Tuesday, July 1, 2008

Hampir 80,000 berhujan di Stadium Perak


Hampir 80,000 rakyat yang membanjiri Stadium Perak pada 29 Jun 2008 (Ahad) kelmarin tidak berganjak walaupun hujan turun tiada henti sepanjang program tersebut.

Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ke Perak memang telah lama dinantikan apatah lagi ketidakhadirannya pada Himpunan Rakyat 14 April 2008 yang lalu akibat uzur.

Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk berucap pada malam tersebut tidak dapat hadir kerana isu panas yang mengaitkan beliau pada hari tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Saudara Saifuddin Nasution.

Begitu juga Lim Kit Siang yang digantikan dengan Dr Tan Seng Giau kerana menghadiri mesyuarat diperingkat Parlimen.

Perak telah diwakili oleh Menteri Besarnya Dato' Seri Ir Mohamad Nizar yang memberikan ucapan dengan penuh semangat.

No comments: