Tuesday, July 22, 2008

Majlis Syura PAS bermesyuarat esok


KUALA LUMPUR, 22 Julai: Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat esok, 23 Julai di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.

Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.

Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Umno paling untung dari muzakharah Umno-Pas

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Akhbar dalam talian milik kumpulan The Star telah membuat poll mengenai muzakarah antara Umno dengan PAS.

Berikut adalah keputusan poll itu sehingga kini (jam 2.45 petang Isnin)Undian Mstar.com.my

Muzakarah Umno-PAS bakal menguntungkan parti?

Umno 59.7%

PAS 12.9%

Kedua-dua parti 27.4%

Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad


KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.
“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.
Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.
Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.
Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid.
Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.
Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.
Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.
“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.
Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.
Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.
PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.
20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Thursday, July 17, 2008

Munajat Rakyat Negeri Perak

Dewan Ulama PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis Munajat Rakyat Negeri Perak pada 17 Julai 2008 ini bertempat di Stadium Negeri Perak, demikian dimaklumkan oleh Ustaz Suid Din, selaku Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Beliau menyeru agar semua ahli PAS seluruh negeri Perak dapat bersama menjayakan program tersebut.Beliau meminta supaya ahli-ahli PAS berpuasa pada siang hari tersebut (Khamis) dan membawa juadah sendiri untuk berbuka secara jama’ie distadium tersebut.

Menurut katanya lagi,tazkirah akan disampaikan selepas solat Maghrib diadakan. Selepas solat Isya', Solat Hajat dan Munajat akan dilakukan dan akan dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abd Latiff dari Pondok Kroh , Pengkalan Hulu, Perak.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar akan turut hadhir dan akan turut berucap pada malam tersebut.Orang ramai dipersilakan hadir bersama dengan membawa sejadah masing-masing.

Tuesday, July 8, 2008

Memohon Sumbangan Untuk Konvensyen PAS Perak


Sesiapa yang berminat untuk menaja dalam Buku Cenderamata Konvensyen PAS Perak, sila hubungi Sdra Zainal Ariff bin Abdul Khalid ( 013- 332 17 25) atau email: pasgopeng@yahoo.com.my
No Akaun BIMB : 08-01-3010040972 Badan Perhubungan PAS Perak
Tarikh Konvensyen : 26-27 Julai 2008
Tempat: Dewan Orang Ramai Rapat Setia, Jalan Jaafar Taha, Rapat Setia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Sebutharga adalah seperti berikut:
Semuka penuh berwarna (muka dalam) - RM5,000.00
Separuh muka berwarna ( muka dalam) - RM3,000.00
Semuka penuh hitam putih - RM1,000.00
Separuh muka hitam putih - RM500.00
1/4 muka hitam putih - RM300.00
Tarikh akhir penerimaan tajaan : 16 Julai 2008
Saiz buku : B4
Terbit : Sebelum 26/7/08
Edaran : 1000 buku

Friday, July 4, 2008

Setiausaha MBI dilantik Datuk Bandar Ipoh ke-8


IPOH: Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Roshidi Hashim dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baru berkuat kuasa 1 Julai.
Pengumuman berkenaan dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Roshidi, 52, mengisi kekosongan selepas persaraan Datuk Bandar ketujuh, Datuk Mohamad Rafiai Moktar, 57, bulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam negeri, Nga Kor Ming sementara itu berkata pelantikan Roshidi diharap akan menamatkan spekulasi dan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jawatan berkenaan sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk kemungkinan akan diisi ahli politik antaranya Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran daripada DAP.
Nga berkata, pelantikan Roshidi satu penghargaan dan penghormatan terhadap penjawat awam dan sekali gus diharap menamatkan tohmahan bahawa kerajaan Perak menindas kakitangan awam.
“Kita pilih calon yang sesuai yang mempunyai kredibiliti dan akauntabiliti...kita sanggup walaupun beliau pernah bertugas sebagai sebagai setiausaha sulit bekas Menteri Besar yang lalu.
"Ini petanda positif dan tidak ada alasan lagi bagi mana-mana penjawat awam untuk tidak memberi komitmen 100 peratus kepada kerajaan negeri,” katanya.
Nga yang juga Ketua Pemuda DAP berkata Roshidi juga berpengalaman selama 16 tahun sebagai pegawai pendakwa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pemilihannya sejajar dengan imej kerajaan negeri yang berusaha untuk membanteras rasuah. - Bernama

Thursday, July 3, 2008

Muktamar PAS 15 Ogos di Ipoh



KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.
Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.
Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.
Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

Wednesday, July 2, 2008

Raja Nazrin mahu pegawai agama bebas dari politik


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mahu supaya pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin atau kumpulan politik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab urusan agama Islam.
"Urusan agama Islam sama sekali tidak harus dibenar untuk dipolitikkan," titah baginda dalam majlis menghadap oleh Orang Besar Jajahan dan pegawai tadbir agama daerah negeri Perak di Kompleks Islam di Ipoh pagi ini.
Menurut laporan Bernama, Raja Nazrin menjelaskan bahawa masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk mengadakan kegiatan politik sebaliknya hendaklah menjadi instrumen untuk menyatupadukan ummah.
Menurut baginda, Orang Besar Jajah adalah wakil Sultan Perak di daerah masing-masing dan mereka perlu menjadi mata dan telinga kepada Sultan mengawasi kegiatan agama Islam di daerah masing-masing.
Raja Nazrin juga bertitah baginda wajib memberikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.
"Raja Pemerintah memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam. Raja Pemerintah berada di atas politik kepartian, bersikap bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh atau kepentingan politik kepartian," titah baginda.

Hamidah oh Hamidah

Hamidah Osman, Adun BN Sungai Rapat
Hamidah Osman, Adun BN bagi Sungai Rapat telah berjaya menaikkan nama Sungai Rapat keserata negara ketika persidangan DUN Negeri Perak baru-baru ini.
Tapi sayang sekali kerana nama Sungai Rapat popular kerana dikaitkan dengan perkataan sensitifnya yang menghina kaum India apabila dia bertanya kepada Speaker Dewan Negeri, V. Sivakumar yang berbangsa India samada menerima perumpamaan lama, yang mana patut dibunuh dahulu, ular ataupun orang India.
Walaupun telah memohon maaf dan menarik balik perkataannya, namun 'usikan nakal'nya itu amat sensitif dan boleh menggugat perpaduan kaum dinegeri Perak ini. Apatah lagi, ungkapan itu disebut didalam dewan yang mulia, Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanalah agaknya perasaan kaum India yang mengundi BN Sungai Rapat didalam PRU12 yang lalu.
Permohonan maaf dan pernyataan kesalnya yang dikeluarkan oleh Umno Perak semalam mungkin hanya untuk meredakan perasaan marah kaum India yang rata-rata mengecam tindakannya itu. Permohonan maaf tersebut dilaporkan disini.
Presiden MIC, Dato Seri Samy Vellu amat berang dan marah dengan tindakan Hamidah itu sehingga meminta BN menghukum Hamidah. Laporannya disini.
Lagi berita yang berkaitan dengan isu ini. Al-Husseyn, utusan dan nst.
Andaikata hendak menjadi jaguh atau wirawati didalam persidangan, janganlah sampai mencemar nama baik sendiri dan kawasan yang diwakili. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Kami, warga Sungai Rapat amat berasa malu dan terhina apabila nama tempat kami dicemar sedemikian rupa. Amat memalukan.
Inilah bukti betapa angkuh dan bongkaknya perangai wakil rakyat Umno dan BN.

Tuesday, July 1, 2008

Hampir 80,000 berhujan di Stadium Perak


Hampir 80,000 rakyat yang membanjiri Stadium Perak pada 29 Jun 2008 (Ahad) kelmarin tidak berganjak walaupun hujan turun tiada henti sepanjang program tersebut.

Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ke Perak memang telah lama dinantikan apatah lagi ketidakhadirannya pada Himpunan Rakyat 14 April 2008 yang lalu akibat uzur.

Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk berucap pada malam tersebut tidak dapat hadir kerana isu panas yang mengaitkan beliau pada hari tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Saudara Saifuddin Nasution.

Begitu juga Lim Kit Siang yang digantikan dengan Dr Tan Seng Giau kerana menghadiri mesyuarat diperingkat Parlimen.

Perak telah diwakili oleh Menteri Besarnya Dato' Seri Ir Mohamad Nizar yang memberikan ucapan dengan penuh semangat.