Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat, Sdr Radzi Bin Zainon.


Salam Aidilfitri Ketua Kampung Sg Rokam

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Ketua Kampung Sg Rokam, Cikgu Mohd Ali Bin Hussain.


Salam Aidilfitri Unit Amal Gopeng

Ucapan Salam Aidilfitri daripada, Unit Amal Gopeng.


Salam Aidilfitri Ketua Kampung Rapat Jaya Tambahan

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Ketua Kampung Rapat Jaya Tambahan, Haji Abd Wahid Bin Parmin.


Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri Ketua Kampung Rapat Jaya

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Ketua Kampung Rapat Jaya, Sdr Ahmad Bin Wardi.


Salam Aidilfitri Ketua Kampung Sg Rapat

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Ketua Kampung Sg Rapat, Sdr Ahmad Bin Osman.


Salam Aidilfitri Wanita Keadilan Gopeng

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Wanita Keadilan Gopeng.

Salam Aidilfitri Ketua Kampung Changkat Larang

Ucapan Salam Aidilfitri daripada ketua kampung Changkat Larang, Sdr Parvis Bin Isa.


Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri Ketua Kampung Seri Rahmat

Ucapan Salam Aidilfitri daripada Ketua Kampung Seri Rahmat, Sdr Ahmad Bin Osman.


Salam Aidilfitri Ketua Kampung Seri Jaya

Ucapan Salam Aidilftri daripada Ketua Kampung Seri Jaya iaitu Haji Sarjee Bin Haji Ramly.


Sentuhan Nurani Aidilfitri II


Ipoh (28/09/2008) - Kunjungan dan sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat diteruskan lagi ke Kg Sg Rokam (28 rumah), Kg Sg Rapat (14 rumah), Kg Rapat Jaya (10 rumah) dan Kg Rapat Jaya Tambahan (10 rumah).

Penerima sumbangan di Kg Sg Rokam termasuklah mereka-mereka yang ditimpa musibah banjir kilat pertengahan Ramadhan yang lalu. Setiap rumah menerima sumbangan duit raya sebanyak RM200 daripada Baitulmal.

Kebanyakan penerima sumbangan di kampung-kampung ini adalah terdiri daripada warga emas yang dhaif dan uzur. Tinggal berseorangan dan hanya sekali-sekala dijenguk oleh anak-anak.

Riak wajah yang tergambar kegembiraan menerima sumbangan kerana sebelum ini belum pernah menerima apa-apa sumbangan dan bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sehinggakan seorang penerima terpacul keluar perkataan "Tak sangka yea, tak pernah pun dapat macam ni dulu" daripada mulutnya.

Biarpun sumbangan yang dihulur tak seberapa, namun singgahan kami amat bermakna bagi mereka merayakan Aidilfitri tahun ini. Semoga keberkatan kunjungan kami ini dapat memberikan sentuhan nurani Aidilfitri buat mereka kerana mereka kini tahu bahawa masih ada yang prihatin kepada nasib mereka.



Sentuhan Nurani Aidilfitri


Ipoh (27/09/2008) - Ramadhan cuma berbaki beberapa hari saja lagi. Aidilfitri bakal menjelang tiba. Suasana gembira menggamit hati. Semua insan pasti ternanti-nanti hari bahagia.

Namun begitu, masih terdapat lagi umat masa kini yang baginya Aidilfitri disambut sepi. Ketidak-upayaan bagaikan memasung lubuk hati untuk turut bergembira. Tidak upaya dalam persediaan mata pencarian mahupun kesihatan. Hanya bisa duduk menunggu masa berlalu sambil mata memandang ke pintu, mengharapkan sesuatu yang belum tentu.

Tidak pernah terlintas dihati dan juga fikiran, seseorang akan datang memberi salam serta menghulurkan bantuan. Bantuan biarpun tak seberapa dan sedikit, terpancar sinar di mata kerana masih ada yang memandang mereka masih berharga. Kerana selama ini, tiada insan yang mengiyakan kewujudan mereka. Bergembira menyambut lebaran tanpa menghiraukan insan-insan istimewa ini yang juga mengharapkan secebis kebahagiaan menjengah kehidupan mereka walaupun sebentar cuma.

Hari ini sekumpulan dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat yang diketuai oleh Sdr Radzi Zainon telah membawa segelintir sinar dan sentuhan Aidilfitri kerumah-rumah insan istimewa ini yang telah terlalu lama dipinggirkan.

Berkat usaha ketua-ketua kampung yang mengumpul maklumat dan mengenalpasti penerima-penerima yang benar-benar layak, sumbangan dapat diagihkan dengan jayanya.

Sumbangan ikhlas berupa hamper barangan dan duit raya ini disalurkan ke Pengkalan Gate (6 rumah), Pengkalan Pegoh (40 rumah), Changkat Larang (7 rumah), Sri Rahmat (12 rumah) dan Seri Jaya (5 rumah), Kg Pisang (5 rumah), Ara Payung (5 rumah) dan Sg Terap (5 rumah).

Hamper barangan adalah sumbangan kerajaan negeri dibawah Mentri Besar berisi minyak masak 2kg, Tepung 2kg, Gula 2kg, Kordial Minuman 2 liter, Serunding 2 paket, Sirap Ros dan kuih raya. Manakala sumbangan di Sri Rahmat pula berupa beras 10kg.

Duit raya sebanyak RM50 adalah hasil sumbangan zakat daripada penduduk dan juga ahli-ahli PAS dan juga derma orang ramai.

Rata-rata penerima sumbangan yang terdiri daripada fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan juga anak yatim menampakkan kegembiraan diraut wajah mereka kerana masih ada insan yang membawa sentuhan nurani Aidiltri kedalam kehidupan mereka.

Sudah semestinya Aidilfitri mereka tahun ini lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya.
Syukuri nikmat Allah dan bersama-samalah menikmatinya.







Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat bersama Ketua-ketua kampung


Satu majlis perjumpaan antara Ketua-ketua Kampung di kawasan DUN Sungai Rapat dan Badan Khidmat Komuniti Dun Sungai Rapat, telah diadakan di bilik Mesyuarat Dewan Ahmad Said Sungai Rokam Ipoh malam kelmarin.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zaizi yang bermula pada jam 5 petang , telah mempersilakan Pengerusi Khidmat Komuniti Dun Sungai Rapat, Saudara Radhi Zainon menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Radhi telah menjelaskan fungsi sebenar Khidmat Komuniti sebagai penyelaras dan pembantu kepada tugasan Ketua- Ketua Kampung. Beliau berharap benar agar mendapat kerjasama yang semaksima mungkin daripada Ketua-Ketua Kampung dikawasannya itu bagi memudahkan segala urusan berhubung kebajikan rakyat di kawasan tersebut.
Beliau mengucapkan tahniah diatas pelaksanaan kerja yang baik yang sedang dilakukan oleh Ketua-Ketua Kampung walupun baru sahaja memegang tugas tersebut.
Turut berucap dalam perjumpaan tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng, Tn Hj Rahim mat Ariff.Beliau menekankan perlunya petugas-petugas dibawah Pakatan Rakyat ini membuktikan kesungguhan mereka melaksanakan tanggung jawab yang diberikan demi parti dan agama.
“Walaupun dengan alauns RM200, tuan-tuan sanggup memikul tugas yang sukar ini kerana wang ringgit bukan menjadi tujuan tuan-tuan semua,” katanya.
“Buktikan kita dapat memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik dari mereka yang sebelum ini,” kata beliau.
Majlis yang disertakan dengan sessi soal jawab telah ditangguhkan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib.Mereka bersurai selepas melakukan solat Tarawih berjemaah yang diimami oleh Radhi di Dewan Mesyuarat tersebut.

Monday, September 15, 2008

Badr Al Qubra

Program Badr Al Qubra
Peringkat Zon Bandaraya

Penceramah:
Ust. Hj. Ahmad Awang (Naib Presiden PAS)
YB Ust. Khalil Idham Lim
YB Hj. Husin Din

Tempat:
Dewan Orangramai Dato' Ahmad Said,
Kg. Sungai Rokam,
Ipoh.

Tarikh:
Rabu 17 Ramadhan 1429 / 17 September 2008

Aturcara Majlis:
Tazkirah oleh Ust. Zulqarnain Hassan (S/u Dewan Ulama' PAS Perak)
Berbuka puasa
Solat Magrib
Solat Isyak
Solat Terawih
Solat Witir
Ceramah Badr Al Qubra
Bersurai

Orangramai dan seluruh penduduk berdekatan dijemput hadir beramai-ramai.




Sunday, September 14, 2008

Ceramah Nuzul Quran & Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jawatankuasa Surau Al Mubarak
Taman Pulai Jaya
Menjemput Tuan/Puan ke Majlis
Ceramah Nuzul Quran
& Majlis Berbuka Puasa
disampaikan oleh
AF Ustaz Termizi Bin Abd. Rahman
(Pendakwah Bebas)
pada
17 Ramadhan 1429 (Rabu)
bersamaan
17 September 2008
bermula
5.30 Petang

Terawih & Tazkirah di Dataran MBI

Buka Puasa, Terawih & Tazkirah
Tarikh : 15 Ramadhan (Isnin 15/09/2008)
hingga
26 Ramadhan (Jumaat 26/09/2008)
Tempat : Dataran MBI
Greentown, Ipoh
Tazkirah : Penceramah handalan
dari seluruh negara
Muslimin dijemput hadir beramai-ramai.
Jamuan morei disediakan.

Tazkirah Ramadhan di Surau Al-Ehsan


Tazkirah Ramadhan
Tarikh : 15 Ramadhan (Isnin 15/09/2008)
Tempat: Surau Al-Ehsan
Taman Endah Jaya
Rapat Setia, Ipoh
(berhampiran Sekolah Al-Hidayah)
Penceramah : Imam Zulkarnaini Ibrahim
(Bekas Imam Masjid Negeri)

Friday, September 12, 2008

Kuliah Tafsir Al-Quran Ramadhan



Kuliah Tafsir Ramadhan
Setiap Sabtu dan Ahad
8.30 pagi
oleh Ustaz Tarmizi Bin Abdul Rahman
Rumah Yayasan Amal Malaysia
No. 29, Jalan Raja Musa Mahadi
Rapat Setia, Ipoh

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Wednesday, September 10, 2008

Perak beri bonus minimum tambahan


IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memberi bonus minimum RM1,100 hingga RM1,200 kepada kakitangan awam kerajaan negeri Perak berbanding minimum RM1,000 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tambahan antara RM100 hingga RM200 itu akan diberikan kepada jumlah bonus minimum RM1,000 yang diumumkan dalam Bajet 2009.


"Pemberian bonus ini melibatkan kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini dan ia akan diberikan pada 16 Sept ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.Kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada tahun ini dengan pembayaran dua kali iaitu pada bulan ini dan Disember.Dalam perkembangan lain, Nizar berkata beliau akan mengambilalih jawatan presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA) selepas penstrukturan persatuan itu bulan depan.


Katanya, beliau secara rasminya akan menjadi presiden persatuan tersebut pada mesyuarat agung PFA yang akan berlangsung pada pertengahan bulan depan.Beliau berkata antara penstrukturan itu melibatkan kelab-kelab bola sepak negeri, pemain dan jurulatih.Menurutnya kerajaan negeri pada bulan lepas telah meluluskan peruntukan RM300,000 kepada PFA bagi mengatasi masalah kewangannya dan peruntukan tambahan akan dipertimbangkan selepas ini. - BERNAMA

Ehya Ramadhan di Bangunan Perak Darul Ridzuan


IPOH, 10 Sept (Hrkh) - Pusat pentadbiran Negeri Perak melakarkan satu lagi sejarah tersendiri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat apabila majlis tazkirah Ramadan diadakan setiap pagi selama 20 minit di bangunan Perak Darul Ridzuan melalui siaraya yang didengari semua pegawai dan kakitangan pejabat.

Program tazkirah ini disampaikan secara bergilir-gilir oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin, EXCO Agama, Haji Zainuddin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan kerajaan Negeri, Mufti Negeri Perak, Dato' Harussani Zakaria, Imam Besar Masjid Negeri, Dato' Sheikh Mohamad Nor Mansur Al-Hafiz dan lain-lain termasuk para ulama.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki sewaktu dikunjungi wartawan Harakah semalan.

Menurut beliau, tazkirah zohor juga turut diadakan setiap hari di surau bangunan SUK, disampaikan juga secara bergilir-gilir oleh Menteri Besar, EXCO Agama, pegawai-pegawai Khas Menteri Besar dan penceramah dari Jabatan Agama Islam Perak.

"Suasana ini mengambarkan suasana Islamik di bangunan pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus menjawab tohmahan BN kononnya Menteri Besar Perak dari PAS dihalang oleh DAP dalam melaksanakan imej Islam dalam kerajaan negeri.

Suasana seperti ini tidak wujud ketika Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri dan rata rata kakitangan kerajaan melahirkan rasa gembira dengan program penghayatan Ramadan yang dijalankan di sini. - mns_

Banjir di Bukit Merah: 140 keluarga dapat bantuan segera

BAGAN SERAI, 10 Sept (Hrkh) - Banjir yang melanda di sekitar Bukit Merah kelmarin telah mengakibatkan 140 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Daripada jumlah itu, 33 keluarga telah dipindahkan dan ditempatkan di bilik-bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, sementara 5 lagi keluarga di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah datang melawat mangsa-mangsa yang ditempatkan di Sekolah Rendah Bukit Merah dan menyampaikan bantuan segera berupa wang belanja berjumlah RM200 kepada setiap keluarga yang ditimpa bencana tersebut.

Setibanya di tempat tersebut, Nizar telah diberikan taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah Kerian Ismail Hassan tentang perkembangan terkini.

Penolong Jurutera Daerah JPS, Noorhisham menerangkan banjir tersebut berlaku akibat pelepasan air empangan yang telah sampai ke paras yang merbahaya.

"Kami terpaksa melepaskan air kerana khuatir akan berlaku bencana yang lebih dahsyat kerana empangan sudah tidak mampu menampung paras air yang semakin meningkat akibat hujan lebat yang mencurah-curah kelmarin," jelasnya.

Mengikut Noorhisham lagi, mangsa-mangsa banjir mungkin boleh balik ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat jika hujan tidak turun lagi dan paras air dijangka semakin surut dan tidak mengancam.

Nizar mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Bencana Daerah yang terdiri darpada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Hospital dan lain-lain yang telah melaksanakan kerja kerja bantuan dengan baik kepada mangsa-mangsa terlibat.

Beliau berharap mangsa yang terlibat supaya bersabar menghadapi musibah seperti ini dan berjanji untuk menghulurkan bantuan seterusnya.

Turut hadir di pusat penempatan banjir tersebut ialah Adun Semanggul, Haji Ramli Tusin dan Adun Selising, Husin Din. - mns_

Dengan siapa kamu duduk

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.

Sunday, September 7, 2008

Pantun HMS ABu Bakar


Bunga

Bunga tanjung puteh berseri
Harum baunya di waktu pagi
Keredhaan Allah wajib dicari
Supaya di akhirat tidak rugi

Bunga Ros kembang sekuntum
Datang kumbang hinggap sebentar
Bom C4 meletup berdentum-dentum
Melihat suasana penjenayah menggeletar

Bunga melor berwarna puteh
Banyak ditanam di Pulau Tiga
Di bulan Syaaban kita berlateh
Berpuasa sunat bersama keluarga

Bunga orkid tumbuh di dahan
Dipetik peminat bila ke hutan
Hati gembira menyambut Ramadhan
Mendengar terpenjara semua syaitan

Pergi ke warung makan laksa
Terkenal laksa Pulau Pinang
Sebulan Ramadhan umat berpuasa
Jiwa mukmin menjadi tenang

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan

Warta Sg Rapat ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan kepada seluruh warga di Sg Rapat dan juga sekalian muslimin dan muslimat serta para pengunjung blog ini.Semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini.

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadhan



Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat