Friday, April 19, 2013

Apa Cite YB Jumpa Wanita Umno...




Pada 6.30 petang  Rabu lalu, Team kempen Radzi Zainon menyantuni peniaga dan pembeli di  pasar malam Pengkalan Pegoh.Kawasan yang dipenuhi wanita UMno.Kesempatan ini telah diambil oleh Radzi Zainon untuk menyampaikan risalah dan bertanya khabar kepada mereka...sikap peramah dan penyantun Radzi tidak dapat dinafikan apabila ramai dikalangan wanita umno pun mudah berbual dengannya..

Sambutan peniaga dan pembeli di Pasar Malam ini tidak perlu dikupas lagi malah beberapa peniaga yang awalnya tegar UMNO dan enggan bertentang mata dengan Radzi kini mulai lunak kerana kesantunan budi Radzi semasa berbicara.


Sikap peniaga sangat terserlah semenjak program edaran kalender yang dilakukan 2 kali di pasar malam berkenaan.InsyaAllah ramai dikalangan pengunjung dan perniagaan memberikan tanda "Good" pada tangan mereka menandakan sokongan kepada Radzi Zainon.

No comments: