Ipoh menyuarakan bantahan perobohan pasar dan membina
yang baru disitu
Mereka menyatakan rasa kesal diatas sikap Dato Bandar yang tidak mahu berunding dengan mereka berhubung isu tersebut.
Dato Bandar telah memanggil mereka pada 8 Mac yang lalu dan menyampaikan taklimat berhubung projek tersebut tanpa meminta maklum balas daripada peniaga-peniaga disitu.
Menururut jurucakap peniaga-peniaga di situ, Encik Mat Razali, Dato Bandar Ipoh telah bersetuju untuk menemui mereka dipejabatnya pada 30 Mac jam 4.30 yang lalu.Tetapi apabila mereka pergi ke pejabatnya pada tarikh dan waktu yang dijanjikan itu, Dato’ Bandar tiada di pejabat, katanya ada urusan ditempat lain.
Mereka mendesak supaya Dato Bandar menetapkan satu tarikh dan masa yang baru untuk membincangkan hal cadangan perobohan dan membina semula pasar basah Gunung Rapat tersebut.
Mereka berharap Dato Bandar sudi mengadakan pertemuan dan berbincang dengan mereka untuk mengetahui permasalahan mereka berhubung rancangan untuk meroboh dan membina semula bangunan baru pasar disitu.
Ditanya apa sebenarnya bantahan mereka terhadap projek pasar baru tersebut, Mat Razali menerangkan bahawa lokasi tersebut tidak berapa sesuai dengan kos yang bakal menelan belanja RM6 juta itu dan minta suatu tapak yang lebih luas dan lebih selesa.
“Tempoh pembinaannya mengambil masa yang lama antara 2 ke 3 tahun ; dan kami ditempatkan ditapak sementara yang jauh dan tidak sesuai,” kata Mat Razali.
“Kami mencadangkan supaya pasar ini dibaik pulih dengan kos yang lebih murah iaitu antara 2-3 juta sahaja dan tidak merumitkan kami dan orang ramai yang berurusan dengan kami,” jelasnya lagi yang mewakili seratus lebih para peniaga disitu.
Mereka juga membantah atas adanya campurtangan pihak ketiga dalam projek tersebut serta terdapatnya peniaga-peniaga luar yang diberikan tempat atau ruang yang lebih selesa berbanding dengan para peniaga asal pasar tersebut.
sumber: alhusseyn
No comments:
Post a Comment