Thursday, August 13, 2015

Sambutan Aidil Fitri PKR Negeri Perak

Rabu 12 Ogos 2015 - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak menganjurkan Sambutan Aidilfitri peringkat negeri Perak yang diadakan di Taman Pinji Perdana. YB Radzi Zainon telah dijemput ke majlis tersebut yang bermula sekitar jam 8.00 malam. Terima kasih diucapkan kepada MPN PKR di bawah pimpinan Dr. Mohamad Nor Manuty. Walaupun hujan lebat tetapi dianggarkan 1000 orang yang telah hadir. Antara tetamu yang hadir ialah Presiden PKR, YB Datin Seri Wan Azizah, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, YB Haji Azmin Ali, Naib Presiden PKR, YB Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye, YB Manivannan, Wakil DAP, YB Dato' Ngeh Koo Ham, YB Chang Lih Kang, YB Tan Kar Hing, YB Ust Zawawi serta wakil Gerakan Harapan Baru (GHB). Majlis diserikan dengan ucapan daripada YB Datin Seri Azizah dan YB Haji Azmin Ali. 


Konvensyen Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi

Khamis 13 Ogos 2015 - YB Radzi Zainon telah menghadiri Konvensyen Pemikiran Badiuzzaman Said Nursi di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Konvensyen tersebut telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir di konvensyen tersebut ialah Mufti Kerajaan Negeri Perak, SS. Tan Sri (Dr) Harussani Hj. Zakaria, ADUN Gunung Semanggol, YB Ust. Zawawi dan ADUN Selinsing, YB Haji Husin Din. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah berkenaan :

1. Perjuangan menuntut pengorbanan
2. Perjuangan menuntut kesabaran
3. Perjuangan berpaksikan Al Quran, As-Sunnah, Ummah dan Akhirat
4. Tiada kalimah rehat dalam kehidupan dunia
5. Responsif terhadap cabaran semasa
6. Kemenangan hakiki adalah milik Allah semata-mata




YB Radzi bersama Mufti Perak dan YB Haji Husin Din (kanan)


Turut kelihatan YB Ust Zawawi (kanan)

Wednesday, August 12, 2015

Menziarahi kebakaran di Kampung Pisang, Batu Gajah

Rabu 12 Ogos 2015 - YB Radzi Zainon telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Pisang, Batu Gajah iaitu Pakcik Tajuddin dan isteri beliau Makcik Norzakiah bt. Mohd Ali. Kebakaran berlaku sekitar jam 10 pagi tadi. Kesemua dokumen-dokumen penting dan peralatan rumah serta wang tunai tidak dapat diselamatkan. Kebakaran dimaklumkan bermula dari bilik hadapan dan telah menyebabkan hampir 95 % rumah tersebut musnah. Rumah tersebut sebelum ini didiami seramai 10 orang termasuk 5 orang cucu pasangan warga emas tersebut. Hadir sama menziarahi ialah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), En Mohd Faizal serta Ketua Kampung tersebut, Haji Mohd Ruah. 

Anggota Bomba Batu Gajah sedang berusaha memadamkan kebakaran

YB Radzi meninjau keadaan rumah warga emas yang hangus dalam kebakaran pagi tadi

YB Radzi sedang berbincang dengan tuan rumah dan wakil JKM, En Mohd Faizal (berkopiah)

Turut hadir Ketua Kampung, Tuan Haji Mohd Ruah (dua dari kiri)

Monday, August 10, 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Batu Gajah

Sabtu 8 Ogos 2015 - PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Batu Gajah, Taman Saujana. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah YB Radzi bin Zainon (ADUN Sg Rapat). Pelbagai juadah telah disediakan oleh penganjur. Terima kasih diucapkan kepada YDP PAS Batu Gajah, Dr. Nuri Al-Amin serta saf kepimpinan PAS Batu Gajah.

Dari kiri : Sdr Rosdy (S/U PAS Bt Gajah), YB Radzi Zainon dan Dr. Nuri Al-Amin (YDP PAS Bt Gajah)

Hadirin yang hadir


Friday, August 7, 2015

Jamuan Hari Raya PAS Caw. Pengkalan Pegoh & Caw. Desa Aman

Khamis 6 Ogos 2015 - YB Radzi menghadiri Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Pengkalan Pegoh & PAS Cawangan Desa Aman. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan Timbalan Pesuruhjaya  II PAS Negeri Perak.


Hospital Raja Perempuan Bainun

Rabu 5 Ogos 2015 - YB Radzi Zainon menziarahi Cikgu Shahrul Puadi di Hospital Raja Perempuan Bainun. Beliau dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.



Turun Padang

Khamis 6 Ogos 2015 - YB Radzi bin Zainon telah menziarahi adik Mohamad Azim di kediamannya di Kuarters KTM Batu Gajah. Adik Mohamad Azim telah terlibat dalam kemalangan dan telah mengakibatkan saraf terganggu. YB Radzi juga menyampaikan bantuan kerusi roda untuk adik Mohamad Azim. Selepas itu, YB Radzi meninjau projek baik pulih rumah Puan Rohini di Kg Sg Terap, Batu Gajah seterusnya ke Pusat Khidmat Masyarakat Kg Ara Payung.

YB Radzi menyerahkan kerusi roda kepada bapa Mohamad Azim

Adik Mohamad Azim yang terlantar di rumah dalam proses pemulihan

YB Radzi meninjau rumah Puan Rohini

Monday, August 3, 2015

Ziarah Kampung Bendera, Batu Gajah

Ahad 2 Ogos 2015 - YB Radzi Zainon telah meraikan adik Razak sempena bulan Syawal di kediaman nya. Adik Razak merupakan insan istimewa sejak dilahirkan yang kini berusia 11 tahun. Memandangkan kesulitan bagi pengurusan adik Razak, maka satu pendekatan telah diambil oleh PAS Kawasan Batu Gajah bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat yang mana telah mengumpul dana untuk menyambung sebuah bilik bagi membolehkan adik ini boleh di urus dengan lebih selesa kerana ibunya mengidap kencing manis yang agak kronik. Semoga dengan keprihatinan dari semua pihak dapat membantu adik Razak dan keluarganya menghadapi hari-hari yang mendatang.