Monday, March 30, 2015

Walimah anakanda Tuan Haji Azlan

Sabtu 28 Mac 2015 - Alhamdulillah, YB Radzi Zainon dan isterinya, Pn. Hafiza Mohd Helmi meluangkan waktu menziarahi dan menghadiri kenduri walimah anak Tn Hj Mohammad Azlan Jamaluddin (AJK PAS Kawasan Gopeng) kelmarin di Dewan Pusat Latihan Polis, berdekatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Anak angkatnya, Nazurah binti Ismail telah selamat dinikahkan dengan Saiful Ariff bin Rosli. Moga rumahtangga yang didirikan akan berkekalan dengan izinNya.

Tn Hj Azlan menyambut YB Radzi

YB Radzi bersama kumpulan Al-Ridha dari Temoh

Tn Hj Azlan bersama isteri bergambar kenangan bersama YB Radzi & isteri

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak

Ahad 29 Mac 2015 - YB Radzi Zainon menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Hotel Casuarina @ Meru. Kelihatan YB Zawawi (ADUN Semanggol) dan YB Husin Din (ADUN Selinsing) turut hadir bersama-sama. Perasmian tilawah telah disempurnakan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar Zakaria mewakili Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.

Kumpulan Nasyid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak 

YB Radzi Zainon, YB Husin Din dan YB Zawawi

Walimah di RPT Kg Seri Rahmat

Sabtu 28 Mac 2015 - YB Radzi menziarahi dan menghadiri kenduri walimah anak Tn Hj Amiruddin di RPT Kg. Seri Rahmat semalam.


Pengantin bergambar kenangan bersama YB Radzi Zainon

Anaknya, Mohamad bin Amiruddin telah selamat dinikahkan dengan Noor Fadzilah bt. Hashim, iaitu rakan sepejabatnya. Moga rumahtangga yang didirikan akan berkekalan dengan izinNya.

YB Radzi Zainon bersama anggota Unit Amal PAS Kawasan Gopeng



YB Radzi sempat singgah di gerai air tebu mantan ahli pemuda Kg. Seri Rahmat sekembali dari kenduri di rumah Tn Hj Amiruddin

Ziarah mangsa ribut di Kg Seri Jaya, Batu Gajah

Kg Seri Jaya, Bt Gajah - 30 Mac 2015

YB Radzi Zainon menjengok bengkel kereta En Ahmad Dudin, AJK PAS Cawangan Seri Jaya yang dilanda ribut petang semalam sehingga menerbangkan sebahagian bumbung bengkelnya.





Beliau juga sempat bertanya khabar dan berbincang dengan En Ahmad Dudin dan pekerja bengkel ini khususnya perkembangan perniagaan dan masalah-masalah yang dihadapi.

Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng 2015-2017

YB Radzi bin Zainon mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng yang baru dilantik semasa Mesyuarat Agong DPPK Gopeng pada 29 Mac 2015 (Ahad) yang telah berlangsung di ILHAM. Semoga saf kepimpinan yang baru dilantik ini dapat memainkan peranan yang penting dalam merencana anak - anak muda di kawasan Gopeng ini. Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh AF Ust Anuar Morat (Exco PAS Negeri Perak). Turut hadir, YDP PAS Gopeng, Tn. Hj. Abd Rahim bin Md Arif. Berikut merupakan saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng sesi 2015-2017 :

Ketua Pemuda : Ust. Rusdi bin Zainal Abidin (Majoriti 15 undi)
Timb. Ketua Pemuda : Sdr. Shahri Ab Wahab (Majoriti 8 undi)
Naib Ketua Pemuda : Sdr. Erilzuddin bin Mohd Amir (Menang tanpa bertanding)
AJK :   Sdr. Hazimin bin Basah
           Sdr. Muhammad Fitri bin Kamallullil
           Sdr. Mukmin bin Osman
           Sdr. Mohd Farhan Afif bin Zulkifli
           Sdr. Nazrin bin Mohd Yusop
           Sdr. Ahmad Rasyidi bin Mohammad Ali
           Sdr. Najib
           Sdr. Mohd Haizal bin Zulkifli

Pemeriksa kira - kira : 1) YM Raja Mohd Yusof bin Raja Hamid
                                   2) Sdr. Nadzrul Rizal bin Sirajuddin

Friday, March 27, 2015

Majlis tahnik dan cukur jambul di Rapat Setia

Alhamdulillah, YB Radzi Zainon, ADUN Sg. Rapat berkesempatan menghadiri majlis cukur jambul dan tahnik anak pertama Saudara Nor Khairi Normukhadimaimin di rumahnya di Rapat Setia pagi ini.

Nor Khairi dan isterinya, ibu kepada bayi bertuah ini, Roziela Rahman mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan anak sulong ini yang sihat dan sempurna sifatnya lebih-lebih lagi dapat ditahnikkan ketika pada hari Jumaat sempena tujuh hari kelahirannya.
YB Radzi sedang memangku puteri Nur Insyirah Sofia
Bonda Nor Khairi, Cikgu Norazmah Abdul Aziz yang bekerja di Sek. Keb. Rapat Setia sebagai Guru Besar kelihatan begitu gembira menyambut kelahiran cucu sulong dari perkahwinan anak tunggalnya ini. Bapanya yang mula memasuki alam persaraan dari pasukan polis pula kelihatan sangat teruja apabila dapat menimang cucu pertama ini yang diberi nama Nur Insyirah Sofia yang membawa maksud "cahaya kegembiraan yang menawan". 

Anak comel ini selamat dilahirkan tanggal 30 Jamadil Awal 1436 bersamaan 21 Mac 2015 di KPJ Ipoh, iaitu tempat ayahnya bekerja. 

TAHNIAH DARIPADA YB RADZI ZAINON !

Tuesday, March 24, 2015

Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri (MMK) Pengangkutan Awam

Isnin 23 Mac 2015 - YB Radzi Zainon telah menghadiri Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri (MMK) Pengangkutan Awam di Bangunan SUK Perak. YB Radzi merupakan salah seorang wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa tersebut.

Keratan akhbar Sinar Harian 24 Mac 2015

Monday, March 23, 2015

Tahniah YB Ahmad Fathan Mahmood

Mabruk....YB Radzi Zainon mengucapkan tahniah di atas kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood kerana telah mengekalkan kerusi DUN Chempaka pada PRK semalam (22 Mac) selepas kemangkatan Almarhum TG Nik Abd Aziz pada Februari lalu.



Berikut merupakan laporan kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood :


Keputusan itu menunjukkan peningkatan lebih 3,500 undi majoriti berbanding pilihan raya umum lalu.

Penambahan majoriti itu dipercayai berlaku ekoran BN tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil DUN itu.

PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89
undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807
undi).

Undi rosak sebanyak 140 undi.

Seramai 12,013 layak memilih dalam pilihan raya kecil ini. Peratusan keluar mengundi direkod sebanyak 55 peratus.

PAS daripada awal dilihat berdepan laluan mudah dalam persaingan lima penjuru dengan calon-calon bebas.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas akibat barah prostat.

Solidariti bersama Nurul Ilham Anwar di Pekan Razaki

Barisan penceramah dan kepimpinan


Ahad 22 Mac 2015 - Satu ceramah Solidariti DSAI telah diadakan di Pekan Razaki, Ipoh. YB Radzi Zainon merupakan salah seorang penceramah yang dijemput untuk memberi ceramah berkaitan kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim UMNO/BN terhadap DSAI dan rakyat Malaysia.



Penceramah lain yang turut serta dalam majlis tersebut ialah, YB Dato' Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg Petani), YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Puan Nurul Ilham Anwar (Puteri DSAI), Dr Muhammad Nur Manuty (Pengerusi PKR Perak), Puan Fathmawaty Salim (Ketua Wanita PKR Perak), Puan Siti Aishah Shaik Ismail (Ketua Penerangan PKR Perak) dan Sdr. Anuar Zakaria (S/U PKR Perak). 

YB Radzi sedang menyampaikan ceramah



Majlis tersebut dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Tarmizi dan dimula dengan bacaan doa oleh Cikgu Ali (Ketua Cawangan PAS Sg Rokam/Pekan Razaki). Dalam ceramah tersebut, YB Radzi Zainon menekankan isu kezaliman penahanan 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang di penjarakan selama 10 bulan dan juga isu berkaitan keborosan Najib Razak dan Rosmah Mansor sehinggakan rakyat menderita kesusahan. YB Radzi juga menekan isu GST yang menghimpit kehidupan rakyat yang akan dilaksanakan pada 1 April ini oleh rejim UMNO/BN.







Ratusan hadirin yang hadir






Sesi ceramah tersebut telah mendapat sokongan dan sambutan yang baik dan dianggarkan ratusan orang telah hadir di majlis Solidariti DSAI berkenaan.

Ziarah isteri Mejar (B) Yakub

YB Radzi Zainon telah menziarahi isteri Mejar (B) Yakub yang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana mengalami masalah keretak tulang selepas jatuh di rumah. Turut sama menziarahi, isteri YB Radzi serta anak-anak beliau. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Mejar (B) Yakub.

Thursday, March 19, 2015

Kampung Sungai Terap

Khamis 19 Mac 2015 - YB Radzi bin Zainon telah menziarahi penduduk sekitar Kampung Sungai Terap dalam program mingguan ke Batu Gajah. Bermula dengan bersarapan bersama masyarakat di Dataran Pak Mail seterusnya menziarahi kediaman penduduk Kampung Sungai Terap yang sudah uzur dan seterusnya ke Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Ara Payung sehingga jam 1.00 tengah hari.
Menziarahi kediaman penduduk Kg Sg Terap yang uzur bersama Pak Salleh (Aktivis PAS Batu Gajah)

Bersarapan di Dataran Pak Mail





Tuesday, March 17, 2015

Taklimat Kesihatan di Desa Aman

Ahad 15 Mac 2015 - Satu taklimat kesihatan anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat ( Desa Aman ) bersama HALUAN ( NGO) telah diadakan di Desa Aman. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Kursiah bt. Mohd Razali dari Hospital Besar Raja Permaisuri Bainun. Hadir sama memeriahkan sesi taklimat tersebut ialah YB Radzi Zainon, Dr Husni (Ketua Cawangan PAS Pengkalan Pegoh), Ust Azhar (Ketua Cawangan PAS Desa Aman) serta pimpinan PAS. Menurut Ketua Cawangan Desa Aman, kehadiran amat memuaskan kerana ianya pertama kali diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Desa Aman. YB Radzi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini dan Insya Allah program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.


Wednesday, March 11, 2015

Kemalangan di Medan Gopeng....

Rabu 11 Mac 2015 - Satu kemalangan telah berlaku di persimpangan lampu isyarat di Medan Gopeng pagi tadi yang melibatkan sebuah kereta MyVi dengan sebuah motosikal. Penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan di kepala dan di kaki kanan dan telah dihantar ke hospital. YB Radzi bin Zainon telah memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan tersebut sementara menunggu ketibaan ambulan.



Tuesday, March 10, 2015

Turun Padang

Wakil rakyat DUN Sg. Rapat, YB Radzi Zainon meluangkan masa melawat gerai-gerai peniaga di tepi jalan berdekatan Taman Taufik, Ipoh, bersama-sama Ketua DHPP Kawasan Gopeng, En Simon Foo dan Ketua DHPP Kawasan Batu Gajah, En. Dorai Kannu sambil mendengar rintihan dan aduan para peniaga di situ.



Antara masalah utama yang diutarakan ialah risiko dahan dan ranting pokok besar patah dan menghempap gerai mereka dalam keadaan cuaca tidak menentu, berangin kuat dan kadangkala ribut pada masa sekarang. Mereka mengharap agar pihak Majlis Bandaraya Ipoh, MBI dengan bantuan ADUN dapat memaklum keadaan ini seterusnya pihak MBI dapat memotong dahan serta ranting pokok-pokok tersebut bagi mengelakkan risiko patah dan tumbang.

YB RADZI ZAINON MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA MENGENAI 1MDB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua sedia maklum mengenai kes 1MDB yang telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit seperti yang hangat diperkatakan oleh rakyat termasuklah pimpinan UMNO sendiri. Saya menggesa agar Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempercepatkan penyiasatan segera akaun 1MDB yang bermasalah ini kerana ianya melibatkan wang rakyat sehingga RM 42 bilion dan lebih penting 1MDB juga berkait rapat dengan Dato’ Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri. 


Bagaimana salah seorang Ahli Majlis Tetinggi UMNO menyatakan 1MDB tidak ada penyelewengan atau pun penipuan sedangkan akaun 1MDB masih tidak siasat oleh Ketua Audit Negara dan PAC ? (Merujuk kepada kenyataan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan 1MDB tiada unsur penipuan atau penyelewengan yang disiarkan oleh Sinar Harian 9 Mac 2015. 

Saya juga amat berharap tidak akan berlaku penyelewengan terhadap penyiasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC agar ianya telus dan bebas supaya dapat didedahkan kepada rakyat ke mana duit rakyat tersebut dilaburkan sehinggakan dikatakan mengalami kerugian. Saya juga berharap Polis Diraja Malaysia menyiasat hartawan Low Taek Jho yang melibatkan pinjaman jutaan ringgit kepada Petrosaudi. Sarawak Report semalam mendedahkan komunikasi e-mel didakwa menunjukkan Low memberitahu Petrosaudi bahawa pinjaman itu tidak harus diisytiharkan kepada Bank Negara kerana boleh menyebabkan “kelewatan yang tidak perlu”. Ini menunjukkan telah berlakunya penyelewengan wang rakyat dan pecah amanah. Ianya boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram. Mengapa Ketua Polis Negara berdiam diri dalam isu ini ? Adakah Najib Razak juga mempunyai “ bahagian ” dalam transaksi ini ? Ini merupakan persoalan yang perlu dijelaskan kepada rakyat.

Low Taek Jho berfoya-foya guna duit rakyat Malaysia
Apa hubungan Najib dengan Low Taek Jho

Ini semua wang dan hak rakyat yang dibazirkan kerana bukan digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang semakin dihimpit dengan masalah ekonomi. Antara penyelewengan hak rakyat yang telah didedahkan adalah seperti isu PKFZ (RM 4.6 bilion) dan NFC (RM 250 juta). Sekiranya penyiasatan tersebut membuktikan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah sehingga wang rakyat dibazirkan tanpa tujuan, saya mengecam sekeras-kerasnya di atas konspirasi pecah amanah ini. Sekali lagi saya menggesa Ketua Audit Negara dan PAC menjalankan siasatan dengan segera, telus dan bebas demi kepentingan rakyat.

Sekian, terima kasih.


YANG BERHORMAT RADZI BIN ZAINON
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK ( SUNGAI RAPAT )


09 MAC 2015

Tun M hentam 1MDB

1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan.
Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara.
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang besar. Hampir semua 650 ribu tong yang dikeluar tiap hari diguna dalam negeri. Dan Malaysia pula mengalami defisit dalam belanjawannya. Tidak ada lebihan wang untuk dana kekayaan negara.
Oleh itu Kerajaan terpaksa hutang untuk dana kekayaan ini.
Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja.
Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99%.
Tetapi 1MDB cuma dapat US1.554 billion (RM4.973 billion) kerana sebanyak US196 million (RM 630 million) ditolak untuk komisyen, bayaran fees dan perbelanjaan. Ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.
Pada Mac 2013, 1MDB Global Investment Ltd telah pinjam USD3.0 billion (RM 9.6 billion) dengan faedah 4.4%. Tetapi 1MDB mendapat hanya USD2.717 billion (RM8.7 billion) kerana USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini.
Sebaliknya sebuah Syarikat Equisar International Incorporated, milik Kerajaan Sarawak membayar Goldman Sachs hanya 1.25% (USD10 million) apabila mengurus pinjaman USD800 million.
Jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi?
Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?
Seorang jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa wang 1MDB diguna untuk Bumiputra. Yang saya tahu satu biasiswa diberi kepada seorang pelajar muzik. Tidak mungkin biasiswa ini bernilai 38 billion Ringgit. Kerajaan sepatutnya memberi maklumat yang jelas kepada rakyat, terutama Bumiputra akan bantuan yang boleh didapati dari 1MDB

Monday, March 9, 2015

Keratan akhbar Sidang Media YB Radzi Zainon dan YB Dr Lee Boon Chye

FITNAH MALAYSIA INSIDER...............

8 Mac 2015 (Ahad) - Satu sidang media telah dibuat oleh wakil rakyat PAS dan PKR yang diwakili oleh YB Radzi Zainon (ADUN Sg Rapat - PAS) dan YB Dr. Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng - PKR) berkaitan dengan satu artikel dan gambar yang memfitnah Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan TG Hadi Awang selaku Presiden PAS. Artikel dan gambar tersebut telah diterbitkan oleh laman sesawang Malaysia Insider. Ini merupakan fitnah secara terang - terangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi meruntuhkan perpaduan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Berikut merupakan kenyataan akhbar yang telah diterbitkan oleh akhbar Sinar Harian.

Kenyataan akhbar YB Radzi Zainon (ADUN Sg Rapat) - PAS


Kenyataan akhbar YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng) - PKR





Ziarah Mahabbah

YB Radzi Zainon menziarahi Anggota Unit Amal Kawasan Gopeng, Saudara Nazrin Mohd Yusop di bengkel beliau di Kg. Changkat Larang.


Kelihatan juga, Mantan Ketua Kampung Changkat Larang, En. Parvis Esa turut ada bersama-sama membantu Sdr. Nazrin di samping En. On Cheng Keat yang tinggal di Pengkalan Gerbang Mutiara, Pengkalan Barat datang menempah barang dari bengkel ini.

Ziarah Kematian di Taman Desa Pelancongan

YB Radzi Zainon menziarahi kematian Allahyarhamah Che An Ahmad di Surau Taman Desa Pelancongan pagi ini di samping turut serta menunaikan solat jenazah bersama-sama masyarakat setempat di samping ahli keluarganya.



Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Changkat Larang, Lahat dan turut diiringi oleh Mej(B) Yakob Mohd Yasin, Pegawai Khas ADUN Sg. Rapat.

Friday, March 6, 2015

SIDANG DUN PERAK 31 MAC 2015 - 6 APRIL 2015

SIDANG DUN PERAK AKAN BERLANGSUNG DARI 31 MAC 2015 HINGGA 6 APRIL 2015. KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGIRINGI YB RADZI BIN ZAINON KE SIDANG DUN PERAK, SILA HUBUNGI MEJAR (B) YAKUB BIN YASIN DI TALIAN 019-446 0518 UNTUK PENGESAHAN. HARAP MAKLUM.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat ( Desa Aman ) akan mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA yang mana ianya merupakan salah satu aktiviti YB Radzi Zainon bersama masyarakat. Butiran program seperti berikut :


TARIKH   : 15 MAC 2015 (AHAD)
MASA      : 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TGH
TEMPAT  : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT TAMAN DESA AMAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Mejar (B) Yakub bin Mohd Yasin di talian 
019-446 0518

Bersama masyarakat

Khamis 5 Mac 2015 - Selepas menziarahi kematian di Kampung Kepayang pada jam 10 pagi, YB Radzi bin Zainon telah menghadiri beberapa aktiviti yang telah diaturkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Batu Gajah sehingga jam 1.00 tengah hari. Antara aktiviti ialah menziarahi penduduk setempat, santai bersama masyarakat serta menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan masyarakat. YB Radzi telah menjalankan tugas sebagai wakil rakyat tanpa mengira kaum, agama atau pun latar belakang politik.





Najib Oh Najib


Dalam beberapa minggu mutakhir, tekanan semakin memuncak terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak apabila satu demi satu kontroversi - seperti hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ugutan pendedahan Sirul Azhar Umar - menjadi tajuk utama berita.

Dalam senario ini, pemimpin Umno memanggil pula perhimpunan untuk menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri Ahad ini, sementara minggu lepas Najib berada di tengah perhimpunan perpaduan Melayu.

Malaysiakini bercakap dengan beberapa individu untuk melihat sama ada semua yang berlaku itu semata-mata kebetulan atau ada dalang di sebalik perkembangan terbaru itu.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata apa yang berlaku lebih daripada apa yang dilihat.

"Saya tidak fikir ia berlaku secara spontan, ia (serangan itu) kelihatan dirancang dan diselaras dengan baik. Sebab itu beliau (Najib) berasa terancam.

"Banyak perkara kelihatan menghentam perdana menteri dalam satu masa," katannya.

Di Australia, bekas koperal dalam Unit Tindakan Khas (UTK) mengancam untuk menelanjangkan semua yang berlaku di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, bekas anggota komando polis itu berkata beliau dijatuhkan hukuman mati, dalang pembunuhan itu masih lagi bebas.


Diminta mengulas perkara ini, naib presiden PKR Rafizi Ramli mengesyaki kepergian Sirul ke Sydney, Australia didalangi pihak tertentu.

"Semua orang tahu Sirul ini cuma lepasan SPM dan mustahil ada pengetahuan tentang tempat untuk lari.

"Australia satu pilihan yang tepat kerana beliau tidak akan diekstradisi. Pastinya, ada pihak di belakangnya," katanya.

Beliau merujuk kepada undang-undang Australia yang melarang pesalah yang berdepan hukuman mati dihantar pulang ke negara asal mereka.

Tambahnya, Sirul juga nampaknya mempunyai sumber untuk mengupah peguam ternama dan ke luar negara walau beliau tidak lagi bekerja selepas dituduh membunuh pada tahun 2006.

Sementara itu, kontroversi sekitar 1MDB juga semakin memanaskan situasi semasa buat Najib.

Terkini, dokumen dalaman syarikat itu dibocorkan apabila emel 1MDB kepada PetroSaudi diterbitkan oleh Sarawak Report.

Laporan itu mendakwa kandungan emel itu menunjukkan PetroSaudi digunakan untuk mengelabui pemindahan dana 1MDB sebanyak RM3.6 bilion kepada syarikat yang dikawal seorang hartawan yang dilihat rapat dengan keluarga Najib.

PetroSaudi dan 1MDB menafikan sebarang salah laku. PetroSaudi malah mendakwa urus niaga itu menguntungkan 1MDB.

Rafizi juga diberikan maklumat tentang sesuatu yang tidak kena dalam pemberian pinjaman kepada 1MDB oleh AmBank tetapi bank ini menafikannya.

Jika kebocoran maklumat ini bukan hanya kebetulan, maka tokoh utama yang disyaki mendalangi hal ini mengarah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga pernah mengkritik 1MDB sejak beberapa bulan lalu dan malah menyindir perdana menteri atas kelemahan-kelemahannya.

Sebulan sebelum pendedahan Sarawak Report, pengasas dan editornya Clare Rewcastle Brown mewawancara Dr Mahathir. Namun portal itu mendakwa ia sudah menjalankan kajian isu 1MDB sejak dua tahun lalu.

Rewcastle menafikan hal itu kepada Malaysiakini tetapi, tambahnya, tanggapan seumpama itu boleh difahami.

Monday, March 2, 2015

Ziarah masyarakat

YB Radzi Zainon sempat meninjau beberapa kawasan seliannya di DUN Sg. Rapat termasuk menyantuni masyarakat di Gerai Makanan Abang Razak berdekatan Taman Lapangan Jaya dalam perjalanan ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Medan Gopeng sesudah menziarahi jenazah di Kg. Sungai Terap, Batu Gajah.



Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Abang Razak kerana menerima menantu baru berikutan perkahwinan anaknya pada hari Sabtu, 21 Februari 2015 yang lalu. Ini kerana YB Radzi Zainon berada di Kedah pada hari berkenaan.

Menziarahi kematian di Sungai Terap

Pada 18 Februari yang lalu, YB Radzi Zainon telah menziarahi keluarga Allahyarhamah Wan Norazlina yang meninggal dunia sekitar jam 2.20 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Allahyarhamah telah meninggalkan dua anak yatim yang berumur sembilan tahun kedua-duanya@darjah tiga. Beliau yang baru berusia 33 tahun telah diserang penyakit angin ahmar sebanyak dua kali sebelum menghembuskan nafas terakhir di HRPB.

Ibunya yang berkerusi roda juga telah semakin uzur selepas dipotong sebelah kaki kanannya akibat kencing manis dan penyakit jantung. YB Radzi telah menyampaikan sedikit sumbangan untuk keluarga ini semasa beliau menziarahi keluarga simati sekitar jam 10.15 pagi. Moga Allah memberi ketabahan kepada keluarga ini dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang solehah. AMIN.