Sunday, March 23, 2008

Sambutan Maulidur Rasul Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan


IPOH, 20 MAC :- Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1429 H yang diadakan di Dewan Bankuet, bangunan Perak Darul Ridzuan mendapat sambutan luar bisa dari masyarakat. Majlis tersebut di sempurnakan oleh KDYM Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah. Majlis juga di hadiri oleh Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaliddin.
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ceramah maulidur rasul oleh penceramah jemputan. Semasa ceramah sedang berjalan dewan telahpun dipenuhi oleh semua tetamu jemputan. Pihak penganjur memaklumkan kehadiran untuk tahun ini jauh lebih ramai dari biasa. Walupun kerusi tambahan yang disediakan diluar dewan namun ianya tidak mencukupi sehingga ramai hadirin yang terpaksa berdiri.
Dalam ucapan peresmian Raja Nazrin bertitah, bahawa pemimpin mempunyai tanggungjawab kepada apa yang dipimpin. Katanya ramai yang telah dipeluang untuk memimpin tetapi ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah langkah dan semuanya harus mempelajari dari kesalahan serta meneladaninya.
Tegas baginda lagi, Rasul menerima bimbingan Ilahi dimana Al Quran Dan Sunnah hendaklah menjadi panduan. Selain itu pemimpin harus mengambil iktibar dari kejatuhan pemimpin disemua peringkat.
Raja Nazrin menggariskan beberapa ciri-ciri yang ada kepada pemimpin iaitu amanah, jujur, berdisplin dan komited. Beliau memberi ingatan bahawa pemimpin sentiasa diperhatikan oleh Allah dan dinilai oleh pengikutnya.
Selain itu baginda juga sangat gembira dengan sambutan untuk mengagungkan Baginda Rasulullah ini., namun beliau berharap ianya jangan menjadi acara rutin sahaja tanpa memperlihatkan hasil dan produktifnya.
Diakhir ucapannya baginda menyeru supaya umat Islam menjadi Umat yang terbaik dengan menghayati kehidupan Rasul untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
Setelah memberikan ucapan peresmian KDYM Raja Nazrin berkenan menyampai beberapa anugerah tahunan kepada yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur.

No comments: