PETALING JAYA: PAS
tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan
terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan
kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan
tidak boleh bersendirian.
"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak
pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu
memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk
pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew
Media Corporation Berhad semalam.
Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.
"Kita kena bersabar untuk mencapai
kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama
dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.
"Berbeza pendapat itu biasa tetapi
agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta
memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.
Dalam pada itu Mustafa turut meminta
agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara
terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai
spekulasi.
"Kita boleh berbincang jika ada sebarang
permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat
kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas
beliau.
Turut hadir pada siri lawatan tersebut
adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS
Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie
Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
No comments:
Post a Comment