Wednesday, February 4, 2009
Operasi tawan Perak gagal.
Nampak gayanya suasana semakin reda di Perak. Apa yang dikatakan lompatan sekurang-kurangnya 3 ADUN Pakatan Rakyat ke BN sehingga kononnya mampu mencuri majoriti kerajaan negeri dan menumbangkannya, setakat hari ini nampaknya tidak berhasil. Ada tidak hanya 2 “ekor” yang melompat, itu pun sekejap sedar sekejap tak sedar, apa pun kesudahannya jika sekadar itu sahaja yang mampu dipancing BN secara kotor maka tidaklah jatuh kerajaan pilihan rakyat itu selain bersandar pada majoriti “1” kerusi.
PR tidak perlu membubarkan dewan, PR masih boleh terus kekal memerintah sebagaimana Kelantan pada penggal yang lalu.
Oleh itu jika ditakdirkan SPR memanggil pilihan raya kecil maka akan berlakulah pertarungan lagi selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kini di kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang pula.
Bersedialah kita semua untuk turun ke sana dan menebus hak kita yang cuba dicuri itu. Jika kita mampu mempertahankan kedua-dua kerusi ini, saya yakin, lanskpa politik baru buat Malaysia sebagaimana saya gambarkan pasca Kuala Terengganu akan lengkap terlukis, maka tidak mustahil “tahun lembu” dalam kalendar Cina tahun ini adalah tahun terakhir buat hayat dan riwayat Umno dan BN!
Buat masa ini apa yang perlu kita lakukan adalah memastikan parti-parti rakan dalam PR masing-masing dapat mempertahan dan membela wakil-wakil rakyat masing-masing. Jangan lagi ada yang sanggup menggadaikan maruah dan nama baik demi sekarung kekayaan dunia. Sama-sama kita berjaga dan berkawal. Umno semakin sesak nafas dan talian hayatnya ada ditangan kita, fikirkanlah.
Roslan SMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR
Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.
Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.
Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.
Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.
Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.
Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.
Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?
Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.
Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir...
Post a Comment