Thursday, December 18, 2014


Batu Gajah - Kebelakangan ini cuaca tidak menentu di sekitar negeri Perak. Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di negeri Perak. Justeru itu, YB Radzi bin Zainon (ADUN SUNGAI RAPAT-PAS) telah turun padang meninjau ke kawasan yang dinaiki air di sekitar Batu Gajah. Menurut sumber, banjir yang berlaku di kawasan Batu Gajah adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak efisyen. YB Radzi telah bertemu dengan Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah bagi membincangkan masalah banjir ini. Pihak MDBG telah memaklumkan bahawa pihak nya telah menyalurkan maklumat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi masih belum ada apa - apa tindakan daripada JPS.

Baru - baru ini banjir teruk telah berlaku di kawasan Batu Gajah yang telah menyebabkan kerugian kepada penduduk setempat. YB Radzi telah turun padang selama dua hari berturut - turut sehingga lewat malam bagi meninjau kawasan yang dinaiki air. YB Radzi bin Zainon mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha MDBG dan juga JKR yang telah memberi perkhidmatan yang baik bagi menangani masalah banjir ini.

Laporan : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat

No comments: