Wednesday, December 9, 2009

KTM telah selesaikan permasalan di Pengkalan Gate

Maklumat dari Ketua Pemuda PAS Gopeng menyatakan bahawa, pihak KTM telah bertindak membersihkan tanah yang berhampiran kawasan penduduk Kampung Pengkalan Gate.

Kawasan semak tersebut telah lama bermasalah dan kini telah diselesaikan selepas aduan dan kunjungan dewan Pemuda ke pejabat KTM sendiri.

Pihak Pemuda PAS kawasan lain disarankan bersama menuruti langkah ini iaitu menjadi penggerak isu sosial di kawan masing-masing. PAS adalah jamaah Islam. Demikianlah piawaian dari Al Qaradhawi, iaitu jamaah sebagai gerakan menyeluruh dan membumi hingga sebati dalam komuniti masing-masing.

Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Isu royalti petroleum; apa perkaitan dengan rakyat Perak?

Dalam kehangatan rakyat Kelantan mempertahankan hak mereka berkaitan dengan royalti petroleum, rakyat Perak mungkin ada yang kurang jelas, kurang mengambil tahu atau tidak merasakan kesan signifikasi isu ini dengan sosial kehidupan harian mereka.

Rakyat kelantan ramai yang arif dan sedar apa isikandungan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Malah lebih beruntung kepada rakyat yang faham hak mereka terhadap wang berjuta ringgit berkenaan serta bagaimana wang tersebut boleh dibelanjakan untuk manfaat pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan insan di Kelantan. Menurut laporan Indek Pembangunan Insan Antarabangsa, pembangunan insan bukan sekadar suatu perancangan pendidikan kepakaran semata-mata, malah ia memberi impak kemajuan rakyat dari aspek indek literasi (tahap membaca), kemahiran, penghasilan idea bernas serta tahap dayacipta yang baik.

Jika benar wang royalti tersebut ebrjaya jatuh ke tangan kerajaan PAS kelantan sekarang, ia mampu dijelmakan dalam bentuk pembangunan yang adil agihannya, menjurus kepada penundukan kepada Allah (rabbani) serta pulangan hasil jangkapanjang yang lebih baik. Inilah isu HAK rakyat yang diperjuangkan oleh rakyat Kelantan.

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Isu utama yang ingin diketengahkan disini bukanlah jumlah wang yang bakal diperolehi sekiranya perjuangan menuntur royalti berjaya. Isu utama ialah kesedaran terhadap HAK rakyat yang dieksploitasi dan dijadikan gula-gula politik oleh BN.

Sebagai rakyat Perak yang bertanggungjawab, kita perlu sedar mengapa sesuatu tuntutan itu dilakukan secara besar-besaran, progresif dan menjadi isu utama hari ini. Hal ini ialah disebabkan perjuangan menuntut hak. Sebagainya agresifnya Sultan Mahmud Syah menyerang Portugis dari Johor walaupun telah kalah adalah disebabkan kesedaran terhadap HAK kerajaan Melaka.

Agresif dan konsistennya Adun Pakatan Rakyat memperjuangkan pembubaran DUN juga disebabkan kesedaran terhadap hak peruntukan undang-undang yang telah sedia ada. Hal perebutan kerusi Menteri Besar dan Speker negeri telah menimbulkan suatu fenomena pelik di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, terlalu kurang rakyat Perak yang sedar mereka boleh menuntut wang khairat kematian sebanyak RM 1000.

Dewan Pemuda PAS Gopeng juga telah menuntut HAK penduduk Kg Pengkalan Gate daripada KTM melalui aduan kepada KTM agar menguruskan tanah mereka yang berhampiran dengan kawasan kampung. Penduduk mendapat masalah penyakit, pencemaran air dan merosakkan keindahan sekitar apabila tanah KTM berhampiran tidak dijaga oleh KTM. Aduan ini juga merupakan satu cetusan Pemuda PAS betapa perlunya rakyat Malaysia sedar hak dan milik mereka.

Berbalik kepada isu royalti minyak, suatu ketika dahulu royalti minyak Terengganu telah ditukar kepada wang ehsan yang tidak seberapa kepada Kerajaan Terengganu PAS. Kemudiannya Najib kembali menyerahkan royalti atas nama keperihatinan BN terhadap Terengganu. Bukankah ini suatu perbuatan mempermainkan hak rakyat?

Setiap isu rakyat dalam negara ini adalah isu yang bersama. Rakyat perlu merasakan kebersamaan terhadap isu perjuangan hak.

PAS UNTUK SEMUA

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Tuesday, December 8, 2009

Isu JAIPk dengan isu arak Drebar Zambry

Drebar Zambry: JAIP tangkap, 'tangan ghaib' lepaskan

Sang cengkerik bertanya pula:
Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan disebuah pub tetapi kesnya diletak dibawah polis pula?

Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Tetapi pegawai Jaip tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.

Tetapi malangnya, terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?

Sang cengkerik bertanya lagi:
Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' berbanding dengan kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang yang membawa prinsip 'Amal Maaruf Nahi Munkar'.

Sunday, December 6, 2009

Drebar Zambry ditangkap mabuk arak?

Sang cengkerik berbisik:
Drebar kepada Zambry telah ditangkap kerana mabuk arak. Tiada pemberita pun yang menulis atau melaporkan kejadian ini.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi telah dilepaskan atas arahan Zambry. Jadi, tiada pendakwaan pun yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Betul ke ni sang cengkerik pembawa berita oooiii?

Harap-harap adalah sesiapa yang mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini dapat memberikan komen.

Pegawai-pegawai di JAIP tak nak komen ke? (Ada yang kata, nak komen macam mana? Kata ya mati mak, kata tak mati bapak. Jawabnya pula: Mati nanti kena jawab dihadapan Allah Taala taknak kira ke?)

Wednesday, December 2, 2009

Bantuan untuk sekolah Agama di Pengkalan Gate di tarik oleh BN

Kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat mulai mencengkam dan tradisi membalas dendam ala BN dilakukan semula. Kali ini musibah ini menimpa kepada rakyat kampung Pengkalan Gate.

Surau Pengkalan Gate Tambahan yang dibina bersama Sekolah Agama rakyat Nurul Hidayah pernah memohon bantuan RM 50 000 daripada kerajaan negeri Perak untuk tujuan ubahsuai dan pembesaran surau.

Malang sekali apabila kerajaan HARAM (BN) telah membatalkan bantuan tersebut hanya disebabkan YAB IR Nizar pernah berceramah di sana.

BN lupa bahawa jasa mereka yang terlalu kurang terhadap penduduk Pengkalan Gate. Lampu jalan pun tidak mampu disediakan oleh emreka selama 30 tahun.

Tindakan BN ini lebih kepada bermotifkan balas dendam terhadap rakyat sendir yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung (melalui pembelian barang-barang harian).

Surau ini bukan sahaja meriah dengan jemaah solat yang ramai, malah kuliah maghribnya berjaya menambat hampir 80% penduduk kampung berkenaan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat


Thursday, November 26, 2009

Masalah banjir Kg Pengkalan Gate Tambahan diadukan kepada KTMB

Masalah banjir Kg Pengkalan Gate Tambahan diadukan kepada KTMB

Tanggal 23hb Nov 2009, Prihatin akan kejadian banjir yang kerap berlaku di Kg Pengkalan Gate Tambahan, Lahat menyebabkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng terpanggil untuk menghantar surat aduan kepada KTMB Ipoh kerana antara punca yang dikenal pasti berlakunya banjir adalah kerana tanah kepunyaan KTMB tidak diselenggara dengan baik dan mengikut jadual . Akibatnya sistem perparitan tersumbat dan kawasan berkenaan telah ditumbuhi semak samun. Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan kampung berkenaan.

Wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng bersama penduduk kampung
serta pegawai KTMB setelah aduan diterima dan perbincangan dilakukan


Beginilah keadaan tanah KTMB yang tidak diselenggara dengan baik
terletak berhampiran rumah penduduk kampung

Surat Aduan kepada KTMB

Tarikh : 22 November 2009

Ruj Kami : Dppkg / aduan /01-09

Pengarah

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Ipoh , Perak

Tuan,

ADUAN BANJIR DI KAMPUNG PENGKALAN GATE TAMBAHAN

Menarik perhatian pihak tuan, Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Lahat Perak, terletak bersebelahan dengan tanah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

2. Sehubungan itu telah dikenal pasti antara sebab banjir kerap berlaku di Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Lahat, Perak adalah disebabkan oleh laluan air dan keadaan semak samun yang tidak di selenggarakan di kawasan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kampung.

3. Bersama surat aduan ini dikepilkan sekali keratan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 22hb November 2009. Kami memohon pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad mengambil perhatian berat atas aduan ini demi menjaga kebajikan penduduk kampung dari segi keselesaan dan sebarang penyakit yang mudah berjangkit disebabkan kesan kawasan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad yang tidak diselenggara dengan baik.

3. Kami memaklumkan juga pihak penduduk kampung tidak boleh menjalankan kerja gotong-royong membersihkan kawasan tersebut kerana bimbang akan dituduh sebagai menceroboh kawasan laluan keretapi kepunyaan pihak tuan. Segala tindakan segera dari pihak tuan amat diharapkan sebelum keadaan berlarutan dan merugikan banyak pihak.

Sekian, terima kasih.

“PAS UNTUK SEMUA”

Menjalankan Amanah,

………………………………………

(MOHAMAD ZAIZI B. ZAINAL )

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng

s.k. Ketua Pengarah

Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Lumpur

Wednesday, November 25, 2009

Majlis Penutup Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan

Majlis Penutup Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan


Satu kursus bimbingan bagi membantu anak-anak keluar dari masalah dihinggapi pelbagai penyakit dan sikap negatif yang membimbangi dan meresahkan ibu bapa telah berjaya dianjurkan oleh Smartcom Consultancy selama 3 hari mulai 20 hingga 22 November, bertempat di Institut Latihan GPMS, Kg Seri Rahmat, batu Gajah, Perak.


Kursus selama 3 hari 2 malam itu telah disertai oleh pelajar-pelajar lingkungan umur antara 10-15 tahun itu diadakan sebagai satu usaha membangunkan insan cemerlang bagi mengatasi masalah malas belajar, tidak dengar cakap, malas solat, kurang keyakinan diri dan pelbagai lagi masalah remaja yang sering melanda mereka.


Menurut Pengasas dan Perunding Utama kursus tersebut, Encik Radzi bin Zainon, kursus tersebut memberi kaedah atau jalan kearah menjayakan mereka berbekalkan ilmu, pengalaman dan sikap baru.Para peserta akan dipandu kesatu matlamat dan dimensi baru dari sudut kesedaran, sikap dan matlamat hidup sebagai pelajar@ insan lebih-lebih lagi untuk Khalifah/Pemimpin.


Program SmartCom terkini

TERKINI!!

Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan

Anjuran SmartCom Consultancy yang diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon

B. Eng (Hons), M.Sc (Eng) USM

Pada 18,19 dan 20 Disember 2009

Di Institut Latihan GPMS

Kg Seri Rahmat, Batu Gajah Perak

Jika anak anda ada masalah-masalah seperti malas belajar, malas solat, tiada kawan, buang masa, suka hiburan melampau, kurang kenyakinan diri…

Hubungi kami melalui talian

019 2826743, 019 5747231 (En. Nazrin)

Serahkan anak anda yang berumur 10-15 tahun kepada kami….kita berusaha Allah menentukan.

Kenali Motivator Anda.

Radzi Bin Zainon

· Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Kejuruteraan di USM

· Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh Perak (1996)

· Tutor Sambilan USM Tronoh Perak (1997-1998)

· Penolong Pensyarah Sambilan, UTP Seri Iskandar Perak (1997-1998)

· Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Kejuruteraan, Kolej UNISMA Ioh Perak (1998-2002)

· Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002)

· Pengarah Syarikat, Rapat Dagang Sdn Bhd (1999-2002)

· Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007)

· Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara.

· Pendakwah Bebas

· Pengamal perkhidmatan Jurutera Profesional.

Berita Khidmat Sosial PAS Perak; isu banjir dan jalan rosak

Berita Khidmat Sosial PAS Perak ( Sinar Harian 25 November 2009)


Penduduk kampung di Jalan tali Air Besar yang menghubungkan batu Lima dan Tanjung Piandang mengadu berkenaan isu jalan raya yang tidak dibaiki. jalan sejauh 2 kilometer itu rosak teruk serta menjadi becak, berlubang dan berdebu pada waktu panas. Menurut Tyndareus Awang yang merupakan ketua kampung tersebut, pada waktu malam atau waktu hujan, jalan tersebut amat berbahaya serta mampu meragut nyawa penunggang motosikal khususnya.

Dalam gambar ialah Ketua Kampung Pakatan Rakyat bersama saudara Hamdan Fadel daripada Lajnah Perpaduan Nasional Perak.

Kelihatan juga Ustaz Abu Bakar Husin Pesuruhjaya PAS Perak bersama Setiausaha BPP PAS Perak, Exco Dewan Pemuda PAS dan Timbalan PJ.

ADUN Selinsing YB Husin Din sedang memerhatikan Timbalan PJ memberi bantuan di Pusat Pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

Tuesday, November 24, 2009

Program UPU sepanjang Disember 2009

Kemaskini Program UPU-UPU

  1. Halwa - Program di markaz kawasan 6 Disember 2009, bermula 8 pagi hingga 12 tengahari. UPU diminta sediakan 5 muslimat setiap UPU.
  2. Pengkalan Gate - Gotong royong banjir di Kampung tersebut dengan kerjasama KTM dan Dewan Pemuda Kawasan. Pada 6 Disember 2009.
  3. 18, 19 dan 20 Disember 2009- Kem Motivasi Kecemerlangan Insan anjuran Smartcom Consultancy- Ustaz Radzi, (UPU diminta promosi).

Bersama ringankan beban mangsa banjir - Pesuruhjaya Pas Perak

sedutan berita: http://ajijoi.blogspot.com/

PAS Perak melalui Pesuruhjayanya melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dengan insiden banjir yang melanda kawasan utara Malaysia khususnya kepada rakyat Perak. Mengulas lanjut, beliau mengatakan, dalam keadaan seperti ini, ahli Jabatan AMAL memainkan
peranan penting sebagai benteng paling hadapan untuk membantu mangsa yang dilanda musibah banjir, seluruh ahli PAS tidak mengira jawatan dan kedudukan perlu menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di Perak ini.

Selain itu beliu juga menyatakan bahawa peranan seperti Jabatan AMAL juga perlu sentiasa diteruskan secara istiqamah kerana Islam amat menggalakkan kita sesama umat Islam bertolong-tolongan atas dasar kebajikan seperti mana yang telah dijelaskan di dalam ayat Allah SWT di dalam al-Quran Karim:

“Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan dalam membuat dosa dan mungkar, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya”- Al-Maidah : 2

Menurutnya lagi, sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya, kita tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam membantu kerana mereka yang ditimpa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT dan seharusnya kita bersikap terbuka dan profesional dalam menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kita boleh melihat banyak sirah Nabi Muhammad SAW menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang kerana sebagai pejuang Islam, kita sememangnya maklum bahawa dalam konteks ini, mereka merupakan mad’u yang mungkin diberi hidayah Allah untuk bersama dengan kita.

Sunday, November 22, 2009

Isu Longkang di Rapat Jaya telah lama menyusahkan rakyat

Isu Longkang di Rapat Jaya telah lama menyusahkan rakyat

Sejak komitmen Ustaz Ir Radzi Zainon terhadap kebajikan dan isu sosial rakyat DUN N43 Sungai Rapat disiar dan dihebah melalui Sinar, terlalu banyak maklumbalas positif yang diterima. Selain Sinar harian (Perak), isu komitemen dan perjuangan beliau juga tersiar melalui blog wartasungairapat serta hebahan Buletin Bulanan Warta Sungai Rapat.

Imej PAS sebagai sebuah Gerakan Islam berasaskan siasah dan sosial dipancarkan melalui kerjabuat ustaz Ir Radzi yang saban minggu berjumpa rakyat N43 walaupun beliau gagal menduduki kerusi sebagai ‘Yang Berhormat’.

Beliau berjaya mengikis imej PAS yang dilabelkan sebagai responsif, tidak mesra rakyat, radikal atau hanya bersifat defensif menyerang dalam sebarang isu. Imej yang diperjuang oleh beliau adalah imej PAS yang cakna serta proaktif dalam isu kebajikan rakyat. PAS adalah parti yang berjuang mneyelesaikan permasalahan harian rakyat dan inilah sepatutnya dicontohi oleh calon-calon lain iaitu konsisten bersama rakyat walaupun selepas pilihanraya.

Minggu lalu, Sinar Harian 14 November menyiarkan berita beliau menyuarakan masalah longkag tersumbat di Regat Rapat jaya 4, Kampung rapat Jaya. Masalah ini dilaporkan oleh Ismail Zainal, 60, yang sering menghadapi masalah banjir apabila longkang tidak mengalirkan air secara berkesan.

“ Apabila air hujan air dalam longkang akan naik ke kawasan rumah memandangkan kawasan rumah saya rendah, dan inilah punca masalah saya dan anak saya” kata beliau kepada pemberita Sinar.

Sementara itu Ustaz Radzi (berkemeja kuning)selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, seperti biasa menjalankan peranan bersuara agar Sinar mengehebahkan semula isu lama ini yang pernah beliau suarakan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh 2008 dahulu.

Bayaran perkhidmatan MBI dijelaskan oleh rakyat di kampung berkenaan tetapi perkhidmatan masih jauh dari memuaskan.

Besar harapan rakyat di sana untuk melihat masalah nyamuk dan bau busuk longkang diselesaikan secepat mungkin.

Sikap komited Ustaz Ir Radzi perlu dicontohi oleh semua wakil rakyat di seluruh negara samaada berjaya memenangi kerusi atau tidak kerana ia melambangkan erti perjuangan sesuatu parti yang bertanding.

Muhammad Nuruddin Bashah

Redaksi warta Sungai Rapat

Tuesday, November 17, 2009

Pusat pengedaran arak Perak dibuka berhampiran Kg Melayu Sg Rapat

IPOH 17 NOV Jika dahulunya dibongkar mengenai penjualan arak yang berleluasa di kawasan majoriti Melayu di Medan Gopeng, Sg Rapat, kini penduduk berdekatan digemparkan sekali lagi dengan masalah yang lebih besar.

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

Monday, November 16, 2009

Bukit Merah berasap kembali!

Bukit Merah berasap kembali!

Bukit Merah Menglembu Ipoh kini hangat kembali dengan isu pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang berhampiran.

Penduduk komuniti Bukit Merah yang merangkumi Taman Bukit Merah, Taman Badrishah dan Taman Impiana Adril pernah berjaya berjuang sehingga kilang ARE yang mengeluarkan sisa nuklear ditutup pada tahun 1995. Pihak pemaju taman berkenaan telah berjanji untuk memastikan kawasan berkenaan bebas dari pencemaran asap toksik dan bunyi. Jika diperhatikan secara dekat taman berkenaan begitu kurang pokok hiasan dan pokok taman yang subur akibat pencemaran nuklear dan toksik berdekad lamanya.

Hari ini pada era millennium, kilang mulai tumbuh pesat disekitar kawasan penduduk nerkenaan serta kembali mengeluarkan pencemaran aktif.

Suatu ketika dahulu MBI pernah mengeluar kenyataan ( 20 November 2008) bahawa jarak kilang dengan kawasan penduduk adalah mesti melebihi 500 meter. Namun yang terjadi kini ialah jarak mereka dengan kilang berhampiran hanya 50 meter!

Pihak kerajaan tempatan Perak perlu lebih atif dan peka dengan kehendak penduduk yang kini telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan penduduk Bukit Merah dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia.

Kilang berkaitan pernah menghentikan seketika pengeluaran asap dan bunyi kuat semasa lawatan siasatan Jabatan Alam Sekitar pada sekitar 22 Ogos 2008.

Persoalan yang timbul, bagaimana projek perancangan komuniti berkenaan boleh diluluskan dalam hal jarak kedudukan mereka yang terlalu hampir dengan kilang-kilang berbahaya. Malah megapa kehadiran kilang baru dibenarkan sedangkan kedudukan mereka terlalu hampir?

Dr Masura dan Dr Norlela dari UKM pernah membuat anggaran kos yang amat tinggi ( 16 Jun 2009) sekiranya ujian udara di awasan berkenaan ingin diadakan. Disebabkan kajian ‘black and white’ tiada, malah bukti emperikal juga kurang menyebabkan permasalahan ini bakal berlarutan. Tidak hairan jika pasar borong dan pasar harian di taman Impiana Adril kosong tiada penjual mahupun pembeli. Tidak hairan juga terlalu banyak rumah kosong yang ditinggalkan oleh ‘pembeli’ sendiri akibat tidak tahan dengan masalah kesihatan yang berlaku.

Pihak NGO Perak perlu cakna dengan isu ini serta bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah ini.

PAS kawasan berhampiran boleh mengambil perhatian lanjut untuk memperjuangkan isu ini kerana Islam adalah agama yang memiliki dharuri tersendiri antaranya menjaga nyawa, akal dan harta manusia dan semestinya Islam optimis melindungi alam sekitar.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Penerangan Pemuda PAS Gopeng.