Tuesday, April 24, 2012

Siapa bertanggungjawab ke atas majlis maksiat di Desa Pakatan?

Beberapa blogger UMNO menafikan bahawa majlis maksiat yang diisi dengan tarian penari separuh bogel, hidangan babi panggang dan arak dianjurkan oleh pihak mereka untuk menyaingi program Perlancaran BERSIH 3.0 peringkat parlimen Gopeng yang diadakan di Taman Desa Pakatan semalam 24 April 2012.

Majlis maksiat itu telah diadakan hanya sejauh 10 meter dari tapak ceramah perlancaran BERSIH 3.0 yang diserikan dengan pembaziran letupan bunga api yang cukup mahal.


Jika ia bukan anjuran YB hamidah, adakah ia anjuran MCA atau penduduk tempatan?” ulas Radzi Zainon semasa ditemubual oleh Unit penerangan MTD Sungai Rapat.

Menurut tinjauan pada malam itu ramai penduduk tempatan berbangsa Cina menafikan mereka sebagai penganjur malah kaum Cina tidak pernah menganjurkan aktiviti sebegitu disebelah mana-mana majlis lain apatah lagi majlis yang dihadiri oleh kaum melayu yang tidak boleh dekat dengan daging babi dan arak. Malah beberapa penyokong MCA juga menafikan penganjuran tersebut.

Petanda mudah ia anjuran YB Hamidah ialah speker majlis tarian itu senagaja dikuatkan sedangkan hadirin majlis maksiat itu hanya seramai 12 orang ! Dan mengapa pula bunga api yang cukup mahal dan berbunyi bising sengaja dinyalakan semasa orang lain sedang berceramah? “komen Radzi Zainon lagi.

Sebenarnya jika ia anjuran penduduk tempatan sekalipun seperti didakwa oleh blogger UMNO, penduduk selalunya boleh diajak berbincang malah akan mengambil sisi ‘win-win situation’ bukan berkeras dan degil seperti semalam. Ternyata seperti ia adalah arahan pihak tertentu yang selama ini giat dan rajin melaksanakan agenda provokasi terhadap majlis Pakatan Rakyat di DUN Sungai Rapat.

Jika sebelum ini UMNO menjemput ‘ustaz segera’ untuk berceramah walaupun tajuk bernada ‘rasis’ dan tidak relevan dengan keadaan semasa, kali ini mereka tidak sempat menjemput ustaz atau penceramah melayu sehingga terpaksa memberi bajet untuk diadakan majlis maksiat. Politik matlamat menghalalkan cara sebegini cukup jijik dan akan memakan diri mereka sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

3 comments:

alhusseyn said...

ha! ha! Kehadiran orang Hamidah , Jamil - mengesahkan itu majlis ada kaitan dengan Mak Midah.Ngaku ajelah...

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Cikgu Ali yang londeh seluar muridnya pun ada juga di depan tarian bogel, adakah Cikgu Ali yang join sama

Telok Bakong said...

Dun sungai rapat ni memang selalu ada kejadian macam ni..masa saya pergi ceramah di taman jutaria baru baru nie..turun turun jer kereta dah ada orang menengking nengking ..harap semua penyokong PR disana banyak bersabar..semua yang berlaku ini banyak hikmah nya..ingat rakyat sentiasa memerhati..dan akan mempersembahkan rasa hati mereka melalui peti undi..