Saturday, April 27, 2013

Calon PAS Radzi Zainon DiCari Oleh Pemuda India Ini..











 Program santai bersama pengundi Kampung Ara Payong dalam DUN Sungai Rapat mendapat sambutan yang tidak diduga oleh pihak penganjur UPU Ara Payong..apabila ramai hadirin pelbagai kaum yang hadir memberikan sokongan kepada calon Pas Ustaz Radzi Zainon..Pada malam tadi juga penceramah jemputan yang tak asing lagi dikalangan orang muda iaitu Imam Muda Jabbar,juara Imam Muda musim ketiga.

Ucapan beliau yang diselang seli dengan nyanyian cukup mempersonakan golongan muda yang hadir..beliau menyeru agar warga Ara Payong membuat perubahan pada PRU 13 kali ini untuk kebaikan rakyat di negara ini..jamuan turut disediakan untuk meraikan para penyokong PR yang hadir..Sedang saya berjalan ke arah kereta seorang pemuda India bersama isterinya menyapa saya.." Encik..YB tarak mari ka..??" sambi senyum  saya pun membalas pertanyaannya "YB pergi tempat lain ini malam,nanti satu hari dia mari ini tempat " pemuda India itu mengangguk-anggukkan kepada dengan wajah yang tak berapa ceria mungkin kerana kehadiran mereka mahu berjumpa YB tidak kesampaian..pihak yang bertanggungjawab anda diminta fikir-fikirkan lah...jangan pisang berbuah two time..

 
 

No comments: