Buat tatapan dan renungan para pengundi di Dun Sg. Rapat. Ini adalah gambar rumah penduduk kampung didalam Dun N43 Sg Rapat dan juga rumah bekas Adun Sg Rapat penggal yang lalu daripada Umno/BN.
Sila buat penilaian sendiri bagaimana jauhnya
jurang perbezaan kehidupan diantara calon BN dan juga para pengundi yang tinggal berjiran dan juga didalam kawasan Dun Sg Rapat yang akan ditandingi oleh calon BN ini. Janji manisnya untuk membela rakyat selama sepenggal yang lalu menjadi wakil rakyat di Dun Sg Rapat ini sudahkah terlaksana? Terbelakah nasib mereka selama hampir lima tahun diwakili bekas Adun Sg Rapat ini? Pernah seorang ibu tunggal yang mengadu nasib kepada bekas Adun ini tentang kesusahannya, tetapi jawapan yang diterima daripada bekas Adun ini ialah 'Saya cuma boleh mendengar tetapi saya tidak boleh menolong'.
Calon yang memperjuangkan cara hidup 'antara dua darjat' sebegini tiada tempat didalam masyarakat kita.
Bersama-samalah kita bertekad dan berazam agar calon yang sebegini tidak diberi peluang sekali lagi untuk mempergunakan rakyat demi keuntungan diri sendiri.
Sama-samalah kita nilaikan dan pertimbangkan kembali untuk menyambung perkhidmatannya di Dun Sg Rapat ini. Bulatkan tekad untuk menolak UMNO dan Barisan Nasional didalam Pilihanraya Umum yang ke-12 nanti.
Katakan 'TAK NAK BN'.
No comments:
Post a Comment