Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikritik kerana “meletakkan politik melebihi hak asasi manusia” kerana mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang dijanji dimansuhkan sebelum ini.
Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch Phil Robertson mengulas berhubung pengeluaran laporan 656 halaman berhubung amalan hak asasi manusia sedunia di 90 negara.
“Pembatakan ikrar memalukan perdana menteri Najib untuk menamatkan akta hasutan menunjukkan kesediaannya meletakkan politik melebihi hak asasi,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Robertson (kiri) berkata tahap hak asasi manusia berada pada tahap rendah kerana kerajaan jelas percaya terhadap kekangan bersuara, mengganggu pembangkang dan mensasarkan tindakan undang-undang terhadap tokoh terkenal.
Laporan itu antaranya melaporkan berhubung penahanan banyak pihak bawah akta hasutan selepas membuat kenyataan kritikal terhadap kerajaan, pemimpin politik, parti pemerintah dan raja-raja.
Sekurang-kurangnya 20 orang didakwa, termasuk empat anggota parlimen kanan.
Najib pada 2012 mengumumkan bahawa akta itu akan dimansuh.
Namun dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan hasrat itu dibatalkan.
Laporan itu juga membangkitkan bagaimana Malaysiakini sering menjadi sasaran pemerintah.
No comments:
Post a Comment