KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang
Kerian.
Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu
yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi semalam,
lapor Roketkini.
Dalam kiriman Kit Siang di laman mikro twitter,
beliau dimaklumkan oleh bekas menteri besar itu bahawa bencana banjir
yang berlaku kali ini adalah antara terburuk, dan tidak pernah dialami
sepanjang 23 tahun Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul
Aziz.
Kit Siang turut meluangkan masa melihat keadaan sekitar
bandar Kota Bharu dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah
Maahad Muhammadi Lelaki, yang kini diubah menjadi pusat pemindahan.
“Mereka yang dipindahkan ke sini disediakan keperluan asas dan makanan, tetapi sudah tentu keadaan tidak sama seperti di rumah.
“Semua
orang berharap banjir akan reda, supaya mereka boleh kembali ke rumah
mereka,” tulisan Kit Siang dipetik dari laman Facebooknya.
No comments:
Post a Comment