Saturday, September 27, 2008

Sentuhan Nurani Aidilfitri II


Ipoh (28/09/2008) - Kunjungan dan sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat diteruskan lagi ke Kg Sg Rokam (28 rumah), Kg Sg Rapat (14 rumah), Kg Rapat Jaya (10 rumah) dan Kg Rapat Jaya Tambahan (10 rumah).

Penerima sumbangan di Kg Sg Rokam termasuklah mereka-mereka yang ditimpa musibah banjir kilat pertengahan Ramadhan yang lalu. Setiap rumah menerima sumbangan duit raya sebanyak RM200 daripada Baitulmal.

Kebanyakan penerima sumbangan di kampung-kampung ini adalah terdiri daripada warga emas yang dhaif dan uzur. Tinggal berseorangan dan hanya sekali-sekala dijenguk oleh anak-anak.

Riak wajah yang tergambar kegembiraan menerima sumbangan kerana sebelum ini belum pernah menerima apa-apa sumbangan dan bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sehinggakan seorang penerima terpacul keluar perkataan "Tak sangka yea, tak pernah pun dapat macam ni dulu" daripada mulutnya.

Biarpun sumbangan yang dihulur tak seberapa, namun singgahan kami amat bermakna bagi mereka merayakan Aidilfitri tahun ini. Semoga keberkatan kunjungan kami ini dapat memberikan sentuhan nurani Aidilfitri buat mereka kerana mereka kini tahu bahawa masih ada yang prihatin kepada nasib mereka.



No comments: