Tuesday, March 29, 2016

YAM CHAR BERSAMA YB RADZI ZAINON



Pengkalan : Pas kawasan Gopeng semalam melangkah satu lagi aktiviti mendekati masyarakat khususnya penduduk DUN Sungai Rapat melalui program Yam Char bersama YB Radzi Zainon bertempat di tapak parking pasaraya Target.


Majlis yang bermula pada jam lima petang itu di hadiri oleh pelbagai kaum Cina , melayu dan India merupakan majlis ramah mesra sambil minum petang bersama Yb Radzi Zainon. Majlis ringkas itu di adakan sebagai penghubung  antara Wakil Rakyat DUN Sungai Rapat yang di wakili oleh Pas bersama masyarakat setempat.

Majlis turut di hadiri oleh Naib Presiden Pas Pusat Yb Ustaz Idris Ahmad  yang juga MP Bukit Gantang, Ustaz Misbahul Munir Masduki Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak bersama beberapa pimpinan Pas Perak termasuk sdr KY Tiang yang mewakili kaum Cina.

Dalam ucapan aluannya Yb Radzi Zainon mengalukan kehadiran pelbagai kaum dalam majlis mesra rakyat tersebut. Beliau turut menceritakan usaha beliau membawa masalah setempat Dun Sungai Rapat seperti pembinaan Fly Over dan meluaskan jambatan berhampiran sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh. Walaupun aduan itu telah mendapat respon dari kerajaan Negeri Perak namun ianya tertangguh berikutan masalah kewangan yang melanda negara.

Yb Ustaz Idris Ahmad meluahkan rasa gembira dan keyakinan Pas Pusat di atas laporan khidmat yang di berikan oleh Yb Radzi di Sungai Rapat. Menurutnya, laporan prestasi yang di terima Pas Pusat sangat memberangsangkan dan memberi jaminan untuk mengekalkan YB Radzi Zainon mewakili Pas mempertahankan N43 Dun Sungai Rapat dalam pilihanraya akan datang. Kenyataan beliau itu susulan desas desus kononnya Yb Radzi tidak lagi menjadi calon Pas Dun Sungai Rapat. Sebagai respon tawaran dan keyakinan Pas Pusat, Yb Radzi menyatakan kesediaan beliau mempertahankan Dun Sungai Rapat namun untuk waktu ini memberi tumpuan memberi khidmat terbaik mewakili Pas di Dun Sungai Rapat.

Selain merapatkan Pas dan masyarakat setempat , program santai tersebut juga dapan memberi penjelasan dan menjawab tohmahan yang di lemparkan kepada Pas akhir akhir ini khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

Majlis di akhiri dengan cabutan bertuah yang turut di miliki oleh ketiga tiga kaum. Walaupin hanya enam hadiah di sediakan, namun pemenang bertuah mewakili ke tiga tiga kaum. Hadiah di sampaikan oleh YB Radzi Zainon kepada para pengunjung bertuah . Tahniah YB Radzi Zainon dan Pas Kawasn Gopeng.

Friday, March 18, 2016

Sekian lama blog ini tidak dikemaskinikan atas sebab teknikal. Insyaallah, kami akan meneruskan input untuk menyediakan penerangan.