Sunday, April 21, 2013

Masyarakat India Sg Rapat menyokong penuh dan beri penghormatan kepada Ustaz Radzi Zainon dan Dr Lee Boon Chye

Dalam satu pertemuan dialog calon PAS, Ustaz Radzi Zainon untuk Dun N43 Sg Rapat bersama-sama dengan masyarakat India yang diadakan di markaz Taman Maju Rapat petang semalam, rata-rata mereka menyatakan sokongan penuh mereka secara terbuka buat Ustaz Radzi. Begitu juga sokongan mereka bagi Parlimen Gopeng yang ditandingi oleh Dr Lee Boon Chye yang turut hadir sama di dalam dialog tersebut.

Pernyataan sokongan penuh mereka itu di sampaikan oleh ketua masyarakat India di situ yang juga seorang pengerusi tokong Hindu dengan keahlian mencecah 5000 orang. Dalam pernyataannya, Saudara Visanathan berjanji akan berkempen kepada ahli-ahlinya bagi pihak Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye. Masyarakat India di Sg Rapat menurutnya lagi, sudah tidak mahu menyebelahi parti BN yang secara jelas menekan kehidupan masyarakat apatah lagi masyarakat India.

Ini diburukkan lagi dengan penghinaan bekas Adun Sg Rapat, Dato Hamidah Osman yang pernah mengungkapkan "Jika jumpa ular dan orang India, pukul orang India dahulu".

Di akhir pertemuan, Saudara Visanathan telah bermurah hati untuk mengalungkan jambangan bunga kepada Ustaz Radzi dan juga Dr Lee Boon Chye sebagai tanda penghormatan mereka kepada kedua-dua calon yang akan membantu nasib masyarakat India di sini.






No comments: