Wednesday, July 2, 2008

Raja Nazrin mahu pegawai agama bebas dari politik


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mahu supaya pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin atau kumpulan politik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab urusan agama Islam.
"Urusan agama Islam sama sekali tidak harus dibenar untuk dipolitikkan," titah baginda dalam majlis menghadap oleh Orang Besar Jajahan dan pegawai tadbir agama daerah negeri Perak di Kompleks Islam di Ipoh pagi ini.
Menurut laporan Bernama, Raja Nazrin menjelaskan bahawa masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk mengadakan kegiatan politik sebaliknya hendaklah menjadi instrumen untuk menyatupadukan ummah.
Menurut baginda, Orang Besar Jajah adalah wakil Sultan Perak di daerah masing-masing dan mereka perlu menjadi mata dan telinga kepada Sultan mengawasi kegiatan agama Islam di daerah masing-masing.
Raja Nazrin juga bertitah baginda wajib memberikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.
"Raja Pemerintah memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam. Raja Pemerintah berada di atas politik kepartian, bersikap bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh atau kepentingan politik kepartian," titah baginda.

No comments: