Sunday, September 5, 2010

Ceramah Palestin Dalam Bahaya





Program PALESTIN DALAM BAHAYA anjuran Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat (PADU) dengan kerjasama Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ( IQAM ) telah mendapat sambutan yang sangat baik baru-baru ini, Program yang diadakan ini sangat istiwewa kerana ia menampilkan Ulama’ besar dari tanah Palestin iaitu Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam (Mantan IMAM Masjid Al Aqsa Palestin ),Sememangnya bagi penduduk sekitar Ipoh program ini tidak asing lagi bagi mereka, hal ini kerana ia menghidangkan program ilmiah yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu sebenar yang berlaku di bumi Palestin.

Ceramah dimulai dengan satu tayangan klip video pendek yang memaparkan keadaan yang terlalu menekan di Palestin, bagaimana perjuangan intifadha melawan arus Zionisme, batu melawan kereta kebal dan banyak lagi.Penonton diajak merasai kesengsaraan dan ketabahan jutaan umat Islam Palestin yang sedang ditawan di tanah air sendiri, kesedihan juga dapat dirasakan apabila ribuan anak-anak Palestin kini sudah kehilangan ibu dan ayah mereka.

Ceramah yang dibawa oleh Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam berjaya membawa penonton menjiwai dan merasai keperitan penduduk Palestin yang telah ditidakkan hak mereka. Menurut beliau lagi sejarah Masjid al-Aqsa yang sangat relevan dengan peristiwa agung Isra’ Mi’raj telah membawa penonton akan pentingnya kawasan tersebut yang mana sekarang ini telah dijajah oleh pengganas Israel.

Selain itu ceramah juga turut disampaikan oleh Ustaz Shuaid Din yang merupakan penasihat kepada NGO Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat ( PADU ). Beliau menegaskan berkenaan sejarah bagaimana tertubuhnya idealogi Zionisme iaitu ingin menyatukan Yahudi di dalam sebuah negara, serta kewajipan umat Islam untuk bangkit serta menyumbang segala yang mampu untuk perjuangan umat Islam di Palestin.

Klimaks kepada ceramah malam tersebut adalah serahan sumbangan ikhlas daripada PAS Perak melalui Badan Perhubungan Negeri PAS Perak, Dewan Ulama’ PAS Perak, Dewan Pemuda PAS Perak ,Dewan Muslimat PAS Perak serta kutipan dari badan NGO serta kutipan dari rakyat kepada Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam

PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 15 Ribu untuk Palestin, manakala Dewan Ulama’ PAS Perak menyumbangkan RM 31 Ribu manakala Dewan Pemuda PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 3,600 serta jumlah kutipan dari badan NGO dan rakyat juga begitu banyak, Jumlah keseluruhan kutipan melebihi RM 50 Ribu secara keseluruhan.

Menurut Ustaz Mohd Hafez Sabri selaku ketua sekateriat penganjur program tersebut yang juga merupakan Setiusaha bagi NGO ( Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) beliau menyimpulkan bahawa hasil dari program tersebut umat Islam khususnya perlulah memboikot produk Amerika seperti McDonalds, KFC dan yang lebih penting adalah hentikan merokok kerana syarikat rokok secara terang menyumbangkan keuntungan mereka kepada pengganas Israel

Selain itu masyarakat juga perlu menyebarluaskan luaskan makumat tentang Palestin dan keganasan rejim Zionis,Seterusnya berikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada Palestin bagi mereka yang mampu menurut beliau NGO ( Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) ada menyediakan tabung bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada umat Islam Palestin, Juga jangan dilupakan Doa yang berterusan kepada ALLAH SWT agar umat Islam di beri kemenangan dalam memimpin dunia ini khususnya bumi Palestin dapat dibebaskan semula, jelas beliau.


Ketua Dewan Ulama Pas Perak


3 Murabbi


Pemuda harapan Islam


Ustaz Shuaid Din menyampaikan ucapan


antara hadirin yang hadir


muslimat tidak ketinggalan






Sheikh sedang memberi ceramah


seorang pemuda bertanyakan soalan


Batu Gajah Mari


derma untuk Palestin


Syiekh melancarkan NGO yang baru


Ustaz Hafez Sabri


Sumbangan Daripada Pas Perak


Sumbangan daripada Dewan Ulama


Sumbangan daripada Dewan Pemuda










pemuda- pemuda mengambil kesempatan bergambar bersama Syeikh


Ustaz Hakimi


Beramal kerana Allah

sumber: blog Batu Gajah Mari

Thursday, September 2, 2010

Bahaya menanti di jambatan Batu Masjid

Sempena dengan Hari Raya yang tak beberapa harinya lagi, tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Buat warga Batu Masjid di luar sana, aku nak maklumkan kepada korang dan korang tolonglah sampaikanlah kepada saudara mara yang tak tahu. Jambatan lama tu dah rosak. Tak usahlah digunakan lagi. Yang aku nampak masih ada yang menggunakan laluan tu . Bahaya!!!! JKKK tak nak ambik tahupun, apa lagi nak bagi tau???? Tak ada papan tanda amaran.(sebab perkara ni tak merapu kot..) Adalah sebiji tayar kereta terpakai di letakkan di atas lubang tu. Kalau di lihat dari atas, nampaklah berlubang. Macam tak bahayapun. Tetapi sebenarnya teramat-amatlah bahayanya. Sebenarnya kawasan dalam lingkaran merah tu ( rujuk gambar ), yang tinggal hanyalah lapisan premix dan crusher run sahaja. Adalah lebih kurang 8-12 inci tebal. Kat bawah dah lompong. Tunggu masa dan mangsa saja.

Abutment jambatan ni dah terpecah dua. Satu dah runtuh ke dalam sungai dan satu lagi cuma bertahan dia atas cerucuk kayu sahaja. Pada pendapat aku, jambatan ni dah tak boleh digunakan lagi. Sebab tu lah di bina jambatan baru bersebelahan. Dah tak boleh di perbaiki kerana yang rosak adalah pada bahagian abutment. Kalau bolehpun kosnya lebih tinggi. Jadi, lebih baiklah ditutup sahaja. Apa di tunggu lagi? Nak tunggu ada yang cedera atau terkorban kut????

pemandangan dari arah masuk ke kampung. jambatan lama di sebelah kiri, baru sebelah kanan.

anak panah menunjukkan tanda amaran merapu, hehehe.....bawah tayar tu lah terdapatnya lubang.

dari atas seolah2 lubang ini sahaja yang ujud. nampak macam tak bahaya sangat

lihatlah ketebelan sebenar yang tinggal tergantung. bahaya tak?

kawasan dalam lingkaran nampak cantik dari atas. sebeanrnya kawasan ini hanya setebal 8-12 inci sahaja.

pemandangan bawah jambatan. kawasan dalam lingkaran merah sejajar dengan lubang pada bahagian atas

sebahagian abutment yang masih tinggal. hanya di sokong oleh cerucuk kayu.

sebahagian abutment lagi yang runtuh ke dalam sungai

sumber:
batu masjid

Monday, August 30, 2010

Program Ziarah Ramadhan diteruskan



PAS Kawasan Batu Gajah meneruskan program Ziarah Ramadhan di Kampung Seri Rahmat. Pelbagai masalah dan rintihan rakyat dapat didengar.




mendengar rintihan rakyat.




makcik ini mengatakan dia akan menyokong PAS selepas ini.






makcik ini meluahkan perasaan marah kepada YB Hamidah




walaupun jiran depan rumah YB Hamidah, makcik ini tidak pernah mendapat bantuan daripadanya. Hanya mendapat sehelai kain cap semut.


Sdr Rosdy mengatakan sesuatu









hidup dalam kesusahan




masih memakai telaga walaupun pada zaman moden ketika ini. Insyaallah, PAS akan membantu menyediakan paip selepas raya ini.






Sdr Razman melihat rumah yang hampir menyembah bumi



melihat pakcik yang sudah lumpuh separuh badan


Ustaz Radzi membaca doa


berjiwa rakyat