Thursday, February 28, 2008

Sepanjang Perjalanan...















Gambar-gambar sepanjang perjalanan calon PAS bagi Dun N43 Sungai Rapat, Sdr. Radzi Zainon sedang melakukan lawatan ke kampung-kampung, pasar malam, gerai, melawat pemilik rumah yang ditimpa kemalangan kebakaran, melawat ke kediaman keluarga yang menghadapi kematian dan lain-lain lagi.

Biarpun keletihan dan berpanas, namun kepuasan bertemu orang ramai jelas terpancar daripada senyuman yang senantiasa tidak lekang dari bibirnya. Ciri-ciri pemimpin sejati yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

Tuesday, February 26, 2008

Lagi gambar-gambar sekitar penamaan calon.












Lagi gambar-gambar sekitar penamaan calon.




Bukti BN itu KOTOR


Gambar ini membuktikan bahawa BN itu memang telah sebati dengan perlakuan yang KOTOR.

Ini telah dibuktikan dengan sampah sarap yang mereka tinggalkan sebaik sahaja selesai Hari Penamaan Calon di hadapan Dewan Bandaran Gopeng. Bagaimanakah mereka menguruskan negara seandainya tabiat yang sekecil begini pun mereka tidak ambil peduli.


Berbanding dengan kawasan berhimpun PAS dan PKR yang sentiasa bersih setelah petugas dan penyokong membuang segala sampah ke dalam plastik sampah yang telah disediakan. Sesungguhnya ini membuktikan bahawa PAS dan PKR memang mengamalkan politik BERSIH.


Monday, February 25, 2008

Sekitar Hari Penamaan Calon 24/02/2008




































































































































Ucapan jutaan terima kasih kepada ahli dan penyokong PAS yang telah datang beramai-ramai mengiringi dan meraikan calon kita Ust Radzi Bin Zainon untuk kerusi Dun N.43 Sg Rapat yang akan menentang bekas Adun Sg Rapat daripada UMNO/BN iaitu Hamidah Binti Othman.
Semoga dengan semangat yang telah ditunjukkan pada hari tersebut beserta dengan doa saudara-saudara dan sahabat-sahabat, adalah teramat besar harapan agar dapat kita berhimpun beramai-ramai sekali lagi untuk meraikan KEMENANGAN kita pada 8 Mac 2008 nanti. Semoga segala pengorbanan yang kita curahkan untuk memenangkan ISLAM akan mendapat balasan dan rahmat daripada Allah Taala kelak. Amin.

Saturday, February 23, 2008

Bandingkan dan Fikirkan.....





Buat tatapan dan renungan para pengundi di Dun Sg. Rapat. Ini adalah gambar rumah penduduk kampung didalam Dun N43 Sg Rapat dan juga rumah bekas Adun Sg Rapat penggal yang lalu daripada Umno/BN.

Sila buat penilaian sendiri bagaimana jauhnya




jurang perbezaan kehidupan diantara calon BN dan juga para pengundi yang tinggal berjiran dan juga didalam kawasan Dun Sg Rapat yang akan ditandingi oleh calon BN ini. Janji manisnya untuk membela rakyat selama sepenggal yang lalu menjadi wakil rakyat di Dun Sg Rapat ini sudahkah terlaksana? Terbelakah nasib mereka selama hampir lima tahun diwakili bekas Adun Sg Rapat ini? Pernah seorang ibu tunggal yang mengadu nasib kepada bekas Adun ini tentang kesusahannya, tetapi jawapan yang diterima daripada bekas Adun ini ialah 'Saya cuma boleh mendengar tetapi saya tidak boleh menolong'.

Calon yang memperjuangkan cara hidup 'antara dua darjat' sebegini tiada tempat didalam masyarakat kita.

Bersama-samalah kita bertekad dan berazam agar calon yang sebegini tidak diberi peluang sekali lagi untuk mempergunakan rakyat demi keuntungan diri sendiri.

Sama-samalah kita nilaikan dan pertimbangkan kembali untuk menyambung perkhidmatannya di Dun Sg Rapat ini. Bulatkan tekad untuk menolak UMNO dan Barisan Nasional didalam Pilihanraya Umum yang ke-12 nanti.
Katakan 'TAK NAK BN'.

PAS Perak umum calon pilihanraya.

IPOH 21 Feb. – PAS Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini. Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Tuan Hj. Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS negeri di sini.

PARLIMEN

P.054 Gerik - Mohd Noor Abdul Rahman
P.055 Lenggong - Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria
P.056 Larut - Dr. Mohd Dhari Othman
P.057 Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof
P.059 Bukit Gantang - Roslan Shaharum
P.067 Kuala Kangsar - Dr. Khairudin Abdul Malik
P.069 Parit - Dr. Najihatussalehah Ahmad

DEWAN UNDANGAN NEGERI

N.03 Kenering - Mohd. Shukri Ahmad
N.05 Selama - Abu Husin Mohamad
N.06 Kubu Gajah - Mohd Nazri Din
N.08 Titi Serong - Dr. Khalil Idham Lim Abdullah
N.11 Gunung Semanggol - Ramli Tusin
N.12 Selinsing - Husin Din
N.15 Trong - Nor Azli Musa
N.16 Kamunting - Muhamad Apardi Sharri
N.19 Chenderoh - Mohammad Yassin Mohamed Yusof
N.20 Lubok Merbau - Mohd. Zainudin Mohd. Yusof
N.23 Manjoi - Zulkurnain Ibrahim
N.35 Manong - Mohamad Yazid Yeop Baharuddin
N.36 Pengkalan Baru - Abu Bakar Hussain
N.38 Belanja - Muhammad Ismi Mat Talib
N.43 Sungai Rapat - Radzi Zainon
N.47 Ayer Kuning - Dr. Ahmad Razi Othman
N.49 Kampung Gajah - Mustafa Shaari
N.51 Pasir Panjang - Mohammad Nizar Jamaluddin
N.53 Rungkup - Mohd. Misbahul Munir Masduki
N.56 Changkat Jong - Mohd. Anuar Sudin
N.58 Slim - Zulqarnain Hassan

Thursday, February 21, 2008

Barisan Nasional menggunakan Dewan Orangramai sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya.


















Beginilah 'bijak'nya Barisan Nasional menguruskan negara.