Thursday, March 27, 2008

Agenda disebalik perletakkan jawatan Ketua Kampung.

Menjadi lumrah kerajaan yang baru dibentuk oleh PAS atau mana-mana parti selain UMNO/BN akan melalui proses cabaran yang pelbagai wajah. Terbaru, Kerajaan Negeri Perak diuji dengan perletakkan jawatan beramai-ramai Ketua Kampung di seluruh negeri Perak.

Saya merujuk kepada berita terkini yang disiarkan dalam
Malaysiakini dan UtusanOnline. Bermula dengan arahan pemboikotan pertemuan YAB Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua Kampung ini sehinggalah perletakkan jawatan Ketua-Ketua Kampung, gambaran buruk cuba dipalitkan kepada kerajaan yang baru ini supaya dibenci oleh rakyat. Kenapa perletakkan jawatan Ketua Kampung ini perlu dibuat sedangkan tiada apa-apa tekanan diberikan ke atas mereka?

Ketua-Ketua kampung biasanya dilantik daripada kalangan pimpinan UMNO diperingkat cawangan sama ada Ketua UMNO cawangan ataupun sesiapa sahaja yang dilihat mampu menjalankan amanah sebagai Ketua Kampung dan secara tidak langsung melaksanakan tugas UMNO diperingkat Kampung/cawangan.

Anda boleh melayari sendiri laman web Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor (
http://pkknj.com/v1/index.html) yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 10 Ogos 2007. Walaupun telah 7 bulan dilancarkan, hits laman web ini baru mencecah 37 kali sehingga saya layari sebentar tadi, mungkin Ketua Kampung yang ada pun tidak pernah sampai ke laman web ini. Saya galakkan anda melayarinya kerana di sana anda akan melihat wajah ketua-ketua kampung di seluruh negeri Johor yang ‘segak dan kacak.’

Laman web ini hanya mempunyai dua pautan sahaja iaitu laman web rasmi UMNO Malaysia
http://www.umno-online.com/ dan laman web rasmi kerajaan negeri Johor http://www.johordt.gov.my/. Mudah bicara, Ketua Kampung dan UMNO tidak dapat dipisahkan.

Maka berlakulah perlantikan Ketua Kampung di atas sifat wakil parti politik dan sudah pastinya akan timbul perasaan bertindak berat sebelah dalam menjalankan tugas sebagai seorang ketua kampung.

Pernah terjadi di Kluang ketika kempen pilihanraya di Kampung Tengah dalam DUN Mahkota, ceramah PAS telah diganggu oleh Ketua Kampung sehingga pihak keselamatan terpaksa campur tangan sedangkan ketika UMNO menggunakan sebuah dewan orang ramai di kampung yang sama untuk taklimat PACA, Ketua Kampung tersebut memberikan laluan yang seluas-luasnya kepada UMNO.

Berbalik kepada isu perletakkan jawatan 876 Ketua Kampung di seluruh Perak atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan PAS, DAP dan PKR, Presiden Persatuan Ketua Kampung Negeri Perak (setakat ini tidak dijumpai laman web PKKNP dalam internet!) Zukiman Jalil berkata
semua Ketua Kampung tersebut akan meletakkan jawatan pada 1 Apri 2008 dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2008.

Kerajaan Negeri Perak pimpinan YAB Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan dengan lebih kurang 300 orang ketua kampung semalam telah menjelaskan bahawa kesemua Ketua Kampung masih boleh meneruskan tugas mereka sehinggalah tempohnya akan tamat pada 31 Disember 2008. Selepas itu pemilihan Ketua Kampung akan dilakukan melalui sistem pengundian oleh penduduk kampung yang terlibat.

Gambaran yang saya berikan di Kluang tadi sebenarnya adalah contoh betapa Ketua Kampung yang dilantik oleh parti politik UMNO telah menimbulkan banyak masalah ketidakadilan. Penduduk yang tidak menyokong UMNO akan diberikan tekanan. Sebab itulah Zukiman memberikan alasan perletakkan jawatan beramai-ramai kerana ‘tidak sehaluan’ dengan kerajaan negeri yang baru.

Mungkin pada peringkat awalnya, UMNO berharap sangat agar kerajaan rakyat pimpinan baru di Perak ini akan memecat semua Ketua Kampung yang ada kerana ia sudah tentu akan menjadi senjata UMNO/BN bahawa YAB Ir Mohamad Nizar bertindak zalim namun ianya tidak terjadi. Maka, sesuatu perlu dilakukan agar kerajaan baru ini akan dicemuh oleh rakyat Perak.

Namun percayalah bahawa sekiranya kesemua Ketua Kampung ini meletakkan jawatan ia tidak akan merencatkan perjalanan kerajaan yang baru ini. Keputusan YAB Ir Mohamad Nizar menyerahkan kembali tugas melantik Ketua Kampung kepada penduduk kampung sendiri adalah keputusan yang tepat pada masanya. Mudah-mudahan Ketua Kampung yang dipilih sendiri oleh penduduk kampung akan lebih adil dalam melaksanakan tugasnya tanpa memilih bulu.

http://minda-kembara.blogspot.com

Wednesday, March 26, 2008

876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan beramai-ramai.

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei. - Utusan

Demikianlah berita dari Utusan Online yang sempat saya baca sebentar tadi.

Begitulah adatnya yang menang mendapat kuasa dan yang kalah hilang kuasa. Yang menang mendapat tempat yang kalah memberi laluan. Sebagaimana yang pernah saya ulas sebelum ini, ketua-ketua kampong adalah lantikkan politik. Mereka terdiri dari orang-orang Umno (dan anggota BN yang lain di kampong-kampung baru) yang samada ketua cawangan atau yang seumpamanya. Maka padanlah memandangkan Umno dan BN telah kalah, dan kuasa politik dipegang oleh pihak lain, maka semua lantikkan politik memberi laluan dengan mengosongkan kedudukan masing-masing.

Ada yang merasakan kita yang menang jangan terlalu drastik. Sebenarnya ia bukan drastik tetapi amalan biasa. Ini bukan jawatan tetap yang melibatkan kakitangan kerajaan, ini jawatan lantikkan politik. Sebagaimana Setiausaha Politik, takkanlah apabila partinya telah kalah seseorang itu mahu kekal menjadi SETPOL.

Eloklah demi kelicinan jentera kerajaan semua yang dilantik oleh parti yang kalah memberi laluan. Biarkan parti kerajaan yang baru pula membuat lantikkan mereka. Jika ditakdirkan mereka dilantik semula atas apa sebab sekalipun, maka terpulanglah. Begiutlah sepatutnya dari serendah ketua kampong sehingga JKKK dan Pengerusinya, sampailah pembantu-pembantu dan pegawai khas, pengarah-pengarah syarikat milik kerajaan (yang dilantik dari kalangan orang politik), ahli-ahli majlis PBT dan badan berkanun negeri, termasuklah ahli-ahli dewan negara yang dilantik oleh Dewan Negeri.

Barulah betul dan padan dari segi moral.

posted by Roslan SMS

Sunday, March 23, 2008

Sambutan Maulidur Rasul Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan


IPOH, 20 MAC :- Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1429 H yang diadakan di Dewan Bankuet, bangunan Perak Darul Ridzuan mendapat sambutan luar bisa dari masyarakat. Majlis tersebut di sempurnakan oleh KDYM Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah. Majlis juga di hadiri oleh Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaliddin.
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ceramah maulidur rasul oleh penceramah jemputan. Semasa ceramah sedang berjalan dewan telahpun dipenuhi oleh semua tetamu jemputan. Pihak penganjur memaklumkan kehadiran untuk tahun ini jauh lebih ramai dari biasa. Walupun kerusi tambahan yang disediakan diluar dewan namun ianya tidak mencukupi sehingga ramai hadirin yang terpaksa berdiri.
Dalam ucapan peresmian Raja Nazrin bertitah, bahawa pemimpin mempunyai tanggungjawab kepada apa yang dipimpin. Katanya ramai yang telah dipeluang untuk memimpin tetapi ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah langkah dan semuanya harus mempelajari dari kesalahan serta meneladaninya.
Tegas baginda lagi, Rasul menerima bimbingan Ilahi dimana Al Quran Dan Sunnah hendaklah menjadi panduan. Selain itu pemimpin harus mengambil iktibar dari kejatuhan pemimpin disemua peringkat.
Raja Nazrin menggariskan beberapa ciri-ciri yang ada kepada pemimpin iaitu amanah, jujur, berdisplin dan komited. Beliau memberi ingatan bahawa pemimpin sentiasa diperhatikan oleh Allah dan dinilai oleh pengikutnya.
Selain itu baginda juga sangat gembira dengan sambutan untuk mengagungkan Baginda Rasulullah ini., namun beliau berharap ianya jangan menjadi acara rutin sahaja tanpa memperlihatkan hasil dan produktifnya.
Diakhir ucapannya baginda menyeru supaya umat Islam menjadi Umat yang terbaik dengan menghayati kehidupan Rasul untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
Setelah memberikan ucapan peresmian KDYM Raja Nazrin berkenan menyampai beberapa anugerah tahunan kepada yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur.

Pulau Kerajaan Baru : Bodohnya Ketua Kampung di Perak

Oleh cina-islam

"LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta.Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.

Keputusan dan kenyataan ini jelas menampakkan rata-rata ketua kampung yang dilantik di Perak adalah kurang cerdik atau "bodoh". Mereka tidak memahami bahawa kedudukan mereka sekarang adalah dibayar gaji dari hasil kerajaan negeri. Jangan bandingkan dengan apa yang ada di Kelantan di mana ketua-ketua kempung yang didakwa di Kelantan adalah yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Perseketuan (JPP) bagi menyalurkan bantuan kerajaan pusat. Tidak lain untuk menafikan saluran Kerajaan dan Ketua Kampung yang dilantik dan digajikan oleh kerajaan negeri.

Jika benar mereka semuanya ingin berperanan semacam ketua kampung JPP di Kelantan, kita cadangkan mereka meletakkan Jawatan dan pulaulah sepuas-puasnya program kerajaan negeri kerana mereka bukan lagi digaji oleh Kerajaan Barisan Rakyat (BR) di Perak. Saya yakin semua rakyat Perak yang telah meilih BR untuk memerintah tidak halalkan walaupun satu sen duitnya untuk diberi kepada ketua kampung yang memulau kerajaan yang dipilihnya.
Jangan sampai mereka dipecat kerana tidak menjalankan tugas dan sikapnya tidak taat kepada kerajaan negeri yang mengajikan mereka. Sesudah itu jangan salahkan kerajaan BR kerana kita telah beri peluang untuk mereka bekerja dengan sebaik mungkin.

Dengan sombong dan tanpa berfikir panjang mereka mendakwa ‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” katanya di sini hari ini.
Benarlah kenyataan tersebut, maka letaklah jawatan sebagaimana yang dilakukan di Selangor kalau benar-benar rasa bertanggung jawab. Jangan fikir rakyat boleh mengikut keputusan ketua kampung yang kurang cerdik. Rakyat pun rata-rata setuju kalau " tok ketua" ditukar dengan segera.

Tunggulah perlantikan dari JPP , itupun kalau dipilih kembali dan pulaulah semua program kerajaan negeri dengan penyokong BN yang sudah hampir pupus di negeri Perak."

Kenduri Lagi....


Ahad (23/03/2008) - 'Selamat datang', itulah kata-kata aluan yang menyambut setiap para tetamu ke Majlis Kesyukuran anjuran PAS Cawangan Rapat Jaya Tambahan, Ipoh bagi meraikan para petugas PAS yang bertungkus lumus 'berjihad' didalam Pilihan Raya ke-12 yang lalu untuk calon PAS N.43 Sg Rapat.

Biarpun tewas dengan hanya 636 undi, namun itu tidak menghalang untuk seekor kerbau ditumbangkan bagi meraikan para petugas dan juga tetamu makan tengahari tadi.

Kehadiran begitu menggalakkan yang mana dianggarkan sekitar 300 orang telah hadir bagi memeriahkan majlis.















Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran bekas calon PAS N.43 Sg Rapat, Sdr Ir Radzi Bin Zainon, YDP Gopeng Hj Abdul Rahim, Naib YDP Hj Azlan dan juga wakil daripada Parti Keadilan Rakyat Sdr Megat.




























































Tazkirah MB Perak dinantikan



Menteri Besar Perak yang baru, Ir Hj Mohamad Nizar Jamaludin kini senantiasa dinanti-nantikan kemunculannya untuk memberikan ceramah ataupun tazkirah walau kemana pun beliau pergi atau singgah waimah hanya untuk menunaikan solat.

Ternyata setelah beliau memberikan tazkirah selepas solat Maghrib di Masjid Negeri pada hari beliau mengangkat sumpah MB Isnin lepas, kelibatnya senantiasa ditunggu oleh rakyat Perak yang ternyata telah lama dahagakan program agama seumpama itu apatah lagi daripada seorang Menteri Besar.

Solat Jumaat yang lepas menyaksikan betapa Masjid Negeri penuh sesak dengan umat Islam yang khabarnya datang dari segenap pelusuk Perak sehinggakan ada yang datang daripada Manjung hanya untuk mendengar khutbah Jumaat yang sangka mereka akan disampaikan oleh MB Perak yang baru ini. Khutbah Jumaat lepas tidak disampaikan oleh MB tetapi oleh Imam Azam yang nyata memenuhi kehendak para jemaah dengan menyampaikan khutbah tentang kepimpinan yang baik.

Begitu juga apabila MB singgah solat Subuh di Masjid Jalan Diary, beliau telah diminta untuk menyampaikan tazkirah yang mana telah beliau sempurnakan selama 20 minit.

Begitulah bertuahnya rakyat Perak yang kini beroleh seorang Menteri Besar yang berkebolehan bukan sahaja didalam bidang keduniaan tetapi juga dapat membimbing umat ke arah kesejahteraan akhirat. Semoga kepimpinan beliau akan menambah makmurkan lagi kehidupan rakyat dinegeri Perak ini dengan mengembalikan Islam ditempat yang sepatutnya. Amin.

Monday, March 17, 2008

Majlis Keraian Petugas PRU12 Parlimen Gopeng






































































Ahad 16/03/2008 - PAS Gopeng telah menganjurkan majlis meraikan para petugas bagi Pilihanraya Umum ke-12 kawasan Gopeng yang merangkumi DUN N43 Sg. Rapat yang diwakili oleh calon PAS Ir Radzi Bin Zainon Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia Ipoh.

Biarpun tewas dengan hanya 636 undi, namun para petugas Pas amat berbangga dengan pencapaian kali ini yang menyaksikan jumlah undi yang diterima oleh Pas meningkat sehingga 3 kali ganda berbanding dengan PRU11 pada 2004.

Pengarah Urusan bagi majlis ini, Sdr. Zaizi Bin Zainal menyampaikan ucapan penghargaan daripada pihak PAS yang menyanjung tinggi pengorbanan, ketabahan serta istikhamah para ahli dan petugas PAS bagi menghadapi PRU12 kali ini.

Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan kesudian Ahli Parlimen Gopeng dari PKR iaitu Dr. Lee Boon Chye menghadirkan diri bersama-sama menghargai jasa para petugas PRU12 daripada Barisan Rakyat.

Turut serta adalah Ketua Pemuda PAS Perak Ust. Hj. Nor Azli Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Hj. Abu Bakar Hussian, Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng Ir Radzi Zainon serta YDP PAS Kawasan Gopeng Tuan Haji Abd Rahim dan Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng Tuan Hj. Mohamad Azlan Jamaludin.

Monday, March 10, 2008

Keputusan DUN N43 Sungai Rapat

Setelah selesai bantahan, pada jam 4:00 pagi Ahad 10hb. Mac diumumkan keputusan pilihanraya bagi DUN N43 Sungai Rapat.

Radzi bin Zainon (PAS) - jumlah undi 9,999
Hamidah bt. Osman (BN) - jumlah undi 10,635
Majoriti - 636 undi
Peratus keluar mengundi - 72.98%
Undi rosak - 406
Jumlah keluar mengundi - 21,040
Melayu 62.4%, Cina 28%, India 9.3%, Lain-lain 0.3%.
*2004: Hamidah Osman (BN) menang majoriti 6,269

Keputusan Parlimen P71 Gopeng

Datuk Ling Hee Leong (BN) - 22,328
Dr. Lee Boon Chye (PKR) - 29,696
Majoriti - 7,368
Peratus keluar mengundi - 71.7%
Undi rosak - 1,279
Jumlah keluar mengundi - 53,303
Melayu 22%, Cina 48%, India 8.6%, Lain-lain 1%
*2004: Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN) menang majoriti 14,782

Wednesday, March 5, 2008

Luahan Isi Hati



Keperibadian seseorang itu dilihat bukan sahaja daripada zahirnya tetapi juga daripada tutur katanya. Apalah hinanya berkempen dengan cara begini. Jangan katakan Islam, Melayu pun tidak membenarkan seseorang menghina orang lain secara begini. Mungkin inilah cara Islam Hadhari yang cuba diterapkan kepada rakyat bagi menggantikan Islam sebenar yang kita anuti sejak dulu lagi.
Inilah bahan kempen calun Umno/BN Dun N.43 Sg Rapat Hamidah Bt Osman yang ditebarkan kepada pengundi. Anda bacalah luahan isi hatinya ini dan nilaikanlah akan isinya yang juga merupakan cermin kepada keperibadian Hamidah ini.
Fikir-fikirkan.....

Tuesday, March 4, 2008

Semuanya Kerana Saya Cintakan Malaysia - Anwar Ibrahim





































Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam siri lawatannya untuk berkempen didalam PRU12 kali ini telah singgah ke Taman Song Choon, Ipoh dimana terletaknya pejabat Parti Keadilan Rakyat pada petang tadi (04/03/2008).

Kehadirannya dinantikan dengan penuh minat oleh ribuan rakyat walaupun sedikit tersasar kelewatan akibat program yang agak ketat dan juga kesesakan lalulintas yang tidak seperti biasa. Biarpun beliau agak keletihan memenuhi setiap program lawatan yang diatur, nampak kembali bersemangat dan ceria apabila kehadirannya disambut meriah dengan laungan Reformasi dan AllahuAkbar.

Dengan hanya berdiri diatas belakang Pacuan Empat Roda Toyota Hilux, majlis bermula dengan sedikit onak apabila pembesar suara tidak berfungsi kerana ketiadaan elektrik yang dibekalkan dari pejabat PKR secara tiba-tiba. Pelik juga. Angkara siapa? Anda tentu tahu tetapi hanya mampu tersenyum dengan permainan mereka.

Sebaik sahaja pembesar suara bergema semula, ucapannya yang hampir sejam itu sentiasa mendapat perhatian dan tepukan rakyat kerana isi yang disampaikan beliau memang kena tepat kepada permasalahan rakyat.

Beliau juga menyeru kepada yang hadir agar memilih calun-calun daripada PKR dan juga PAS yang bertanding didalam Parlimen Gopeng ini. Calun kita Sdr Ir Radzi Zainon juga tidak ketinggalan dipuji oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berani berjuang.

Intipati yang dapat dipetik daripada ucapan beliau ialah biarpun segala tohmahan dan fitnah jahat yang dilemparkan Parti BN kepada beliau, beliau tetap akan menuntut keadilan untuk rakyat kerana 'Saya Cintakan Malaysia' katanya.



YB2B



Gandingan mantap dua calon berkarisma tinggi, muda, bertenaga dan berdedikasi dalam membawa misi dan visi rakyat untuk diketengahkan bagi menuntut pembelaan yang sewajarnya.

Mereka adalah Dr Lee Boon Chye (berbaju biru) calun Parlimen N.71 Gopeng dari Parti Keadilan Rakyat. Seorang doktor pakar bedah jantung yang berpengalaman di Ipoh Specialist Hospital. Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Disebelah beliau yang berkumis dan hensem itulah Sdr Ir Radzi Zainon calun Dun N.43 Sg Rapat dari PAS. Seorang lulusan PHD Kejuruteraan yang juga berpengalaman luas didalam bidang pentadbiran, motivasi dan perniagaan. Juga merupakan salah seorang pengasas produk Halal di negeri Perak.

Manakala disebelah beliau yang berkopiah dan mengontrol macho itu ialah Imam Zul (bukan calun PAS bagi Dun Manjoi) yang juga berpengalaman dan sedang menimba ilmu untuk menjadi calun PAS dimasa yang akan datang.

Inilah barisan pemimpin yang kami hidangkan kepada warga Sg Rapat di parlimen Gopeng ini. Pastikan pilihan anda kali ini adalah satu pilihan yang tepat dan betul demi memartabatkan prinsip keadilan sejagat yang semakin terhakis masa kini.