Tuesday, June 30, 2015

Surau Nurul Hidayah, Pengkalan Gate

29 Jun 2015 (12 Ramadhan) Isnin - Surau Nurul Hidayah, Pengkalan Gate telah menganjurkan penyampaikan bantuan Ramadhan kepada 20 orang penerima yang telah terpilih. Majlis bermula sebelum waktu berbuka puasa. YB Radzi Zainon telah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan tersebut serta berbuka puasa bersama masyarakat setempat dan diakhiri dengan penyampaian tazkirah selepas solat tarawih dan witir.







Monday, June 29, 2015

Surau Taman Pinji Mewah

28 Jun 2015 (Ahad) 11 Ramadhan - YB Radzi Zainon telah memenuhi jemputan Surau Taman Pinji Mewah untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat serta meyampaikan tazkirah Ramadhan sebelum solat sunat Tarawih.





UPU Pengkalan Barat

27 Jun 2015 (Sabtu) 10 Ramadhan 1436 - YB Radzi bin Zainon serta Mejar (B) Yakub telah dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa di UPU Pengkalan Barat serta menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat Tarawih dan Witir.


Surau Al-Ehsan, Rapat Setia

26 Jun 2015 (Jumaat) 9 Ramadhan 1436 - Surau Al-Ehsan, Rapat Setia telah menjemput YB Radzi bin Zainon ke majlis berbuka puasa dan menyampaikan tazkirah Ramadhan. Antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh YB Radzi Zainon ialah menjaga amalan solat wajib serta sentiasa berusaha untuk bertahajud disamping pelihara hubungan dengan masyarakat terutamanya golongan fakir miskin dengan memperbanyakkan sedekah jariah. Bersempena Ramadhan tahun ini, YB Radzi mengajak jemaah berazam bersungguh-sungguh terutamanya 10 malam terakhir yang dijanjikan ganjaran keampunan serta sentiasa berdamping dengan Al-Quran.




Friday, June 26, 2015

Penyampaian tazkirah Ramadhan di Surau Taman Muda, Simpang Pulai

25 Jun 2015 bersamaan 8 Ramadhan 1436H (Khamis) - YB Radzi Zainon telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan di Surau Taman Muda, Simpang Pulai selepas seusai solat Tarawih dan Witir. Majlis berakhir jam 11.00 malam.



YB Radzi Zainon menyampaikan bantuan Ramadhan di Masjid Al-Ahmadiah, Changkat Larang dan tazkirah Ramadhan Surau Ikhsaniah, Meranti Lapan

24 Jun 2015 (Rabu) bersamaan 7 Ramadhan 1436H - Satu majlis penyampaian bantuan Ramadhan telah diadakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat dengan kerjasama PAS Cawangan Changkat Larang bertempat di Masjid Al-Ahmadiah, Changkat Larang. YB Radzi Zainon telah hadir untuk menyampaikan bantuan tersebut. Seramai 23 orang dipilih sebagai penerima bantuan Ramadhan tahun ini. Hadir sama, Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng, Ustaz Rosdi Zainal Abidin.

YB Radzi Zainon menyampaikan bantuan Ramadhan bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng


YB Radzi sedang menyampaikan ucapan
YB Radzi Zainon berbuka puasa bersama para jemaah Masjid Al-Ahmadiah

Majlis kemudiannya disambung dengan berbuka puasa bersama para jemaah masjid berkenaan dan YB Radzi Zainon telah menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan. Selepas itu, YB Radzi bergegas pula ke Surau Ikhsaniah Meranti Lapan untuk solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah. Program YB Radzi Zainon berakhir dengan penyampaian tazkirah Ramadhan di Meranti Lapan. Hadir sama, Ketua UPU Sdr Ahmad bin Osman.

YB Radzi Zainon sedang menyampaikan tazkirah di Surau Ikhsaniah Meranti Lapan



Wednesday, June 24, 2015

Surau Al-Falah, Taman Desa Pelancongan

23 Jun 2015 (Selasa) - Surau Al-Falah, Taman Desa Pelancongan telah menjemput YB Radzi bin Zainon untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat Tarawih dan Witir. Hadir sama, Pengerusi Taman Desa Pelancongan, Mejar (B) Yakub bin Haji Yasin.




Tuesday, June 23, 2015

Penyampaian Bantuan Ramadhan / Berbuka Puasa / Tazkirah di Surau Seri Rahmat

22 Jun 2015 (Isnin) - YB Radzi Zainon telah turun padang berbuka puasa bersama penduduk di Surau Seri Rahmat disamping menyampaikan bantuan sempena Ramadhan. Majlis berakhir dengan penyampaian tazkirah oleh YB Radzi Zainon. Jazakallah diucapkan kepada penganjur atas jemputan.





Majlis berbuka puasa dan sesi tazkirah di Surau Desa Aman

21 Jun 2015 (Ahad) - PAS Cawangan Desa Aman telah menganjuran majlis berbuka puasa bersama YB Radzi Zainon di Surau Desa Aman. YB Radzi seterusnya telah solat berjemaah dan menyampaikan tazkirah di surau tersebut. Terima kasih diucapkan kepada penganjur.





Edaran Bubur Lambuk

20 Jun 2015 (Sabtu) - PAS Cawangan Pengkalan Pegoh telah menganjurkan edaran bubur lambuk di Markas PAS Pengkalan Pegoh. YB Radzi Zainon turut hadir membuat edaran bubur lambuk sebanyak 400 bungkus di samping menyantuni penduduk setempat. Program ini merupakan program tahunan setiap Ramadhan.



Surau Pulai Jaya




YB Radzi Zainon telah mengadakan majlis bebuka puasa di Surau Pulai Jaya.

Bazar Ramadhan Medan Gopeng

19 Jun 2015 (Jumaat) - PAS Cawangan Maju Rapat dan Dewan Pemuda PAS Gopeng serta Unit Amal bersama - sama YB Radzi Zainon telah menyantuni masyarakat di Bazar Ramadhan Medan Gopeng. Program bermula jam 5.00 petang selepas solat Asar dan berakhir jam 6.30 petang.





Friday, June 19, 2015

Pasar Target Desa Pakatan

16 Jun 2015 (Selasa) - Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat bersama YB Radzi bin Zainon telah turun padang ke Pasar Target, Desa Pakatan bagi menyantuni masyarakat setempat sambil mengedarkan buletin Warkah Rakyat dan Taqwim Berbuka Puasa 1436H. Program turun padang ini telah mendapat kerjasama daripada Dewan Muslimat PAS Gopeng. Pelbagai masalah telah diajukan oleh penduduk setempat kepada YB Radzi termasuklah kecurian yang sering berlaku di Pasar Target. 








Ziarah Mahabbah bersempena Ramadhan 1436H

17 Jun 2015 (Rabu) - Sehari sebelum Ramadhan, YB Radzi bin Zainon (ADUN Sg Rapat) telah berkesempatan ke beberapa lokasi di Batu Gajah bagi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan dan mengedarkan taqwim berbuka puasa 1436H. Antara lokasi yang sempat diziarahi ialah Pasar Awam Batu Gajah, Kampung Pisang dan Kampung Ara Payong. Seramai 30 orang telah dipilih menerima bantuan sempena Ramadhan daripada YB Radzi Zainon. Jazakallah diucapkan kepada kepimpinan PAS Batu Gajah dan Dewan Muslimat PAS Gopeng yang turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Di Kampung Pisang, Batu Gajah


Kg Ara Payong, Batu Gajah

YB Radzi bersama kepimpinan Dewan Muslimat di Kg Ara Payong, Batu Gajah