Monday, April 8, 2013

Umno Sg Rokam semakin biadap

Kempen pasang bendera memang hebat sekarang ni. Tak kira la daripada Umno/BN ataupun Pas, PKR dan DAP. Maklum la, dah dekat sangat nak mengundi.

Tapi satu ja yang perlu diingat. Dalam pilihanraya ni, hormat menghormati sesama parti yang bertanding, amat-amat perlu dalam menjaga keharmornian masyarakat.

Bendera yang telah siap terpasang, jangan la diganggu. Hangpa pasang la bendera hangpa pulak, yang hak orang punya biaq pi la kat situ.

Kes terbaru, Umno Sg Rokam sudah kemain biadap. Walaupun sebelum ni, Ketua Cawangan Pas Sg Rokam dah hantar surat kepada Ketua Kampung Umno Sg Rokam tu supaya jangan ada lagi bendera Pas yang dicabut buang. Duduk sekampung, takkan pasal bendera pun nak bergaduh.

Dua bendera besar Pas di Kg Sg Rokam dan sekitar Pekan Razaki hilang. Pas sabar, ganti balik dengan lima bendera baru.

Tapi bila yang lima baru ganti tu pun depa ambik buang, termasuklah di tempat yang paling tinggi, atas tangki air, mana boleh tahan lagi bro.

Malam tadi petugas Pas Sg Rokam telah pergi berdepan dengan bilik gerakan BN yang depa pacak khemah atas tanah tapak sekolah agama rakyat (malu la sikit oi), bagi last-last warning. Kalau dalam masa 3 hari ni tak pi pasang balik bendera besar Pas tu, bilik gerakan depa kat situ memang nak kena bakar.

Sabar ada tahapnya bro. Tapi bila sendiri dah kasi api, memang nak cari nahas la jawapnya.

Kita tunggu lagi 3 hari, nak tengok bilik gerakan umno/bn ni terbakar ke dak.


Pak Long

No comments: