Khamis 29 Januari 2015 - YB Radzi bin Zainon bersama dengan Muslimat PAS Desa Perlancongan telah menziarahi adik Muhd Aril Zafran bin Jamilulehsan (8 bulan) yang menderita penyakit bengkak hati atau biliary-atresia sejak dilahirkan. Adik Muhd Aril Zafran perlu dibedah segera dengan kos RM 250k di India dan orang ramai yang ingin menziarahi keluarga beliau boleh lah berbuat demikian di alamat No. 36, Persiaran Pinji Selatan 15, Taman Desa Pelancongan, Lahat, Perak.
YB Radzi juga turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga adik Muhd Aril. Moga Allah permudahkan segala urusan keluarganya.
No comments:
Post a Comment