Monday, November 16, 2009

Konvo Pasti 2009: Sesi bergambar AJK dan keluarga

Oleh : Azizul Nizam

http://ajijoi.blogspot.com/


IPOH 14 NOV Selesai sudah majlis konvokesyen Pasti Kawasan Gopeng tahun 2009 dengan jayanya di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Ahli Jawatankuasa Konvokesyen mengambil peluang untuk bergambar bersama bagi meraikan kejayaan menganjur majlis seumpama ini.

Kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan majlis konvokesyen tahun ini amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan.

Bergambar bersama Dato Seri Nizar Jamaluddin

Saya bergambar sekeluarga meraikan kejayaan anak saya,
Azizul Hakim yang mendapat Hadiah Pelajar Cemerlang Akademik,
No. 1 tahun 6 Pasti Ehsan dan juga Hadiah Kehadiran Terbaik tahun 6.

Azizul Hakim bergambar kenangan bersama guru Pasti Ehsan,
Puan Hamidah (baju hijau) dan pembantunya.

Ustaz Mohd Faisal meraikan kejayaan anak perempuannya,
Izzah Munirah yang mendapat Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pasti Kawasan Gopeng (6 tahun), Pelajar Harapan Pasti Ehsan
dan Hadiah Pelajar Cemerlang Akademik tempat kedua (6 tahun).

Ust Faisal bergambar sekeluarga dengan guru Pasti Ehsan.

Sdr Hafizi sekeluarga juga tidak ketinggalan mengabadikan
kenangan di Konvokesyen Pasti Gopeng 2009.

Konvo Pasti 2009: Cenderahati buat perasmi konvokesyen

IPOH 14 NOV Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Sdr Salman Saleh juga tidak ketinggalan dihargai dengan hadiah cenderahati sebagai perasmi majlis Konvokesyen Pasti Gopeng 2009 tahun ini.

Cenderahati disampaikan oleh Sdr Zaizi sebagai penaung
Jawatankuasa Induk Konvokesyen Pasti Kawasan Gopeng.

Konvo Pasti 2009: Jasa guru-guru Pasti dihargai

Guru Pasti Pintar (Simpang Pulai), Puan Zuridah Kusuma
sedang
menerima cenderahati penghargaan

IPOH 14 NOV Jasa yang disemai oleh guru-guru Pasti bagi mendidik dan membimbing anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) amat dihargai. Di hari konvokesyen ini, segala penat lelah mereka telah dibalas dengan cenderahati dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Gopeng, Sdr Zaizi Zainal.

Pembantu guru Pasti Pintar (Simpang Pulai), Puan Afidah

Guru Pasti Sinaran Wahyu (Gopeng), Puan Nor Azmawati

Pembantu guru Pasti Ehsan (Rapat Setia), Puan Rubiah

Guru Pasti Ehsan (Rapat Setia), Puan Hamidah Binti Ismail

Guru Pasti Ammar (Changkat Larang), Puan Syafinaz Binti Fahme

Guru Pasti Ammar (Changkat Larang), Puan Fazliana Binti Fahme

Konvo Pasti 2009: Penyampaian sijil konvokesyen kepada pelajar 6 tahun

IPOH 14 NOV Pelajar-pelajar yang telah berumur 6 tahun dan merupakan tahun akhir belajar di Pasti telah dianugerahkan dengan sijil konvokesyen sebelum mereka melangkahkan kaki ke alam persekolahan.




Cenderamata juga disampaikan kepada semua pelajar-pelajar Pasti sebagai tanda kenangan konovkesyen tahun ini.




Kehadiran Dato Seri Nizar ke majlis konvokesyen telah membuka ruang kepada pihak penganjur untuk memberikan peluang kepada ibu bapa yang hadir mendengar ucapan daripada beliau mengenai Pasti.

Sdr Firdaus mengenakan kalungan bunga VIP kepada Dato Seri Nizar

Meneliti aturcara majlis terlebih dahulu

Dato Seri Nizar mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada ibu bapa yang memilih Pasti bagi menghantar anak-anak mereka menimba ilmu seawal umur 4 tahun. Ini merupakan satu pelaburan yang amat bermakna di dalam membentuk akhlak mulia anak-anak.

Sistem pembelajaran yang digunapakai oleh Pasti telah diiktiraf pelbagai pihak sebagai yang terbaik untuk mendidik anak-anak, sehinggakan ada orang yang bukan beragama Islam turut menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti kerana mereka percaya anak-anak mereka akan dididik untuk menjadi insan yang berguna.

Guru-guru Pasti telah berkorban dalam mendidik anak-anak murid mereka walaupun gaji yang diperolehi amat sedikit berbanding dengan guru-guru yang mengajar ditempat lain. Semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, guru-guru Pasti telah dibantu dengan kenaikan gaji daripada rm150 kepada rm500. Namun, keikhlasan mereka mengajar tanpa jemu telah diberikan keberkatan oleh Allah Taala sehingga ramai anak-anak murid yang yang keluar sebagai anak yang berjaya dan berjasa kepada ummah.

Padat dan sungguh bermakna apa yang disampaikan
oleh Dato Seri Nizar

No comments: