Thursday, March 27, 2008

Agenda disebalik perletakkan jawatan Ketua Kampung.

Menjadi lumrah kerajaan yang baru dibentuk oleh PAS atau mana-mana parti selain UMNO/BN akan melalui proses cabaran yang pelbagai wajah. Terbaru, Kerajaan Negeri Perak diuji dengan perletakkan jawatan beramai-ramai Ketua Kampung di seluruh negeri Perak.

Saya merujuk kepada berita terkini yang disiarkan dalam
Malaysiakini dan UtusanOnline. Bermula dengan arahan pemboikotan pertemuan YAB Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua Kampung ini sehinggalah perletakkan jawatan Ketua-Ketua Kampung, gambaran buruk cuba dipalitkan kepada kerajaan yang baru ini supaya dibenci oleh rakyat. Kenapa perletakkan jawatan Ketua Kampung ini perlu dibuat sedangkan tiada apa-apa tekanan diberikan ke atas mereka?

Ketua-Ketua kampung biasanya dilantik daripada kalangan pimpinan UMNO diperingkat cawangan sama ada Ketua UMNO cawangan ataupun sesiapa sahaja yang dilihat mampu menjalankan amanah sebagai Ketua Kampung dan secara tidak langsung melaksanakan tugas UMNO diperingkat Kampung/cawangan.

Anda boleh melayari sendiri laman web Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor (
http://pkknj.com/v1/index.html) yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 10 Ogos 2007. Walaupun telah 7 bulan dilancarkan, hits laman web ini baru mencecah 37 kali sehingga saya layari sebentar tadi, mungkin Ketua Kampung yang ada pun tidak pernah sampai ke laman web ini. Saya galakkan anda melayarinya kerana di sana anda akan melihat wajah ketua-ketua kampung di seluruh negeri Johor yang ‘segak dan kacak.’

Laman web ini hanya mempunyai dua pautan sahaja iaitu laman web rasmi UMNO Malaysia
http://www.umno-online.com/ dan laman web rasmi kerajaan negeri Johor http://www.johordt.gov.my/. Mudah bicara, Ketua Kampung dan UMNO tidak dapat dipisahkan.

Maka berlakulah perlantikan Ketua Kampung di atas sifat wakil parti politik dan sudah pastinya akan timbul perasaan bertindak berat sebelah dalam menjalankan tugas sebagai seorang ketua kampung.

Pernah terjadi di Kluang ketika kempen pilihanraya di Kampung Tengah dalam DUN Mahkota, ceramah PAS telah diganggu oleh Ketua Kampung sehingga pihak keselamatan terpaksa campur tangan sedangkan ketika UMNO menggunakan sebuah dewan orang ramai di kampung yang sama untuk taklimat PACA, Ketua Kampung tersebut memberikan laluan yang seluas-luasnya kepada UMNO.

Berbalik kepada isu perletakkan jawatan 876 Ketua Kampung di seluruh Perak atas alasan tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan PAS, DAP dan PKR, Presiden Persatuan Ketua Kampung Negeri Perak (setakat ini tidak dijumpai laman web PKKNP dalam internet!) Zukiman Jalil berkata
semua Ketua Kampung tersebut akan meletakkan jawatan pada 1 Apri 2008 dan berkuatkuasa pada 1 Mei 2008.

Kerajaan Negeri Perak pimpinan YAB Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dalam pertemuan dengan lebih kurang 300 orang ketua kampung semalam telah menjelaskan bahawa kesemua Ketua Kampung masih boleh meneruskan tugas mereka sehinggalah tempohnya akan tamat pada 31 Disember 2008. Selepas itu pemilihan Ketua Kampung akan dilakukan melalui sistem pengundian oleh penduduk kampung yang terlibat.

Gambaran yang saya berikan di Kluang tadi sebenarnya adalah contoh betapa Ketua Kampung yang dilantik oleh parti politik UMNO telah menimbulkan banyak masalah ketidakadilan. Penduduk yang tidak menyokong UMNO akan diberikan tekanan. Sebab itulah Zukiman memberikan alasan perletakkan jawatan beramai-ramai kerana ‘tidak sehaluan’ dengan kerajaan negeri yang baru.

Mungkin pada peringkat awalnya, UMNO berharap sangat agar kerajaan rakyat pimpinan baru di Perak ini akan memecat semua Ketua Kampung yang ada kerana ia sudah tentu akan menjadi senjata UMNO/BN bahawa YAB Ir Mohamad Nizar bertindak zalim namun ianya tidak terjadi. Maka, sesuatu perlu dilakukan agar kerajaan baru ini akan dicemuh oleh rakyat Perak.

Namun percayalah bahawa sekiranya kesemua Ketua Kampung ini meletakkan jawatan ia tidak akan merencatkan perjalanan kerajaan yang baru ini. Keputusan YAB Ir Mohamad Nizar menyerahkan kembali tugas melantik Ketua Kampung kepada penduduk kampung sendiri adalah keputusan yang tepat pada masanya. Mudah-mudahan Ketua Kampung yang dipilih sendiri oleh penduduk kampung akan lebih adil dalam melaksanakan tugasnya tanpa memilih bulu.

http://minda-kembara.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Ketua kampong adalah lantikan politik - MB yang berkuasa yang melantik mereka.
Kalau MB suruh org ramai dlm kampong melantik ketua kampong,maka MB sebenarnya adalah bodoh! Apa dia ingat org Umno akan melantik org PAS? Apakah PAS kuat sangat dikampong-kampong Negeri Perak ini? PAS menang 6 kerusi ADUN sedangkan Umno melebihi dari itu dgn undi 'bulat' dari org Melayu dikampong-kampong.

Kemenangan PAS jelas kerana dibantu oleh undi Cina dan India; Tetapi dalam pemilihan ketua kampong, mereka ini tidak akan terlibat sama.Fikirkanlah!

Orang PAS dibawah bertungkus lumus bekerja dengan berbagai halangan dek karenah Ketua kampong dan JKKKnya. Nak dapat gunakan dewan jauh sekali dan masjid dijadikan macam mak bapak depa.

Oleh itu diharap janganlah tidak menggunakan kesempatan kali ini utk melantik ketua kampong dari kalangan orang parti sendiri.

Umno ada rancangan mereka sendiri -akan buat sebagaimana di Trengganu dulu sewaktu PAS memerintah.Kerja-kerja grassroot sangat penting sebab ianya berkaitan dgn sosial masyarakat seluruhnya.Jgn seronok menang sengeh-sengeh sahaja sebab dapat makan kenduri! Umno akan sembelih kita kalau kita alpa dan melepaskan peluang ini.

Anonymous said...

islam adalah satu agama yang adil. maka jika kita mengamalkan apa yang diamalkan oleh UMNO, iaitu memilih sendiri ketua kampung dari kalangan orang sendiri... apa bezanya BA dan UMNO? serupa tak berguna...

jangan kerana nafsu kekuasaan yang kita miliki hanya SEMENTARA ini digunakan pada jalan yang tamak! kelak ia pasti MEMAKAN DIRI KITA SENDIRI!!!

biarlah kita ADIL dalam semua perkara, mungkin kita rugi sedikit.. tapi SABARLAH kerana ia BAIK untuk kita semua suatu hari nanti..

ingatlah sesungguhnya ALLAH ITU WUJUD dan memerhati kita semua..

INSYAALLAH yang baik di balas baik.. yang adil dibalas adil.. ALLAH MAHA ADIL dan jangan sampai kita lupa amanah ALLAH kepada kita supaya berlaku ADIL!

Anonymous said...

"memilih sendiri ketua kampung dari kalangan orang sendiri... apa bezanya BA dan UMNO? serupa tak berguna..."

Dark7am, You should know these facts:
Ketua kampung adalah lantikan politik.

Sama seperti mana 'setiausaha polititik MB' kena dilantik dari kalangan sendiri dan yg dulu kena lah letak jawatan.

Orang PAS tak dapat allowance pun tak ngapa sebab dah biasa kerja percuma kerana berjihad.Bukan soal nafsu atau apa , tapi pasal g/kerja digrassroot adalah perlu kpd prasarana tersebut.

Anonymous said...

saya juga bersetuju jika difikirkan dari sudut tuan.

cuma saya tidak senang dengan tindakan pas jika ia sama dengan umno dari sudut pemilihan ketua kampung ini.

bagi saya tindakan ini hari ini adalah baik kerana pas sebagaimana kita tahu, orangnya baik2 dan memiliki semangat jihad yang hebat. tapi generasi depan bukan orang-orang yang ada pada hari ini.. perubahan berlaku.. benar bahawa lantikan terus orang kita yang amanah ini akan membawa kebaikan kepada semua rakyat perak.. tetapi bila dijadikan peraturan begini, esok lusa orang lupa tentang amanah dan akan muncul kronisme dalam BA dalam isu pemilihan ini sebagaimana yang melanda umno... dulu ramai orang baik dalam umno.. tetapi bila orang atas sendiri yang memilih.. suatu hari nanti pasti ada orang atas baru yang tamak dan golongan ini pasti bertambah.

cadangan tuan ada benarnya.. mungkin kita boleh guna sebagaimana format pas pusat.. ATAU kita guna cara yang paling baik, cara yang digunakan Rasulullah saw dalam membuat pemilihan.