkukuh parti supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai rakan kongsi penting dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat Negeri Perak.

"Kita mahukan PAS Perak teguh dan kemas di samping kedudukan kerajaan baru Perak yang mantap," kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang kepada Harakahdaily di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Untuk itu, katanya, pelbagai kursus dalaman peringkat negeri, kawasan dan cawangan telah dan akan diadakan dari semasa ke semasa.

Minggu lalu, katanya, lebih 700 pemimpin PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan seluruh Perak, di samping Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat menghadiri majlis taklimat perdana oleh Menteri Besar, Ir Nizar Jamaludin dan beliau sendiri.

Pada majlis taklimat tersebut, MB dan beliau telah menyampaikan amanat kepada seluruh pendukung PAS Perak supaya meneruskan kerja keras memperkukuh parti dengan mengemaskini organisasi peringkat negeri, kawasan dan cawangan.

"Kemenangan kita ini sangat besar maknanya dan walaupun kita hanya menang enam Dun, iaitu hanya menyumbang enam kerusi dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat ini, tetapi maknanya sangat besar dan penting. Justeru kerana Adun kita, Ir Nizar Jamaludin telah diamanahkan memimpin kerajaan negeri setelah dipersetujui oleh Sultan Perak," kata Ustaz Ahmad.

Keyakinan dan kepercayaan Sultan Perak ini, kata Pesuruhjaya PAS itu, sangat bermakna dan menjadi pendorong utama kepada PAS Perak untuk bekerja keras menyumbangkan segala yang terdaya untuk memajukan kerajaan baru Perak.

"Bagi pihak seluruh PAS Perak, saya menjunjung kasih atas kepercayaan Sultan Perak ini," katanya.

Ustaz Ahmad mahukan PAS Perak mempertingkat usrah dan tamrin serta wacana ilmu, supaya pendukung PAS benar-benar mantap dari segi akhlak, ilmu dan istiqamah kepada perjuangan.

Kemenangan yang kita capai ini, katanya, adalah dengan pertolongan Allah SWT hasil daripada keyakinan kita kepada janji Allah SWT amalan dan takwa, seperti yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah At-Talaq ayat 3 dan 4.

Untuk memperkukuh tarbiyah, Pesuruhjaya PAS itu mengharapkan para ulama, seperti masa lalu, memberikan bimbingan yang cukup. Untuk itu, katanya, usrah cawangan, kawasan akan diadakan sekerap mungkin, di samping tafakkuh fiddeen peringkat negeri diadakan sebulan sekali.

Pesuruhjaya PAS itu mengingatkan bahawa dalam era kemenangan ini, cara berfikir ahli PAS mesti berubah.

Mereka mesti berfikir bahawa mereka bukan lagi sebagai pembangkang di Perak tetapi sebagai kerajaan. Justeru, katanya, pendekatan PAS juga mesti berubah. "Kita," kata beliau, "perlu menunjukkan sikap adil, bijaksana dan rendah diri."

Di samping itu, kata Ustaz Ahmad lagi, ahli PAS mesti menerangkan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang adil saksama, beramanah, telus dan bermaruah.

Ahli PAS juga, kata beliau, perlu memperkukuh hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta menunjukkan sikap ramah mesra dan ambil peduli akan nasib rakyat di peringkat akar umbi.

"Ertinya jangan harapkan kerajaan baru saja untuk ambil peduli nasib rakyat pelbagai kaum, tetapi pendukung PAS sendiri mesti menunjukkan sikap prihatin terhadap mereka," kata Ustaz Ahmad.

Menurutnya, menerusi Program Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, pendukung PAS boleh membantu memberitahu dasar kerajaan baru Perak yang sangat pro-rakyat.

Saluran ini, katanya, sangat penting dan mesti digunakan dengan sebaik-baiknya.

harakahdaily

Monday, May 19, 2008

Ceramah Mat Sabu


Buat pertama kalinya, Dewan Orang Ramai Sg Rokam akan mencatat sejarah apabila akan dibanjiri orang ramai untuk mendengar ceramah Mat Sabu.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama meramaikan Dewan Sg Rokam pada 26 Mei ini (Isnin) jam 8.30 malam bagi mencatat sejarah ini.

Umno jual ratusan ekar tanah, Melayu dibiar merempat

Tindakan pemimpin Umno Pahang menjual tanah milik parti itu sebagaimana didedahkan bekas Setiausaha Badan Perhubungannya, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman, baru-baru ini membuka 'belang sebenar' parti itu.

Pendedahan itu membuktikan pengkhianatan Umno negeri terhadap rakyat dan sokongan padu bangsa Melayu terhadapnya.

Ia juga mendedahkan kegagalan Umno sebagai pemerintah yang secara mudah memperolehi tanah melalui kuasa politik, kemudian menjualnya kepada pihak lain untuk mendapat keuntungan segera.

Pada masa yang sama, para pemimpin parti itu sering menasihati rakyat supaya jangan menjual tanah untuk mengaut keuntungan segera, tetapi itulah yang dilakukan oleh pemimpin Umno apabila berada di puncak kuasa.

Pendedahan Tajudin itu sesungguhnya telah membuka pekung di dada para pemimpin Umno yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat.

Rakyat yang dituba dengan janji pembangunan tidak pernah terfikir adanya pekung bernanah disebalik wajah seorang bapa.

Sikap baik pemimpin Umno/BN selama ini meyakinkan rakyat negeri ini sehingga sanggup memberi lagi mandat besar kepada parti itu dalam pilihan raya umum Mac lalu. Umno/BN Pahang seolah-olah tidak terkena langsung tsunami politik yang melanda negara 8 Mac itu.

Bagaimanapun akibat tidak tahan diperkudakan, akhirnya Tajudin bangun bersuara. Itu pun setelah 'dibelasah' dan 'dicantas' sehingga tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lepar.

Tajudin dipercayai menyimpan banyak rahsia parti selain daripada apa yang telah didedahkanya baru-baru ini. Pendedahan Tajudin menyebabkan pengerusi Badan Perhubungan Umno, Adnan Yaakub tersentak dan menuduh Tajudin berbohong.

Adnan mempertikaikan angka 12000 ekar yang didedahkan Tajudin dengan keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta. Bagaimanapun Adnan tidak menafikan berlakunya aktiviti penjualan tanah oleh Umno, hanya angka yang dipertikaikannya. Ini bererti Tajudin tidak berbohong, aktiviti perniagaan tanah sememangnya berlaku.

Adnan menyebut Tajudin berbohong kerana penjualan tanah yang dimaksudkan hanya membabit tanah seluas 400 ekar di Maran. Tetapi Tajudin membukti penjualan tanah di Maran itu melibatkan kawasan seluas 1040 ekar, dan Adnan dicabar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Tajudin mendakwa ada usaha untuk menipu ahli Umno dengan mengatakan tanah berkenaan dijual kepada Yayasan Pahang, bukan dijual kepada syarikat milik bukan bumiputera.
Namun carian di pejabat tanah membuktikan dua bidang tanah seluas 636 ekar dan 404 ekar di Maran itu bukan dijual kepada Yayasan Pahang tetapi kepada Accent Plams dan Promvest Sdn. Bhd. yang beralamat di Selangor. Kedua-dua syarikat itu dipercayai dimiliki oleh individu yang sama berdasarkan persamaan alamatnya.

Mudah Jual

Mengapa Umno dengan mudah memperolehi tanah seluas itu, hanya pemimpinnya sahaja yang tahu. Begitu juga mudahnya Umno menjual tanah yang dimilikinya, hanya pemimpin Umno sahaja yang tahu. Tetapi jika rakyat biasa memohon tanah meskipun hanya untuk tapak rumah, mereka terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapatkan jawaban.

Jawaban mudah kepada persoalan itu ialah kerana kuasa politik. Kuasa politiklah yang menjadikan Umno begitu berkuasa sehingga kebenaran untuk menjual, memajak tanah dan sebagainya berada di tangan menteri besar yang kini disandang Adnan Yaakub.
Kuasanya ditulis dengan jelas pada surat Kaedah Tanah Pahang (jadual 19) bab sekatan kepentingan dimana kebenaran bertulis daripada menteri besar diperlukan untuk memindah milik, memajak dan menggadai mana-mana tanah.

Dalam konteks tanah Umno ini, menteri besar mempunyai kuasa tersebut justeru mudahlah bagi Umno untuk melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan terhadap tanah miliknya.
Adnan adalah pengerusi perhubungan Umno, Adnan juga menteri besar yang meluluskan pindah milik tanah (jual). Semua berada di tangannya. Beliau tidak pernah mendapat kelulusan mesyuarat Exco untuk melakukan urusan bersabit tanah milik Umno itu.

Tanah seluas itu dijual dengan keuntungan RM600 juta, menurut pendedahan Tajudin.
Selepas ini percayalah Umno akan meluluskan kawasan baru pula untuknya selepas semua tanah miliknya habis dijual.

Begitulah cara Umno memperjuangkan bangsanya; dulu, kini dan selamanya! Dan tentunya cara demikian disukai oleh sekalian Umno dan untuk itulah mereka bermati-matian mempertahankan kuasa politik supaya terus kekal ditangan Umno.

Percayalah tindakan Umno itu amat bertentangan dengan hujah ketika berhadapan dengan PAS dalam pilihan raya.

Semasa kempen pilihan raya, parti itu mendakwa kononnya adalah benteng Melayu, mempertahan hak Melayu; tetapi rupanya-rupanya parti itu petualang Melayu yang membolot tanah dan kemudaian menjualnya kepada bukan Melayu.

Sikap ini sepatutnya disedari oleh rakyat sebagai panduan mereka dalam memilih pemerintah pada masa hadapan dan percayalah parti pembangkang tidak terlibat langsung dengan aktiviti penjualan tanah ini!- tajdid

Saya masih sihat dan boleh jalankan tugas - Nik Aziz


KOTA BHARU, 18 Mei: "Saya masih sihat dan boleh jalankan tugas," kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau hanya akan bercuti mulai 26 Mei ini hingga awal Jun untuk menunaikan umrah di Tanah Suci dan semasa ketiadaannya, timbalan beliau, Datuk Ahmad Yaacob akan memangku tugas sebagai Menteri Besar.
Nik Aziz berkata demikian ekoran pertanyaan wartawan selepas timbul berita dalam akhbar The Star tentang pelan persaraan beliau yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim.

MB Perak kunjungi MB Kelantan.

KOTA BHARU, 18 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangannya bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.

Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.

Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, TV3, TV9 untuk membuat liputan.

Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.

Menurutnya, selama itu rakyat Perak dan seluruhnya begitu ‘haus’ dengan kebajikan dan amanah dari kerajaan baru.

“Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.

“Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah,”ujarnya.

Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.

Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

siasahdaily

Thursday, May 15, 2008

Mini Stadium Manjoi akan digegarkan dengan ceramah perdana, 16 Mei ini

IPOH, 14 Mei (Hrkh) - Sempena lawatan kerja Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin ke Daerah Kinta pada 16 Mei ini, buat pertama kalinya Mini Stadium Guguran Manjoi akan digegarkan dengan ceramah perdana.

Mini Stadium Gugusan Manjoi yang dibina diera BN berkuasa sebelum ini hanya untuk tatapan masyarakat di kawasan Manjoi tetapi belum pernah digunakan lagi. Ia hanya digunakan sewaktu perasmiannya oleh Perdana Menteri.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai padang mini stadium tersebut dikatakan tidak mengikut spesifikasi ukuran padang bola yang sebenar. Ia hanya layak untuk perlawanan bola sepak di antara murid-murid Tadika sahaja.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh seorang pengadil yang bertauliah baru-baru ini, padang ini tidak mengikut sukatan yang betul jadi perlawanan bola sepak tidak boleh diadakan di sini.

Astaka mini stadium yang indah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan gemilangnya, tetapi ia hanya projek kebanggaan Umno Tambun sahaja.

Malah astaka yang indah ini telah dijadikan `sarang maksiat' untuk remaja dan belia melakukan perbuatan sumbang tanpa segan silu.

"Oleh kerana mini stadium ini tidak digunakan untuk perlawanan bolasepak, lebih baik digunakan untuk majlis ceramah, kedatangan Menteri Besar ke sini sekali gus 'merasmikan' mini stadium ini dengan ceramah perdana," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin. - mns

Majlis Agama Islam Perak anjur Kembara Zakat 2008

IPOH, 14 Mei (Hrkh) - Sempena kempen zakat di seluruh negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak akan menganjurkan program 'Kembara Zakat 2008' selama tiga hari bermula 27 Mei ini.

Demikian dinyatakan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Ipoh, Jaziman Zakaria, dalam satu kenyataan kepada Harakah.

Program tersebut yang bermula pada petang 27 Mei itu akan singgah di Taiping untuk mengadakan program ziarah fakir miskin di tiga kampung, Kampung Sungai Rotan, Kampung Temelok dan Kampung Batu 9 Trong.

Pada jam 8.00 malam akan diadakan diskusi zakat di mana dua tokoh terkemuka di negeri ini akan menyertai program itu, iaitu Dato Sheikh Mohamad Nor Mansur Al-Hafiz dan Ustaz Zamri Hashim dari Jabatan Mufti Perak.

Pada hari kedua, jam 8.00 pagi, dua kumpulan dari Maip akan mengedarkan risalah zakat di Taiping dan Kamunting. Selepas itu satu majlis penyampaian bantuan bulanan akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Jana oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato' Dr. Isa Dato' Seri Haji Wan Ahmad Isa.

Selepas itu rombongan dari Maip akan bertolak pula ke Selama dan akan mengadakan projek gotong royong membersih rumah fakir miskin di Pondok Tanjung.

Pada sebelah tengah hari pula rombongan akan singgah di Pondok Darul Ta'lim dan akan mengadakan majlis penyampaian bantuan dan sumbangan.

Jam 4.00 petang rombongan tersebut akan sekali lagi mengedarkan risalah zakat di Pekan Bagan Serai. Selepas itu akan diadakan pula majlis pecah tanah, bantuan bina rumah untuk golongan fakir miskin di Ban Pisang, Tebuk Pancur dalam kawasan Bagan Serai.

Pada sebelah malamnya, jam 8.00 malam satu ceramah zakat turut diadakan di Surau Taman Kerian, Parit Buntar. Ceramah tersebut yang bertajuk 'Harta Terpelihara, Asnaf Terbela' akan disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.

Pada hari ketiga program tersebut bermula jam 8.00 pagi rombongan berkenaan sekali lagi akan mengedarkan risalah zakat di Pekan Lama Parit Buntar dan Pusat Bandar Parit Buntar.
Acara perasmian penutupan Kembara Zakat 2008 akan disemprnakan oleh Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah. - mns

Perak akan dibangunkan dengan lima prinsip

PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kerajaan negeri Perak akan membangunkan negeri itu berasaskan lima prinsip iaitu keadilan, amanah, telus, berwibawa dan berkebajikan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Untuk itu, beliau berharap semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, khasnya pegawai kerajaan, mematuhi dan menghayati prinsip yang telah digariskan oleh kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Ahli Mesyarakat Daerah Kerian di Dewan Merdeka dekat sini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abd. Rahman Hashim, Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri mahu berlaku adil kepada rakyat pelbagai kaum dan tidak mahu mana-mana pihak merasakan mereka tersisih.Untuk itu, katanya, semua pegawai perkhidmatan awam adalah perlu berkerja secara profesional dan sentiasa memberi komitmen sepenuhnya kepada kerajaan negeri yang ada sekarang."Perlaksanaan pembangunan ini memerlukan kerjasama pegawai kerajaan, pemimpin setempat dan juga keseluruhan rakyat," katanya.

Mohammad Nizar juga berkata, beliau gembira dan optimis bahawa negeri Perak akan menerima lebih banyak pelaburan asing kerana setelah kira-kirav dua bulan memerintah negeri Perak telah banyak menerima kedatangan pelabur asing berbincang untuk melabur di negeri Perak.Malah katanya, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri AbdullahAhmad Badawi beberapa minggu lalu dan beliau diberi jaminan pembangunan di Perak akan diteruskan terutama segala pembangunan yang dirancang melalui NCER, pembangunan kemudahan infrastruktur dan juga kemudahan awam yang lain.

Kelab Penyokong Pas bercambahan di Perak


PARIT BUNTAR, 13 Mei: Kelab Penyokong PAS tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Perak semenjak Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu. Tambah-tambah lagi apabila Menteri Besarnya datang dari PAS walaupun PAS mempunyai Adun paling sedikit dalam kerajaan campuran di Perak itu.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melancarkan Kelab Penyokong PAS dari Kaum Cina dan India di Parit Buntar dan Pekan Baru Parit Buntar, bertempat di Pekan baru, Parit Buntar 8 Mei baru-baru ini.
Kira-kira 1,000 orang kaum Cina dan India di Parit Buntar menyertai Kelab Penyokong PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim, dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahari turut hadir dalam majlis pelancaran itu.
Sebelum itu, di Bagan Serai, dalam perjumpaan pertama yang diadakan di sebuah tokong Cina dekat sini, kira-kira 500 orang kaum Cina dan India telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak sekarang.
Ikrar sokongan penuh, padu, dan jitu itu disampaikan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum Cina Menteri Besar Perak, Mohamad K.Y.Tiang, yang sebelum itu memberi penerangan dan ceramah khas yang menyentuh pelbagai isu mengenai kaum Cina dan India.
Ketua Kelab Penyokong kerajaan Pakatan Rakyat dari kalangan kaum India adalah Parama.Majlis itu dihadiri juga wakil-wakil kaum Cina dan India daripada Taiping, Selama, Parit Buntar, dan Kuala Kurau.
"Penyokong terbabit berkata mereka kecewa selama 50 tahun banyak permohonan dan janji manis yang ditabur oleh pihak berkaitan kerajaan sebelum ini kepada mereka tidak ditunaikan," kata Mohamad K.Y.Tiang.

Nizar - Jamry bertemu hari ini

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury hari ini bertemu dalam majlis rasmi, dipercayai yang pertama selepas Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 2 Mei lalu menitahkan arahan pertukaran serta-merta Jamry ditarik balik.
Bagaimanapun pada majlis penyerahan cek zakat perniagaan dan tanaman di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini, pihak media tidak dapat melihat sejauh mana 'kemesraan' antara Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dengan Mohammad Nizar disebabkan mereka berada di bahagian tempat duduk berasingan.
Mohammad Nizar, yang mengiringi Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, berada di tempat duduk VIP bersama-sama Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Jamry menduduki barisan paling hadapan tempat duduk untuk para jemputan lain.
Menurut Bernama, pada 29 April lalu, Jamry telah diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama tetapi Sultan Perak menitahkan pertukarannya ditarik balik.
Di majlis penyerahan zakat, Raja Dr Nazrin Shah yang merupakan Yang Dipertua MAIAMP, berkenan menerima zakat perniagaan dan tanaman bagi pihak MAIAMP berjumlah RM5,748,389.51 daripada Lembaga Tabung Haji (RM2,342,925.49), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM1,947,954), Pertubuhan Peladang Negeri Perak (RM560,000), Etiqa Takaful Berhad (RM324,272.83) dan Felcra Seberang Perak Berhad (RM573,237.19).
Ahmad Zahid mewakili Lembaga Tabung Haji, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Datuk Rosely Samsuri (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad); Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Mohd Zaki Din (Pertubuhan Peladang Negeri Perak); Naib Presiden/Ketua Divisyen Syariah Dr Zulkifli Zakaria (Etiqa Takaful Berhad) dan Pengerusi Felcra Datuk Nasarudin Hashim (Felcra Seberang Perak Berhad) padamajlis penyerahan cek zakat itu.

Mat Taib: Saya tak campur tangan di Perak

Menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak, apabila melantik semula ketua-ketua kampung yang berhenti berkhidmat di negeri itu.
Sebaliknya, kata beliau, mereka sendiri yang meletakkan jawatan kerana tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan Pakatan Rakyat."Mereka berhenti sendiri dan kementerian tidak suruh mereka letak jawatan sebagai ketua kampung."Tetapi kerana mereka masih mahu berkhidmat, kita ambil dan bayar gaji sebagaimana sebelumnya," katanya dalam pertemuan dengan Malaysiakini, Isnin lalu.
Muhammad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kementerian itu menyerapkan ketua kampung yang berhenti dari kerajaan negeri Perak.

Elaun RM400

Seramai 700 hingga 800 ketua kampung di seluruh Perak diserapkan ke dalam kementerian tersebut apabila mereka enggan berkhidmat dengan kerajaan negeri Perak.Kementerian, tambahnya, membayar elaun sebanyak RM400 sebulan kepada ketua kampung terbabit iaitu sama dengan apa yang mereka dapat sebelum ini.
Muhammad menafikan tindakan tersebut boleh menimbulkan pertindihan tugas dengan ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri."Ada peranan yang boleh di mainkan oleh ketua kampung tersebut untuk masyarakat di tempat mereka," katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Muhammad, tidak ada ketua kampung di Selangor yang meletakkan jawatan walaupun pentabiran kerajaan negeri turut diambilalih oleh Pakatan Rakyat.

5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.

Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.

Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.

Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.

Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.

"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya.

Namun, katanya, bagi jawatan yang berkaitan dengan Majlis Agama Negeri, Sultan sebagai Ketua Agama Negeri seharusnya dirujuk terlebih dahulu.

Justeru, Ahli Majlis Menteri-menteri Besar menegaskan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah pandangan beliau dari perspektif undang-undang.

"Kami menerima penjelasan YB Karpal Singh bahawa beliau tidak bertujuan untuk menghina Sultan. Kami berharap semua pihak akan menerimanya juga dan berhenti segera dari menggembar-gemburkan isu ini sehingga boleh menimbulkan ketidakstabilan dan ketegangan kaum," kata Khalid. - mr

Monday, May 12, 2008

MB, Exco Perak ikuti sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Bernama melaporkan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya hari Isnin melawat Parlimen bagi mengikuti perjalanan persidangan Dewan Rakyat untuk menimba pengalaman.

Mohammad Nizar bersama rombongannya termasuk anggota Dewan Undangan Negeri dan Speaker V.Sivakumar meluangkan masa hampir satu jam mengikuti sesi soal jawab lisan dan perbahasan sebelum menemui Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Mohammad Nizar berkata beliau ingin memberi pendedahan kepada anggota Dewan Undangan Negeri Perak mengenai perjalanan sidang dewan untuk dijadikan rujukan supaya mereka mampu menjawab apa jua persoalan dalam sidang DUN Perak nanti.

"Kehadiran kami hari ini untuk menimba pengalaman dan melihat perkembangan dalam Dewan Rakyat, kami lihat ia perbincangan yang sihat dan profesional jadi inilah faktor-faktor yang kita rasakan boleh kita laksanakan di DUN negeri Perak nanti," katanya.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh keranan mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury baru-baru ini, Mohammad Nizar berkata: "Yang Berhormat Karpal Singh ada hak, saya hormat pendapat beliau kerana beliau berhak atas kenyataannya dan itu merupakan pandangan peribadi beliau."

Harakahdaily

Tajol Rosli dicabar letak jawatan Adun Pengkalan Hulu

IPOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur hari ini mencabar bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengotakan kata-katanya untuk meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Timbalan ketuanya Shamsul Effendey Abdul Rahim berkata Tajol Rosli perlu membuktikan kesanggupan mengosongkan kerusi itu jika beliau benar-benar berani.

Sabtu lepas Tajol Rosli berkata beliau tidak takut meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu kerana beliau yakin boleh menang semula kerusi itu untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional masih berkuasa di Perak.

Shamsul Effendey berkata jika Tajol Rosli ikhlas dengan kenyataannya itu, beliau seharusnya meminta semua wakil rakyat Barisan Nasional meletak jawatan serentak agar rakyat diberi peluang memilih wakil yang benarbenar boleh memberi perkhidmatan.

BERNAMA

Umno umpama retak menunggu belah.

"Terlalu heboh lebih heboh dari sure heboh, "kata seorang teman ketika makan tenghari di sebuah restoran di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Umno kini mahukan imejnya dipulihkan semula. Bernama melaporkan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata, Umno yang berusia 62 tahun, perlu sentiasa kuat dan bersatu-padu, serta tidak boleh dilihat sebagai berbalah sesama sendiri.

Beliau berkata parti itu hendaklah memastikan mereka yang menyokong parti itu terus menyokong manakala mereka yang lari daripada parti itu kembali menyokongnya.

Jelasnya, Umno bermasalah dengan ahlinya dan menghadapi zaman gelap lebih gelap ketika ia diharamkan tahun 1988.

Umno seperti cacing kepanasan apabila ahli-ahli diakar umbinya bersuara meminta Presiden berundur kononnya untuk kepentingan parti serta rakyat Malaysia. Parti itu sudah tidak boleh duduk diam apabila serangan demi serangan dari ahli sendiri melatari kebanyakan peristiwa berlaku.

Presiden Umno sendiri merasakan parti itu kini menghadapi krisis kepercayaan ahli dan rakyat selepas Malaysia dilanda thunami politik pasca pilihan raya umum ke 12 akibat Umno tidak mahu mendengar suara hati dan perasaan rakyat sebelum itu.

Rakyat kini mencari kerajaan dan kepimpinan negara yang berwibawa.

Kepimpinan negara ialah tempat rujuk dan rule model sesebuah negara. Manusia yang pincang akhlak, suka mencipta skendal dan tidak mahu melihat kesilapan sendiri, sepatutnya sudah lama hilang di persada politik.

Rakyat tidak boleh memilih manusia-manusia seperti ini sekiranya mereka mahu melihat negara mereka berada di landasan yang betul.

Jika tidak, mereka tidak perlu bercakap tentang rasuah, jenayah, tekanan inflasi dan seumpamanya kerana pemimpin negara hai ini penyumbang besar kewujudan semua perkara itu.

Penjenayah tidak takut melakukan jenayah kerana dipercayai pemimpin negara sendiri menunjukkan contoh, tidak takut melakukan jenayah politik dengan mengada konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dan dunia pula memrhatikannya bukan sahaja rakyat Malaysia.

Seperti perumpamaan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ucapannya bahawa orang yang terjun ke dalam sungai tidak usah bercakap pasal pakaian basah.

"Biar basah gilah (pergilah)," katanya.

Begitulah perbandingannya jika kita mahu negara kita bergerak maju di landasan betul biarlah parti dan kepimpinan yang berwibawa dipilih menjadi peneraju.

Sekarang, siapakah di kalangan rakyat yang rasional mendakwa Umno/BN masih mempunyai kredibiliti untuk menerajui negara dengan segala tindak tanduk politik tidak profesional dibuatnya selama ini?

Sementara itu Perdana Menteri berkata segala agenda BN dan kerajaan yang diterajui oleh Umno perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

Persoalannya apakah agenda untuk rakyat yang mahu dilaksanakan parti itu? Tidak lain, tidak bukan agenda pembangunan yang saban tahun dan berpuluh tahun dicanangkan yang berkesudahan banyaknya wang rakyat kebocoran untuk projek yang membazir dan merugikan mereka sendiri seperti Monsoon cup, Pulau Wan Man dan seumpamanya.

Sebenarnya rakyat tidak perlu berfikir panjang menyahkan spesis BN ini terus bermaharajalela sebagai penguasa di negara ini.

harakahdaily

Sunday, May 11, 2008

Jambori Amal Kebangsaan akan diadakan di Kuala Kangsar


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.


Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Shahrani Abu Sahid berkata, jambori tersebut akan diadakan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.
Katanya majlis perasmian akan dilakukan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan penutupnya pula disempurnakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jumlah peserta yang akan hadir ke Jambori berkenaan dianggarkan 1,450.
Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah gotong royong, sukan seperti paint ball, memanah, kawad kaki, sukaneka rakyat dan program derma darah serta rawatan kesihatan percuma.

Sehubungan itu katanya, semua Jabtan Amal Negeri dikehendaki menghantar seramai mungkin kontijen masing-masing bagi menyertai acara yang ditetapkan.
Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5 seorang.

"Segala sokongan dan perhatian mereka amat kami hargai," katanya kepada Harakah. - mks.

Kelab penyokong PAS kaum Cina, India Perak akan lawat Kelantan

IPOH, 7 Mei (Hrkh) - Hasil daripada lawatan 42 orang dari masyarakat Cina di Ipoh ke Kelantan pada bulan September tahun lalu, kali ini Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak akan menghantar rombongan Kelab Penyokong Cina dan India pula ke negeri tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad ketika ditemui di Pejabat PAS Negeri hari ini.

Menurut beliau, program seumpama itu memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Cina dan India kerana mereka dapat melihat sendiri apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan terhadap masyarakat Cina dan India di situ.

Berdasarkan kepada maklum balas yang kita terima daripada 42 orang Cina dari Ipoh yang memberikan reaksi yang amat positif, kali ini kita menghantar rombongan empat buah bas dari Kelab Penyokong Kaum Cina dan dua buah bas dari Kelab Penyokong Kaum India ke Kelantan pada bulan Jun ini, katanya.

Rombongan tersebut dijangka mendengar taklimat pembangunan Negeri Kelantan di Pejabat Menteri Besar serta beberapa taklimat bagi mendapatkan perkembangan terkini Kerajaan Negeri Kelantan.

Kemungkinan juga rombongan Kelab Penyokong PAS Kaum Cina akan mengunjungi rumah Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka dan tokong buddha di Tumpat.

"Kita berharap mereka yang akan mengikuti rombongan tersebut telah mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di Kelantan akan menceritakannya kepada masyarakat Cina dan India di tempat lain tentang kebaikan pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan," ujar beliau.

Sementara itu, memandangkan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri, Haji Zainuddin Mohd Yusof terpaksa melakukan tugas-tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri, maka segala urusan berkaitan dengan lajnah tersebut kini akan diteruskan oleh Khalilul dan beliau boleh dihubungi di talian 019-5713771. - mks.

Sihatkah aku pada usia 58 tahun?

Kerajaan bersetuju melaksanakan dua dasar pemberian pencen iaitu menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan. Selain itu umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan menambah baik peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya.


Demikianlah beberapa pengumuman penting dari PM mengenai tuntutanKongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) .

Sebagai bekas kakitangan awam yang pernah berkerja selama 12 tahun di kementerian pendidikan, saya menyokong apa yang telah diumumkan oleh kerajaan itu. namun perlulah dijelaskan perlu ada perhatian yang serius dalam soal melaksanakannya.

Terutamanya dalam soal perlanjutan usia pencen dari 56 kepada 58 tahun. Suatu hal yang perlu diperhatikan dan sangat tidak diambil berat dan kurang sekali semagat kepedulian ialah tentang tahap kesihatan pegawai itu sendiri. Persoalan pemakanan dan penyakit yang kronik yang menghantui masyarakat dan negara kita adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi.

Oleh itu penjawat awam mestilah diberikan suatu kesedaran awal, adakah dalam bentuk mewajibkan mereka mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan rutin. Selain itu kementerian yang berkaitan dengan kesihatan mestilah merancang dengan jujur bagi memastikan tahap kesihatan rakyat yang terancam dengan berbagai penyakit kronik agar tidak terus meningkat kesnya.

Termasuklah para penjawat awam yang perlu dipastikan tahap kesihatannya, kalau tidak pada usia 58 tahun mereka berkerja dalam keadaan tidak cergas dan merugikan wang kerajaan yang sangat besar kosnya untuk mengajikan mereka. Sedangkan peluang untuk mengambil pekerja baru dengan skim permulaan yang rendah sahaja tertangguh untuk setiap jawatan selama 2 tahun.

Oleh Drs. Khalil Idham Lim

Kenapa pemimpin Islam tak ulas isu Siti Fatimah?

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.

Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.

Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih “humane” (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati “all great religions” (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: “akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama.

Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam?!

Pertemuan rasmi lima negeri Pakatan awal Jun

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mesyuarat bersama lima ketua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan diadakan awal bulan Jun ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau yang bakal menjadi tuan rumah mesyuarat bersejarah itu berkata, beliau kini sedang menyiapkan satu kertas kerja khas untuk menjadi panduan dalam perbincangan itu nanti.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho milik penyanyi rock terkenal Amy Search, dekat Wangsa Maju, Ahad lepas.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat bulan depan memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.Sebelum ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengumumkan, mesyuarat pertama di kalangan lima ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kelantan dengan MB Kelantan menjadi tuan rumah.

Ini kerana, beliau adalah MB yang paling seniur di kalangan lima ketua kerajaan itu setelah mentadbir Kelantan sejak 1990 lalu.

MB akan mengadap Sultan Perak




KUALA LUMPUR, 7 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikatakan akan menghadap Sultan dan Raja Muda Perak bagi mempersembahkan kenapa tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Haji Jamry Sury perlu dibuat.
Menurut sumber, langkah untuk mengadap itu sedang dibuat manakala dalam masa yang sama Siasah difahamkan, MB Perak itu menerima hakikat bahawa tindakan beliau mengarahkan Jumry bertukar serta merta tidak tepat dengan prosedur yang sepatutnya."Saya yakin MB mempunyai sebab yang kukuh kenapa tindakan memindahkan Jury perlu dibuat serta merta, namun beliau terlepas pandang prosedur menyembah perkara itu terlebih dahulu kepada Sultan Perak," kata sumber Siasah.
Sehubungan itu, katanya, MB sedang membuat persiapan lengkap untuk menyembahkan secara rasmi perkara itu kepada Sultan dan Raja Muda Perak.
Jury telah diarahkan berpindah keluar dari pejabat Jaip oleh MB Perak berikutan beberapa tindakan beliau yang dianggap tidak wajar dan membelakangi kerajaan negeri dalam urusan Jaip walaupun kerajaan negeri yang baru sudah mencecah 40 hari ketika itu.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak dipersetujui oleh Istana Perak kerana tindakan itu tidak dimaklumkan kepada Sultan dan Raja Muda Perak terlebih dahulu.
Dalam penjelasan Istana Perak, langkah ini kerana Jury adalah "juga berperanan sebagai setiausaha kepada MAIAMP (Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak).".
Ini kerana, Istana Perak berpandangan,"Bahawa lantikan yang berbahagia Datuk Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak."
Namun, Karpal Singh beranggapan Sultan Perak bertindak secara yang tidak tepat.Ekoran itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham telah mendapat tekanan dari para pemimpin Umno Perak.
Hari berikutnya, Bernama melaporkan GPMS mendesak DAP mohon maaf Kepada Sultan Perak.
Malaysiakini pula melaporkan Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap Karpal.

Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.
Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu."Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz."Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.
Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

Friday, May 9, 2008

MB Perak mohon kerjasama kakitangan kerajaan basmi kemiskinan.

PARIT BUNTAR, 9 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon seluruh ketua jabatan, kakitangan kerajaan dan penghulu supaya dapat memberikan komitmen kepada Kerajaan Pakatan Perak yang baru berusia dua bulan itu.

Harapan tersebut dilahirkan beliau ketika berucap di Bilek Gerakan Negeri sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kerian di Pejabat Daerah Dan Tanah di sini semalam bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Anggota Ahli Parlimen Kawasan di sini.

"Mudah-mudahan dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak maka pentadbiran kerajaan yang ada sekarang akan bertambah mantap," katanya selepas mendengar Taklimat Pembangunan Daerah Kerian oleh Pegawai Daerah Kerian, Ismail Bin Hassan.

Tegasnya, dengan gandingan bersama itu nanti maka sudah pasti akan dapat mengembling tenaga untuk membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat menerusi pelbagai agensi kerajaan yang ada.

"Kalau hari ini saya diberitahu bahawa ramai penduduk kampung di sekitar sini berpendapatan rendah daripada RM300 sebulan, manakala yang memperolehi RM1,000 pula tersangat sedikit, maka dalam lawatan saya akan datang diharapakan mereka akan dapat perolehan yang lebih baik dengan adanya usaha gigih kakitangan Pejabat Daerah Kerian dan agensi-agensi lain yang bertekad untuk membasmi kemiskinan mereka berkenaan cara serius," tegasnya.

harakahdaily

Pemuda PAS Ipoh Timur serah memorandum kepada Pengarah JAIP.



KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh)
- Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato' Jamry Sury dituntut supaya bekerja secara profesional, di samping mengetepikan sentimen peribadi atau ideologi politik sempit kepartian.

Tuntutan itu disuarakan Pemuda PAS Ipoh Timur dalam memorandum yang diserahkan kepada Jamry melalui Timbalan Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin, semalam.

Serahan memorandum itu diketuai Ketua Pemudanya, Salman Saleh; Timbalan Ketua Pemuda, Shamsul Effendey Abdul Rahim; Ketua Penerangan Pemuda, Safarizal Saleh; Exco Pemuda, Ruzaimi Zakaria, dan Shafuad Saleh.

Memorandum tersebut turut mempersoalkan tindakan Jamry yang dilihat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Sepatutnya Dato' selaku Pengarah JAIP bekerja secara profesional dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang telah dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, dan seharusnya menerima keputusan rakyat yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah bagi menggantikan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu," jelas Salman melalui memorandum tersebut.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Ipoh Timur turut menyarankan agar Jamry tidak mempolitikkan jawatan dan urusan kerja yang telah diberikan, sekali gus mengingatkan bahawa amanah dan tanggung jawab ini akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t kelak.

"Dato' sewajarnya meletakkan kepentingan rakyat, khususnya umat Islam di negeri Perak lebih daripada diri sendiri atau pihak tertentu. Sekiranya Dato' masih tidak mampu untuk memberikan kerjasama dan perkhidmatan yang terbaik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, kami dengan ikhlas dan rendah diri meminta supaya Dato' berundur secara terhormat dengan segera," tegas Salman yang mendedahkan bahawa Jamry merupakan ahli Umno.

harakahdaily

Menjernihkan Islam dalam isu murtad.

(Kenapa ramai yang masih berdiam diri, mana komen para pemimpin kita, yang Melayu yang Islam? Mengapa laman-laman web milik orang Melayu Islam pun sunyi membisu?)

Saya menerima komen berikut dari seorang pengunjung:

Saudara Roslan, Saya mohon penerangan mengenai isu ini. Melihat daripada komen-komen dari PAS, dan dari saudara sendiri, saya dapati apabila seseorang memeluk Islam, ianya seperti one way ticket. Secara practical ramai memeluk islam kerana hendak berkahwin, selepas bercerai mereka ingin kembali kepada ugama asal mereka. Jadi, jika tidak dibenarkan keluar Islam, maka bukankah ini menjadi satu obstacle untuk seseorang itu memeluk Islam. Setahu saya, tidak ada paksaan di dalam Islam. Harap Sdr dapat menolong saya memahami perkara ini.
Fri May 09, 12:23:00 PM MYT
CONFUSE


Terima kasih kepada yang bertanya, saya percaya inilah soalan yang sama yang bersarang di kepala ramai yang bukan Islam (termasuk barangkali beberapa kerat yang Muslim tetapi yang keliru). Islam bukan sekadar satu “religion” lalu boleh sesiapa sahaja keluar masuk mengikut kemahuan. Ia adalah suatu “way of life” suatu pilihan hidup, yang mana bagi sesiapa memilih untuk menerimanya, maka ia pilih dengan rela hati dan faham. Penerimaan tadi tidak kiralah atas apa sebab samada kahwin, ekonomi, politik atau apa sahaja kecuali paksaan, mestilah juga tertakluk kepada penerimaan semua sistem dan peraturan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan Sunnah (dan peraturan Islam yang lain).

Islam adalah suatu sistem bermasyarakat dan bernegara oleh kerana hanya dalam Islam sahaja kita boleh dapati suatu sistem hidup yang komprehensif. Hanya apabila kita membincangkan Islam, akan terkeluar Negara Islam, Undang-undang Islam, Sistem Ekonomi Islam (bank Islam), Sistem Pendidikan Islam (universiti Islam) malahan makan-minum, berpakaian, berhibur, kesihatan, hanya Islam sahaja mengaitkan semua amalan ini dengan peraturan agamanya.

Lantas apabila seseorang itu masuk Islam, maka ia menolak yang lain secara muktamad dan hanya menerima Islam juga secara muktamad.

Saudara memetik surah al Baqarah ayat 256 yang keseluruhan ayatnya bermaksud:

Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat di atas berkaitan dengan ayat seterusnya iaitu ayat 257 yang bermaksud:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Kesimpulannya yang tidak dipaksa adalah memeluk mana-mana agama termasuk Islam, tetapi apabila seseorang telah Islam dan tiba-tiba ia mahu keluar, maka ia telah menolak sesuatu yang ia pada awalnya terima secara putus, lantas tindakannya itu tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ia suatu penderhakaan besar terhadap Islam. Dalam hal ini Islam akan bertindak merawat akidahnya tadi, diadakan kaunselling, dipujuk dan diberi peluang bertaubat, apa pun dia tidak boleh meninggalkan Islam.

Seorang Muslim yang menerima Islam secara rela hati mengikrarkan penerimaannya itu bukan sekadar ketika bersyahadah dihari pertama Islamnya, tetapi diulang-ulang dalam solat hariannya:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
162-163 al An’aam


roslansms

Apa perasaan anda bila melihat gambar ini?

Akhbar “The Sun” dengan begitu bangga memaparkannya di muka depan. Hakikatnya memang si “murtad” berazam untuk kekal dengan agama asalnya, beliau memohon di mahkamah syariah, dan atas sebeb keterbatasan peraturan dan undang-undang yang ada lantaran tiadanya keutamaan untuk hal ini oleh pihak pemerintah, maka hakim terpaksa membenarkan permohonan tersebut.

Soalnya, mengapa keputusan pihak mahkamah itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sehingga pihak akhbar mengekori si “murtad” untuk menghidangkan gambar dan tajuk ini kepada rakyat?

Saya tidak tahu bagaimana dengan yang lain, tetapi saya melihat gambar dan tajuk ini memberikan isyarat bahawa peraturan Islam yang terpakai dalam negara ini sangat longgar, oleh itu langgar sahaja bila perlu, hatta sehingga mahu masuk Islam kerana nafsu dan kemudiannya murtad tidak menjadi masalah besar. Sedih, pilu bila menatap gambar ini dan membaca laporannya.






Tahniah Tan Ean Huang kerana anda telah membuktikan bahawa pemimpin Islam yang berkuasa dalam negara ini sesungguhnya tidak pedulikan sangat nasib dan maruah agamanya. Mereka Islam tetapi mereka tidak pernah ambil kisah apa yang akan terjadi pada agamanya.

Pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini, saya menyeru kepada semua agar bangkitlah mempertahankan kemuliaan Islam. Desak semua wakil rakyat Islam samada dari BN, PAS atau PKR agar melakukan sesuatu bagi mengemaskan kembali pentadbiran Islam dalam negara, kalau mereka tidak ada “political will” kita gantikan sahaja mereka semua dengan yang lebih berani.

roslansms

Tuesday, May 6, 2008

Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan.

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat.

Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury.

Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.

Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah.

"Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.

Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya.

Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya.

"Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.

"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.

Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut.

"Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

harakahdaily

Friday, May 2, 2008

Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP

Seperti biasa setiap isu yang memperlihatkan akan mempunyai nilai untuk menyerang Menteri Besar dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat akan mendapat lputan meluas di media arus perdana.

Begitulah yang berlaku di dalam isu Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

TV3 sebentar tadi misalnya menggunakan isu berkenaan hampir 10 minit di permulaan Buletin Utamanya malam ini sedangkan stesyen tv yang sama hanya menyiarkan tak sampai 2 minit sewaktu titah ucapan Raja Muda Perak semasa keputeraan Sultan Perak beberapa minggu lalu, malah liputan itu hanya terselit di tengah timbunan isu-isu lain dan berita mengenai pengurniaan Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak itu lansung tidak mendapat liputan.

Demkian TV3!

Berbalik kepada isu arahan Sultan Perak berkenaan. Apa yang dikesalkan bahawa yang digembar-gemburkan hanyalah "arahan penarikan balik penukaran Pengarah JAIP berkenaan", sedangkan perkara mengenai Kerajaan negeri Perak diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya tidak lansung diberikan perhatian oleh media arus perdana.

Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?

Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?

Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu.

Dan arahan yang dikeluarkan oleh baginda itu sebenarnya ingin menjelaskan dengan lebih adil sebarang tindakan MB Perak selepas ini mengenai hal-ehwal agama Islam negeri Perak dirujukkan terlebih dahulu kepada baginda supaya restu baginda tidak dikesampingkan di dalam apa jua tindakan MB Perak sebagai Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.

Dan arahan itu tidak boleh dilihat sebagai kemenangan Datuk Jamry Sury atau kekalahan MB Perak seperti yang cuba ditonjolkan media arus perdana di negara ini. Kerana, siapa tahu selepas Menteri Besar Perak menghadap Sultan, YAB Datuk Seri dapat meyakinkan baginda bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya yang telah terlebih disisihkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang dinaungi baginda. Dimana UMNO dan media arus perdana nak letak muka ketika itu?

greenboc/tranungkite