PENDIRIAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK TERHADAP SITUASI POLITIK TERKINI PAKATAN RAKYAT
Adalah kami, ahli-ahli Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak
yang mewakili PAS, DAP dan PKR dalam mesyuarat bulanan pada Jumaat, 23
Januari 2015, telah dengan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan
beberapa pandangan kami berdasarkan penelitian dan tindakbalas situasi
politik terkini.
Bahawa majoriti rakyat sedang mengalami suasana
kekecewaan dengan prestasi dan prospek muram ekonomi negara di bawah
pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.
Bahawa majoriti rakyat sedang melalui suasana gelisah dan ketidakpastian tentang masa depan politik negara yang bergelut dengan permainan politik perkauman ekstrim, masalah sosial, pengangguran dan rasuah di kalangan elit pemerintahan negara.
Bahawa dilihat satu suasana kehilangan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pemimpin PM Datuk Seri Najib Razak khususnya di kalangan tokoh-tokoh perniagaan, pemimpin NGO, anak-anak muda, kumpulan madani (civil society) dan sebahagian pemimpin UMNO. Rakyat sangat mengharapkan satu gerakan perubahan poilitik berwawasan, beretika dan budiman untuk memimpin negara ini keluar daripada kemelut yang tidak berkesudahan.
Bahawa majoriti rakyat sedang melalui fasa ‘apathy’ politik dan enggan berpartisipasi secara aktif dalam aktiviti-aktiviti politik seperti yang pernah dilihat dalam era 2008-2013. Ini adalah petunjuk tahap kekecewaan mereka terhadap UMNO/BN dan juga kepada Pakatan Rakyat.
Maka, di atas observasi-observasi sedemikian, kami yang mewakili
ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR Negeri Perak, memohon dan merayu agar
beberapa tindakan positif dan korektif berikut dapat dilaksanakan
dengan segera dan inklusif :
Menghentikan dengan serta-merta sebarang kenyataan-kenyataan media dan tindakan cabar-mencabar yang merenggangkan persefahaman di kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Sekretariat Media Pakatan Rakyat Pusat perlu diwujudkan untuk menyelaraskan sebarang kenyataan-kenyataan media penting yang menyentuh mengenai pendirian bersama Pakatan Rakyat.
Seluruh pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya anggota-anggota Majlis Presiden perlu senantiasa mengadakan konsultasi dalaman terhadap sebarang isu-isu utama yang bersifat kontroversi dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan bersama.
Menuntut supaya Majlis Presiden Pakatan rakyat bermesyuarat segera dan berbincang secara tertutup bagi menyelesaikan pelbagi isu-isu berbangkit. Kami juga memohon supaya Majlis Presiden bermesyuarat secara berjadual dan arahan-arahannya diperturunkan dengan berkesan dan pantas.
Memohon supaya Konvensyen Nasional Pakatan Rakyat diaktifkan semula sebagai satu platform pengukuhan, persefahaman dan solidariti Pakatan Rakyat di semua peringkat.
Kami, Pakatan
Rakyat Negeri Perak, mengharapkan agar kita bersama menyatuni aspirasi
rakyat yang dahagakan perubahan dan mengimpikan sebuah negara yang
Pakatan Rakyat pernah menjanjikan kepada mereka iaitu negara adil, aman,
maju, progresif dan berkebajikan.
Kami juga mendoakan semoga Allah memberikan pimpinan Pakatan Rakyat hidayah dan pertolongan ketika rakyat sangat mengharapkan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kami juga mendoakan semoga Allah memberikan pimpinan Pakatan Rakyat hidayah dan pertolongan ketika rakyat sangat mengharapkan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kenyataan bersama oleh :
Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak
Dr Mohd Nur Manuty
Pengerusi PKR Negeri Perak
Pengerusi PKR Negeri Perak
Sdr YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Negeri Perak
Pengerusi DAP Negeri Perak
Tn Hj Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
02 Februari 2015
No comments:
Post a Comment