Thursday, April 30, 2009

Jasa Pakatan Rakyat.

Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak telah ditumbangkan secara haram hampir tiga bulan dahulu, namun sebagai mengambil sikap tanggungjawab pihak JKKN dan pimpinan PAS di Bagan Datuh tetap menghulurkan bantuan yang termampu kepada penduduk yang dilanda banjir di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Datuh, Ust. Hj. Misbahul Munir Masduki sedang menyampaikan ceramah.
Antara orangramai yang hadir pada malam itu.

Sunday, April 26, 2009

Jangan Berperangai Macam Budak-Budak.

Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.

Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.

Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.

UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.

Cyberboron.


Saturday, April 11, 2009

Ceramah Kemenangan.

Satu ceramah sempena kemenangan calon PR di parlimen P059 Bukit Gantang telah diadakan di Dewan Orangramai Bagan Datuh.

Ceramah diadakan untuk meraikan petugas-petugas dari kawasan Bagan Datuh yang berusaha keras untuk memenangkan calon Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Nizar Jamaluddin dalam PRK parlimen P059 Bukit Gantang yang baru lalu.

Ceramah telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Datuh Ust. Hj. Mohd Misbahul Munir Masduki merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak.

Monday, April 6, 2009

Hari Terakhir Kempen

Calon Parlimen P059 Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Hj. Mohd Nizar Jamaluddin, Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ust. Nordin dan beberapa orang kampung Simpang Halt sedang meredah banjir pada petang tadi.
Turut hadir ahli parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli.
Sedang menyampaikan taklimat kepada penduduk kampung.

Sunday, April 5, 2009

Kempen Diteruskan....

Kempen calon pilihanraya parlimen P059 Bukit Gantang diteruskan dengan pertemuan makan malam di sebuah rentoran bersama para blogger Pakatan Rakyat.
Majlis dialog disebuah kampung 'hardcore' Umno.
Bloggers dari Lembah Kelang pun datang.
Melawat orang kampung yang ditimpa musibah.
Bloggers dari Perak.

Friday, April 3, 2009

Berkhidmat untuk rakyat.













Satu kemalangan jalanraya telah berlaku dalam perjalanan calon Parlimen P059 Bukit Gantang ke tempat ceramah sebentar tadi.

Tanpa berlengah Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Nizar Jamaluddin meluru keluar dari kenderaan untuk melihat kejadian yang berlaku di depan mata.

Kemalangan 'langgar dan lari' berkenaan telah menyebabkan seorang anak muda mungkin patah kaki kirinya.

Calon sendiri telah membantu mengangkat anak muda berkenaan ke dalam sebuah kenderaan polis untuk ke hospital.

Wednesday, April 1, 2009

Kempen Bersama Calon Parlimen Bukit Gantang.

Rombongan calon parlimen P059 Bukit Gantang hari ini melawat ke Pulau Sangga, Kuala Sepetang.

Setiap tempat yang disinggahi oleh calon, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari pengundi kaum cina.