Wednesday, December 9, 2009

KTM telah selesaikan permasalan di Pengkalan Gate

Maklumat dari Ketua Pemuda PAS Gopeng menyatakan bahawa, pihak KTM telah bertindak membersihkan tanah yang berhampiran kawasan penduduk Kampung Pengkalan Gate.

Kawasan semak tersebut telah lama bermasalah dan kini telah diselesaikan selepas aduan dan kunjungan dewan Pemuda ke pejabat KTM sendiri.

Pihak Pemuda PAS kawasan lain disarankan bersama menuruti langkah ini iaitu menjadi penggerak isu sosial di kawan masing-masing. PAS adalah jamaah Islam. Demikianlah piawaian dari Al Qaradhawi, iaitu jamaah sebagai gerakan menyeluruh dan membumi hingga sebati dalam komuniti masing-masing.

Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Dalam kehangatan rakyat Kelantan mempertahankan hak mereka berkaitan dengan royalti petroleum, rakyat Perak mungkin ada yang kurang jelas, kurang mengambil tahu atau tidak merasakan kesan signifikasi isu ini dengan sosial kehidupan harian mereka.

Rakyat kelantan ramai yang arif dan sedar apa isikandungan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Malah lebih beruntung kepada rakyat yang faham hak mereka terhadap wang berjuta ringgit berkenaan serta bagaimana wang tersebut boleh dibelanjakan untuk manfaat pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan di Kelantan. Menurut laporan Indek Pembangunan Insan Antarabangsa, pembangunan insan bukan sekadar suatu perancangan pendidikan kepakaran semata-mata, malah ia memberi impak kemajuan rakyat dari aspek indek literasi (tahap membaca), kemahiran, penghasilan idea bernas serta tahap dayacipta yang baik.

Jika benar wang royalti tersebut ebrjaya jatuh ke tangan kerajaan PAS kelantan sekarang, ia mampu dijelmakan dalam bentuk pembangunan yang adil agihannya, menjurus kepada penundukan kepada Allah (rabbani) serta pulangan hasil jangkapanjang yang lebih baik. Inilah isu HAK rakyat yang diperjuangkan oleh rakyat Kelantan.

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Isu utama yang ingin diketengahkan disini bukanlah jumlah wang yang bakal diperolehi sekiranya perjuangan menuntur royalti berjaya. Isu utama ialah kesedaran terhadap HAK rakyat yang dieksploitasi dan dijadikan gula-gula politik oleh BN.

Sebagai rakyat Perak yang bertanggungjawab, kita perlu sedar mengapa sesuatu tuntutan itu dilakukan secara besar-besaran, progresif dan menjadi isu utama hari ini. Hal ini ialah disebabkan perjuangan menuntut hak. Sebagainya agresifnya Sultan Mahmud Syah menyerang Portugis dari Johor walaupun telah kalah adalah disebabkan kesedaran terhadap HAK kerajaan Melaka.

Agresif dan konsistennya Adun Pakatan Rakyat memperjuangkan pembubaran DUN juga disebabkan kesedaran terhadap hak peruntukan undang-undang yang telah sedia ada. Hal perebutan kerusi Menteri Besar dan Speker negeri telah menimbulkan suatu fenomena pelik di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, terlalu kurang rakyat Perak yang sedar mereka boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM 1000.

Dewan Pemuda PAS Gopeng juga telah menuntut HAK penduduk Kg Pengkalan Gate daripada KTM melalui aduan kepada KTM agar menguruskan tanah mereka yang berhampiran dengan kawasan kampung. Penduduk mendapat masalah penyakit, pencemaran air dan merosakkan keindahan sekitar apabila tanah KTM berhampiran tidak dijaga oleh KTM. Aduan ini juga merupakan satu cetusan Pemuda PAS betapa perlunya rakyat Malaysia sedar hak dan milik mereka.

Berbalik kepada isu royalti minyak, suatu ketika dahulu royalti minyak Terengganu telah ditukar kepada wang ehsan yang tidak seberapa kepada Kerajaan Terengganu PAS. Kemudiannya Najib kembali menyerahkan royalti atas nama keperihatinan BN terhadap Terengganu. Bukankah ini suatu perbuatan mempermainkan hak rakyat?

Setiap isu rakyat dalam negara ini adalah isu yang bersama. Rakyat perlu merasakan kebersamaan terhadap isu perjuangan hak.

PAS UNTUK SEMUA

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Tuesday, December 8, 2009

Isu JAIPk dengan isu arak Drebar Zambry

Drebar Zambry: JAIP tangkap, 'tangan ghaib' lepaskan

Sang cengkerik bertanya pula:
Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan disebuah pub tetapi kesnya diletak dibawah polis pula?

Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Tetapi pegawai Jaip tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.

Tetapi malangnya, terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?

Sang cengkerik bertanya lagi:
Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' berbanding dengan kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang yang membawa prinsip 'Amal Maaruf Nahi Munkar'.

Sunday, December 6, 2009

Drebar Zambry ditangkap mabuk arak?

Sang cengkerik berbisik:
Drebar kepada Zambry telah ditangkap kerana mabuk arak. Tiada pemberita pun yang menulis atau melaporkan kejadian ini.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi telah dilepaskan atas arahan Zambry. Jadi, tiada pendakwaan pun yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Betul ke ni sang cengkerik pembawa berita oooiii?

Harap-harap adalah sesiapa yang mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini dapat memberikan komen.

Pegawai-pegawai di JAIP tak nak komen ke? (Ada yang kata, nak komen macam mana? Kata ya mati mak, kata tak mati bapak. Jawabnya pula: Mati nanti kena jawab dihadapan Allah Taala taknak kira ke?)

Wednesday, December 2, 2009

Bantuan untuk sekolah Agama di Pengkalan Gate di tarik oleh BN

Kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat mulai mencengkam dan tradisi membalas dendam ala BN dilakukan semula. Kali ini musibah ini menimpa kepada rakyat kampung Pengkalan Gate.

Surau Pengkalan Gate Tambahan yang dibina bersama Sekolah Agama rakyat Nurul Hidayah pernah memohon bantuan RM 50 000 daripada kerajaan negeri Perak untuk tujuan ubahsuai dan pembesaran surau.

Malang sekali apabila kerajaan HARAM (BN) telah membatalkan bantuan tersebut hanya disebabkan YAB IR Nizar pernah berceramah di sana.

BN lupa bahawa jasa mereka yang terlalu kurang terhadap penduduk Pengkalan Gate. Lampu jalan pun tidak mampu disediakan oleh emreka selama 30 tahun.

Tindakan BN ini lebih kepada bermotifkan balas dendam terhadap rakyat sendir yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung (melalui pembelian barang-barang harian).

Surau ini bukan sahaja meriah dengan jemaah solat yang ramai, malah kuliah maghribnya berjaya menambat hampir 80% penduduk kampung berkenaan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat