Sunday, April 18, 2010

Pesuruhjaya Pas Perak melawat mangsa ribut

Batu Gajah - Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain telah melawat rumah mangsa ribut yang berlaku beberapa hari lalu di Kampung Ara Payong Batu Gajah. Lawatan itu juga disertai oleh Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy dan Bendahari Pas Batu Gajah, Sdr Ghani.

Unit amal dan pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah turun ke tempat kejadian. Mereka telah membatu membaik pulih rumah yang rosak di pukul ribut. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana banyak membatu sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa.




Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain


unit amal




Pusat Khidmat Masyarakat MP Bukit Gantang


antara rumah yang rosak teruk


Ustaz sedang berbual dengan wartawan Sinar Harian


turun padang walaupun sibuk


mangsa sangat terharu dengan kedatangan Ustaz ke rumahnya




bergambar sebelum pulang

Pas dan Unit Amal paling awal membantu mangsa ribut di Kg Ara Payung


Pas Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.

Pas yang diketuai oleh bekas calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, Ydp Pas Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.

Pas telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana Pas telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada Pas Kawasan Batu Gajah.

Pas juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.

Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.

Pas Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.

Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan Pas Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut raufan.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Pas batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.


ujian ALLAH






kaum India turut dibantu




pemimpin berjiwa rakyat


mendengar masalah



i

YDP bersama unit amal


Ydp sedang mencari sesiapa yang ingin menyumbang bantuan


berehat seketika




terpaksa makan di luar rumah.


hati Ustaz tersentuh


bersabarlah menghadapi ujian


Ustaz radzi menyampaikan sumbangan

Thursday, April 8, 2010

Bantahan peniaga pasar Gunung Rapat

Mat Razali bersama para peniaga Pasar Gunung Rapat
Ipoh menyuarakan bantahan perobohan pasar dan membina
yang baru disitu

7 Apr, Ipoh : Hampir 200 orang peniaga-peniaga pasar Gunung Rapat di sini telah membuat demonstrasi beramai-ramai pagi ini untuk menyatakan bantahan mereka keatas cadangan meroboh pasar lama dan membina pasar baru yang dijangka menelan belanja RM6 juta.

Mereka menyatakan rasa kesal diatas sikap Dato Bandar yang tidak mahu berunding dengan mereka berhubung isu tersebut.

Dato Bandar telah memanggil mereka pada 8 Mac yang lalu dan menyampaikan taklimat berhubung projek tersebut tanpa meminta maklum balas daripada peniaga-peniaga disitu.

Mereka lebih suka pasar lama ini dibaik pulih dengan kos yang lebih jimat

Menururut jurucakap peniaga-peniaga di situ, Encik Mat Razali, Dato Bandar Ipoh telah bersetuju untuk menemui mereka dipejabatnya pada 30 Mac jam 4.30 yang lalu.Tetapi apabila mereka pergi ke pejabatnya pada tarikh dan waktu yang dijanjikan itu, Dato’ Bandar tiada di pejabat, katanya ada urusan ditempat lain.

Mereka mendesak supaya Dato Bandar menetapkan satu tarikh dan masa yang baru untuk membincangkan hal cadangan perobohan dan membina semula pasar basah Gunung Rapat tersebut.

Ini towkey ikan yang sering saya langgani..

Mereka berharap Dato Bandar sudi mengadakan pertemuan dan berbincang dengan mereka untuk mengetahui permasalahan mereka berhubung rancangan untuk meroboh dan membina semula bangunan baru pasar disitu.

Ditanya apa sebenarnya bantahan mereka terhadap projek pasar baru tersebut, Mat Razali menerangkan bahawa lokasi tersebut tidak berapa sesuai dengan kos yang bakal menelan belanja RM6 juta itu dan minta suatu tapak yang lebih luas dan lebih selesa.

Mereka membantahlah tuu! Ada sesiapa yang boleh baca...

“Tempoh pembinaannya mengambil masa yang lama antara 2 ke 3 tahun ; dan kami ditempatkan ditapak sementara yang jauh dan tidak sesuai,” kata Mat Razali.

“Kami mencadangkan supaya pasar ini dibaik pulih dengan kos yang lebih murah iaitu antara 2-3 juta sahaja dan tidak merumitkan kami dan orang ramai yang berurusan dengan kami,” jelasnya lagi yang mewakili seratus lebih para peniaga disitu.

Lagi bantahan para peniaga...
Menurut Mat Razali, mereka telah pun mengahantar satu memorandum kepada Dato Bandar beserta tanda tangan 1,500 petisyen orang ramai yang membantah perobohan dan membina pasar baru disitu.

Mereka juga membantah atas adanya campurtangan pihak ketiga dalam projek tersebut serta terdapatnya peniaga-peniaga luar yang diberikan tempat atau ruang yang lebih selesa berbanding dengan para peniaga asal pasar tersebut.

sumber: alhusseyn