sedutan berita: http://ajijoi.blogspot.com/
PAS Perak melalui Pesuruhjayanya melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dengan insiden banjir yang melanda kawasan utara Malaysia khususnya kepada rakyat Perak. Mengulas lanjut, beliau mengatakan, dalam keadaan seperti ini, ahli Jabatan AMAL memainkanperanan penting sebagai benteng paling hadapan untuk membantu mangsa yang dilanda musibah banjir, seluruh ahli PAS tidak mengira jawatan dan kedudukan perlu menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di Perak ini.
Selain itu beliu juga menyatakan bahawa peranan seperti Jabatan AMAL juga perlu sentiasa diteruskan secara istiqamah kerana Islam amat menggalakkan kita sesama umat Islam bertolong-tolongan atas dasar kebajikan seperti mana yang telah dijelaskan di dalam ayat Allah SWT di dalam al-Quran Karim:
“Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan dalam membuat dosa dan mungkar, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya”- Al-Maidah : 2
Menurutnya lagi, sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya, kita tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam membantu kerana mereka yang ditimpa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT dan seharusnya kita bersikap terbuka dan profesional dalam menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kita boleh melihat banyak sirah Nabi Muhammad SAW menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang kerana sebagai pejuang Islam, kita sememangnya maklum bahawa dalam konteks ini, mereka merupakan mad’u yang mungkin diberi hidayah Allah untuk bersama dengan kita.
No comments:
Post a Comment