Tuesday, April 24, 2012

Siapa bertanggungjawab ke atas majlis maksiat di Desa Pakatan?

Beberapa blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April 2012.

Majlis maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga api yang cukup mahal.


Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?” ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.

Menurut tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan penganjuran tersebut.

Petanda mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang ! Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? “komen Radzi Zainon lagi.

Sebenarnya jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan mengambil sisi ‘win-win situation’ bukan berkeras dan degil seperti semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat.

Jika sebelum ini UMNO menjemput ‘ustaz segera’ untuk berceramah walaupun tajuk bernada ‘rasis’ dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

DEBAT Radzi VS Hamidah ; siapa yang mula mencabar ?

Ustaz Radzi Zainon akan ajak Dato' Hamidah berdebat !!!!!!!

Mengapa tiba-tiba?

Sebenarnya jemputan untuk berdebat ini adalah sebagai reaksi daripada cabaran awal pihak YB Dato’ yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi

“ Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya”.

Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato’ melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.

Sebagai jawapan pihak YB Dato’ sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.

Radzi telah menjawab cadangan itu malah PAS memang bersedia untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010. Akan tetapi pihak PAS telah memberi cadangan agar lebih baik diadakan di kawasan terbuka untuk membuka ruang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut sama menyertai dan menyaksikan majlis debat berkenaan.

Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas daripada pihak YB Dato’ sehinggalah PAS Kawasan Gopeng memutuskan untuk menjemput YB dato’ secara rasmi melalui surat yang bakal diserahkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD SUNGAI RAPAT









KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012 HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

KENYATAAN MEDIA 23 APRIL 2012

HAMIDAH MEMBISU ISU TANAH BENGKEL DI KAMPUNG SERI JAYA

Dalam meneruskan Misi Menjejaki Isu Rakyat Terpinggir yang dianjur khusus oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, pada 21 April 2012 yang lalu kami meneruskan agenda dengan menyiasat sendiri rintihan daripada kalangan pengusaha bengkel besi dan kereta sepanjang jalan utama Kampung Seri Jaya.

Sejurus sahaja saya mendapat maklumat berkenaan isu tanah bengkel yang bakal dikosongkan, saya bergegas ke sana bersama Rombongan PAS Batu Gajah dan Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.

Tuan Haji Sarjee iaitu salah seorang pemilik bengkel besi di hadapan jalan menghala ke Pasaraya TF itu telah memaklumkan bahawa pihak pemaju ingin memindahkan kesemua bengkel tersebut ke suatu kawasan yang lebih jauh daripada ‘market coverage’ mereka. Dengan hanya diberi tempoh masa dua minggu dan pampasan RM 5000 mereka diminta berpindah ke kawasan baru yang disediakan 4 tiang berbumbung tanpa ada dinding untuk melindungi peralatan bengkel mereka!

Mereka telah mencari rezeki di kawasan berkenaan selama lebih belasan tahun malah tanah yang mereka duduk hari ini bukanlah bertaraf setinggan kerana diberi hak dan kebenaran oleh Syarikat Timah Jerneh yang dahulunya memajukan kawasan perlombongan berdekatan.

Memandangkan kawasan tersebut telah diserahkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pemaju baru, pihak pemaju mengarahhkan pula mereka berpindah sedangkan mereka sebenarnya dalam proses menuntut geran tanah berkenaan.

Lebih malang apabila isu tanah sebegini tidak mendapat perhatian YB Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN kawasan berkenaan malah menurut Tuan Haji Sarjee YB Dato’ tidak pernah menjenguk kawasan bengkel-bengkel berkenaan.

Pada pengamatan saya, usaha para pengusaha bengkel tersebut perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan mereka terdiri daripada kalangan bumiputera yang sanggup berjuang mempertahankan perniagaan sendiri. Apalah salahnya UMNO selaku parti yang mengaku membela Melayu untuk celik membuka mata dan turun ke bawah melihat sendiri rintihan kaum Melayu yang berniaga di sana.

Pihak kami berjanji akan terus mendesak kerajaan BN untuk menyuarakan hasrat rakyat sekaligus berjanji tuidak akan mealukan agenda yang sama sekiranya PAS diberi mandat mentadbir kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat






Monday, April 23, 2012

Kenyataan Media : MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

KENYATAAN MEDIA 22 APRIL 2012

MENJEJAKI ISU RAKYAT TERPINGGIR DI KAMPUNG BENDERA DUN SUNGAI RAPAT

Menyedari peri tingginya tanggung jawab yang digalas sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat saya memilih untuk meneruskan tugasan menjejaki isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh pihak ADUN Sungai Rapat serta kerajaan negeri dan tempatan.

Pada 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak telah berada di Kampung Bendera yang berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat untuk mendengar sendiri permasalahan keperluan asasi masyarakat kampung di sana.

Melalui tinjauan pihak kami ke rumah wakil penduduk Kampung Bendera yang dikenali sebagai Saudara Halil, beliau memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan. Malah lebih malang dan menyayatkan hati, beberapa penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.

Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak. Saudara Halil memberi tahu beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan. Bayangkan keadaan longkang yang hanya layak wujud pada tahun 1960an kini masih kekal di kampung yang berada di sebuah negeri yang membangun pesat!

Persoalan kami adakah YB Dato’ Hamidah yang melihat DUN Sungai Rapat di sudut komersial sahaja sehingga hanya menumpu pemusatan pembangunan di Seksyen 18 dan Medan Gopeng sahaja. Sedangkan di kampung yang turut diwakili oleh beliau kawasannya cukup dhoif.

Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato’ Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri 3 permasalahan utama yang kami gariskan ini. Malah janji untuk melihat sendiri kawasan berkenaan hanya bagaikan menanam tebu di bibir sahaja.

Penduduk kampung berkenaan bertekad untuk menukar undi mereka selepas kesal dengan layanan hening pihak berkuasa terhadap rayuan dan surat bertulis yang mereka kemukakan.

Pihak kami diberi peluang untuk melihat sendiri salinan surat kepada pihak ADUN malah ianya disertakan juga dengan himpunan tandatangan penduduk kampung berkenaan.

Adakah disebabkan tulisan mereka tidak berbahasa Melayu tinggi, ejaan yang tidak kemas menyebabkan pihak ADUN menyepi dan meminggirkan rakyat bawahan? Sedangkan suatu ketika dahulu pemerintahan Saidina Umar Al Khattab sanggup mendengar rintihan rakyat bawahan walaupun dinyatakan oleh rakyat yang berpendidikan rendah.

Kami bertekad untuk mendedahkan permasalahan ini serta mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu tertunggak berkenaan.

Janganlah kita hanya berselogan tidak meminggirkan seorang pun rakyat sedangkan hakikatnya kita hanya mementingkan kawasan rakyat yang memberi nilai ringgit dan nama sahaja kepada kita.

Pihak kami juga akan terus berjuang suara marhain sebegini waluapun tidak berada di kerusi eksekutif kerana inilah janji kami atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Radzi Zainon

Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat






Sunday, April 22, 2012

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Mana wang Khairat kematian untuk orang melayu Sungai Rapat?

Sungai Rapat 22 April 2012- Rata-rata rakyat DUN Sungai Rapat terutama daripada kalangan kaum melayu menganggap YB Dato’ Hamidah sebagai pemimpin yang hanya pandai menabur janji manis. Hal ini didedahkan oleh Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia DUN Sungai Rapat kepada Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat berkenaan janji Dato’ Hamidah untuk melebarkan skim Khairat Kematian ke seluruh negeri Perak.

Skim Khairat kematian Sungai Rapat pernah dilancarkan oleh beliau pada bulan Jun 2009 menjanjikan bantuan khairat urus selenggara jenazah atau mayat sehingga RM 3000 bagi setiap kes kematian. Malah beliau mensasarkan untuk mencapai target 2000 peserta khairat ini.

Namun yang menjadi persoalannya adakah program kebajikan ini masih kekal sehingga kini?

“Menurut laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009, hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini”. Pihak kami gagal mengesan sebarang berita penerimaan bantuan daripada kalangan kaum Melayu. Malah beberapa tinjauan rambang mendapati YB Dato’ hamidah hanya memilih beberapa orang sahaja kaum bukan melayu untuk menerima bantuan tersebut” kata Radzi kepada pihak Unit Penerangan.

“Adakah bantuan kepada kaum bukan melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India atas isu pukul ular suatu ketika dahulu?” tambahnya lagi.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat




Saturday, April 21, 2012

Muktamar Pas Kawasan Gopeng kali ke-24

Alhamdulillah, Muktamar Pas Kawasan Gopeng kali ke-24 telahpun selamat dilaksanakan. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan mesyuarat agung tahun ini. Diharapkan Pas Gopeng akan lebih berjaya, tambahan pula pada pilihanraya yang bakal tiba.

Pendaftaran


Menyanyi lagu Pas



Bacaan ayat suci al-Quran

YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim

Perasmi Muktamar, AF Ustaz Mohd Lutfi Arifin, AJK Dewan Ulamak Pas Pusat


Anugerah khas kepada Almarhum Imam Fahme, diterima oleh menantunya

Anugerah UPU paling cemerlang

Anugerah Cawangan paling ramai daftar ahli baru, cawangan Sg Rokam

Anugerah Khas untuk Unit Amal Gopeng

Jamuan ringan selepas perasmian


Mesyuarat bermula




Perwakilan yang mengambil bahagian


Perwakilan daripada Dewan Pemuda

Ucapan Penangguhan oleh Ustaz Radzi

Wednesday, April 18, 2012

Ziarah Radzi Zainon dan Wanita Keadilan Negeri Perak ke Dun Sg Rapat

Baru-baru ini, Saudara Radzi Zainon telah bersama-sama dengan Wanita PKR Negeri Perak menziarahi Kg Pengkalan Pegoh dalam siri ziarah ke Dun Sg Rapat.

Selain menziarah, Wanita PKR ini juga turut mengambil peluang untuk melakukan culaan di samping mendapatkan maklumat dan aduan daripada penduduk setempat. Sambutan dan kerjasama yang diberikan penduduk kampung amat menggalakkan dan mereka berharap agar kegiatan seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap lagi.

Kerjasama yang erat di antara Saudara Radzi Zainon selaku penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat dan juga Wanita Keadilan Rakyat Negeri Perak telah lama terjalin dengan mengadakan program-program secara bersama.