Sunday, March 23, 2008

Tazkirah MB Perak dinantikan



Menteri Besar Perak yang baru, Ir Hj Mohamad Nizar Jamaludin kini senantiasa dinanti-nantikan kemunculannya untuk memberikan ceramah ataupun tazkirah walau kemana pun beliau pergi atau singgah waimah hanya untuk menunaikan solat.

Ternyata setelah beliau memberikan tazkirah selepas solat Maghrib di Masjid Negeri pada hari beliau mengangkat sumpah MB Isnin lepas, kelibatnya senantiasa ditunggu oleh rakyat Perak yang ternyata telah lama dahagakan program agama seumpama itu apatah lagi daripada seorang Menteri Besar.

Solat Jumaat yang lepas menyaksikan betapa Masjid Negeri penuh sesak dengan umat Islam yang khabarnya datang dari segenap pelusuk Perak sehinggakan ada yang datang daripada Manjung hanya untuk mendengar khutbah Jumaat yang sangka mereka akan disampaikan oleh MB Perak yang baru ini. Khutbah Jumaat lepas tidak disampaikan oleh MB tetapi oleh Imam Azam yang nyata memenuhi kehendak para jemaah dengan menyampaikan khutbah tentang kepimpinan yang baik.

Begitu juga apabila MB singgah solat Subuh di Masjid Jalan Diary, beliau telah diminta untuk menyampaikan tazkirah yang mana telah beliau sempurnakan selama 20 minit.

Begitulah bertuahnya rakyat Perak yang kini beroleh seorang Menteri Besar yang berkebolehan bukan sahaja didalam bidang keduniaan tetapi juga dapat membimbing umat ke arah kesejahteraan akhirat. Semoga kepimpinan beliau akan menambah makmurkan lagi kehidupan rakyat dinegeri Perak ini dengan mengembalikan Islam ditempat yang sepatutnya. Amin.

No comments: