Sunday, April 26, 2009

Jangan Berperangai Macam Budak-Budak.

Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.

Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.

Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.

UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.

Cyberboron.


3 comments:

Perakians said...

Berpijakla di bumi yang nyata....apa yang terjadi terima je hakikatnya....kita ada undang - undang...kes dah dibawak ke mahkamah...mahkamah dah buat keputusan...apa yang dititah Tuanku adalah berasaskan undang - undang...bukannya mengikut kehendak Tuanku...dulu masa pihak Barisan Alternatif menang secara tiga parti digabungkan....sedar tak...PAS ada berapa kerusi..., PKR ada berapa...DAP ada berapa...bukannya semuanya minoriti....majoriti sebenarnya BN...28 kerusi...tapi berasaskan undang undang Tuanku melantik Nizar walaupun PAS menangi kerusi paling sedikit dalam DUN Perak..kenapa ??? Kerana budi bicara Tuanku le....termaktub dalam Perlembagaan Undang Tubuh Negeri Perak...Tuanku menggunakan budi bicara serta pertimbangan dengan melantik Nizar dari PAS jadi MB...kalau tak Ngeh dah memang nak jadi MB....dia dgn kumpulan DAP dah prepare utk jadi MB....atas Undang Undang Tubuh Negeri Perak le yang menjadi asas Tuanku boleh melantik seseorang yang mempunyai atau memenangi kerusi majoriti untuk menjadi MB...syaratnya Islam, Melayu...tidakkah Nizar sedar ...Tuanku dah lantik kamu jadi MB...tapi sekarang kamu derhaka atas titahnya....sekarang tiba pasal kerusi dalam Dewan....kesemua DUN BN dan 3 DUN yang menyokong BN mengadap Tuanku dan atas dasar itulah Tuanku menerima BN dan melantik Zambry....serupa jugak ketika Nizar dilantik...kesemua ADUN Pembangkang memberi kata setuju bertulis utk bergabung TANPA KEMBALI PADA RAKYAT DAN MENYOKONG PENUH NIZAR JADI MB....abis sekarang apa bezanya...TAK PERLU KEMBALI PADA RAKYAT....ADUN BN MENYOKONG ZAMBRY JADI MB...SALAH KE...bila berpihak pada Pembangkang semua betul...bila berpihak pada BN semua tak betul...k'jaan haram pulak dikatakan....be rasional la...kita bukan budak budak...most of pembangkang adalah lawyers...ada yang jadi pemidato terbaik ketika di UM dulu...u people are pro...not amateur....has goodbase in law...common sense...malu rakyat tenguk perangai macam budak dalam dewan nanti kalau rebut tempat duduk...ini bukan sekolah rendah....with dress no. 1...dgn bersongkok lagi ....nak rebut tempat duduk... to Sivakumar...u should know wat to be n what to do...time has come...A MAN CAN FAIL MANY TIMES, BUT HE ISN'T A FAILURE UNTIL HE BEGINS TO BLAME SOMEBODY....

cakcebor.blogspot.com said...

Kita tengok lah nanti. Sidang DUN Mei ni..Sapa budak siapa badak..!

JANTAN said...

cakcebor;
Yang badak sebab pekak dan bongkak ialah NIZAR! Sbb tak gheti bahasa dah kena pecat dek Sultan pun pakai kereta MB lagi. Malah Misbahlul dalam profile blognya masih ngaku Setiausaha Politik YAB menteri besar!

Gila ke aper org2 PAS ni!