Tuesday, March 4, 2008

Semuanya Kerana Saya Cintakan Malaysia - Anwar Ibrahim





































Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam siri lawatannya untuk berkempen didalam PRU12 kali ini telah singgah ke Taman Song Choon, Ipoh dimana terletaknya pejabat Parti Keadilan Rakyat pada petang tadi (04/03/2008).

Kehadirannya dinantikan dengan penuh minat oleh ribuan rakyat walaupun sedikit tersasar kelewatan akibat program yang agak ketat dan juga kesesakan lalulintas yang tidak seperti biasa. Biarpun beliau agak keletihan memenuhi setiap program lawatan yang diatur, nampak kembali bersemangat dan ceria apabila kehadirannya disambut meriah dengan laungan Reformasi dan AllahuAkbar.

Dengan hanya berdiri diatas belakang Pacuan Empat Roda Toyota Hilux, majlis bermula dengan sedikit onak apabila pembesar suara tidak berfungsi kerana ketiadaan elektrik yang dibekalkan dari pejabat PKR secara tiba-tiba. Pelik juga. Angkara siapa? Anda tentu tahu tetapi hanya mampu tersenyum dengan permainan mereka.

Sebaik sahaja pembesar suara bergema semula, ucapannya yang hampir sejam itu sentiasa mendapat perhatian dan tepukan rakyat kerana isi yang disampaikan beliau memang kena tepat kepada permasalahan rakyat.

Beliau juga menyeru kepada yang hadir agar memilih calun-calun daripada PKR dan juga PAS yang bertanding didalam Parlimen Gopeng ini. Calun kita Sdr Ir Radzi Zainon juga tidak ketinggalan dipuji oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berani berjuang.

Intipati yang dapat dipetik daripada ucapan beliau ialah biarpun segala tohmahan dan fitnah jahat yang dilemparkan Parti BN kepada beliau, beliau tetap akan menuntut keadilan untuk rakyat kerana 'Saya Cintakan Malaysia' katanya.



No comments: