Monday, March 23, 2015

Tahniah YB Ahmad Fathan Mahmood

Mabruk....YB Radzi Zainon mengucapkan tahniah di atas kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood kerana telah mengekalkan kerusi DUN Chempaka pada PRK semalam (22 Mac) selepas kemangkatan Almarhum TG Nik Abd Aziz pada Februari lalu.



Berikut merupakan laporan kemenangan YB Ahmad Fathan Mahmood :


Keputusan itu menunjukkan peningkatan lebih 3,500 undi majoriti berbanding pilihan raya umum lalu.

Penambahan majoriti itu dipercayai berlaku ekoran BN tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil DUN itu.

PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89
undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807
undi).

Undi rosak sebanyak 140 undi.

Seramai 12,013 layak memilih dalam pilihan raya kecil ini. Peratusan keluar mengundi direkod sebanyak 55 peratus.

PAS daripada awal dilihat berdepan laluan mudah dalam persaingan lima penjuru dengan calon-calon bebas.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas akibat barah prostat.

No comments: