Saturday, November 8, 2008

Meludah ke Langit, Jangan Sampai Terkena Muka Sendiri.

Saya telah membaca tulisan Alhusseyn (walaupun agak lewat) yang saya anggap menghina PAS Gopeng secara khususnya dan PAS secara amnya. Ketika mendapat makluman mengenai tulisan tersebut, saya berada di Kuala Lumpur kerana menghantar ibu saya yang akan berangkat ke Mekah. Ketika mendapat makluman daripada Setiausaha DMP Kawasan mengenai tulisan tersebut, saya terus menghubungi YDP Kawasan yang kebetulan baru pulang dari tanah perkuburan.

Alhusseyn menulis:

”Saya memberitahu Cikgu Badrin , Setiausaha Kawasan supaya menyampaikan berita kematian dan waktu untuk pengkebumian jenazah tersebut. Hingga ke saat ini, jam kat dinding menunjukan 1.25 pagi; saya belum menerima kunjungan dari orang jemaah PAS Kawasan Gopeng selain tiga orang yg saya hubungi sendiri – Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat, Radhi Zainon , Ketua Kampung Simpang Pulai, Abu Bakar (Bob) dan Zulkifli Hasan , JKKK saya.”

Selaku Setiausaha Kawasan, saya telah memaklumkan pemergian ibu saudara Alhusseyn kepada semua AJK Kawasan. Saya sendiri telah memberitahunya bahawa saya tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur. Saya juga berharap agar berita tersebut disebarkan.

Ini bukanlah kali pertama Alhusseyn bersikap ’Aku Saja Yang Betul’. Saya masih teringat tulisannya tahun lepas selepas pemilihan YDP Gopeng yang baru, beliau telah secara terbuka menghina Ust Abu Bakar Hussein (kini TPJ 1 PAS Perak) yang saya baca melalui Harakah Daily. Walaupun saya sempat membalasnya dalam komen yang berikutnya, tetapi agak terlewat. Bukanlah tujuan saya untuk ’menelanjangi’ sikap Alhusseyn sebagaimana yang dilakukannya terhadap PAS Gopeng. Namun, selaku Setiausaha PAS Kawasan dan ahli PAS, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga nama baik jemaah ini (mungkin Alhusseyn tidak terfikir demikian). Ruang untuk menegur jemaah bukannya tidak ada di dalam PAS. Beliau boleh memaklumkannya kepada sahabatnya yang juga merupakan AJK PAS Kawasan untuk dibawa ke dalam mesyuarat kawasan yang diadakan pada setiap bulan atau menggunakan saluran-saluran lain secara lebih bersopan. Manusia yang rasional boleh menilai sikap Alhusseyn melalui tulisannya.

Alhusseyn juga menulis:

”Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut berkejar ke residensi MB untuk mengucapkan takziah masing-masing....”

Mungkin Alhusseyn tidak melatah jika yang pergi bukan ibu saudaranya. Namun apabila ianya berlaku kepada dirinya sendiri, mungkin Alhusseyn perlu memuhasabah hubungannya dengan sahabat-sahabat sebelum ini. Bagaimana pula sikap Alhusseyn terhadap program-program jemaah sebelum ini? Mungkin ikatan yang dibina oleh Alhusseyn dengan PAS Gopeng belum benar-benar kukuh. Adakah Alhusseyn sendiri hadir ke pengebumian mana-mana ahli PAS Gopeng yang berlaku sebelum PRU12? Adakah apabila Alhusseyn sendiri tidak hadir bermakna program tarbiyyah PAS Gopeng gagal? Malahan adakah Alhusseyn hadir dalam program Liqa-ul Fikri PAS Gopeng yang diadakan pada 29 November yang lalu dimana saya telah memaklumkannya kepada semua AJK Kawasan, DPP, DMP, Ketua & S/U Cawangan serta Pengerusi JKK. (mengikut rekod yang hadir seramai 63 orang walaupun sms yang ana hantar kepada 96 orang). Jika beliau sendiri gagal menghadirkan diri dalam program-program anjuran PAS Gopeng sebelum ini, wajarlah untuk Alhusseyn memuhasabah dirinya semula. Kami (kepimpinan Gopeng) sentiasa bersangka baik apabila sahabat-sahabat tidak dapat hadir ke mana-mana program walaupun kita benar-benar mengharapkan kehadiran yang ramai supaya mudah untuk kita menyampaikan apa-apa maklumat terkini.

Saya tertarik pada komen Mee yang berbunyi:

”Salam.. takziah atas pemergian ibu saudara tuan... namun menjadikan ketidakhadiran sahabat2 sebagai kayu ukur keseluruhan PAS kawasan Gopeng adalah sangat mendukacitakan... maaf jika terkasar bahasa..... Al Fatihah...”

Bagi saya, kesalahan individu tidak boleh dianggap sebagai kesalahan jamaah. Bukankah YDP dan ketua Pemuda Kawasan telah hadir. Tidak bolehkah Alhussyen berfikir bahawa sahabat-sahabat yang lain mungkin ada keuzuran mereka sebagaimana Alhusseyn sendiri sering uzur untuk hadir dalam program-program PAS Kawasan tanpa khabar berita. Saya teringat kata Almarhum ayah saya, ”Kalau kita berat kat orang, insyaAllah orang juga akan berat kat kita.”

Saya memohon maaf kerana menggunakan ruang ini untuk membalas tulisan Alhusseyn di dalam blognya. Namun bagi saya, jika ada individu yang mengaibkan PAS secara terbuka maka saya juga akan menjawabnya (bukan tujuan untuk mengaibkan) secara terbuka. Bagi saya juga, Alhusseyn berhutang kemaafan daripada PAS Gopeng kerana tulisannya itu yang jauh dari kebenaran. Ingatan saya, jika meludah ke langit, jangan sampai terpalit ke muka sendiri. Mohon maaf sekali lagi. Wallahualam.

Badrin Khalid.

(Setiausaha PAS Kawasan Gopeng)

2 comments:

su1409 said...

I totally agree with s/u comments..
internal problems in the same kawasan must not occurred...why must we take the law into our hands
...alhussein should not have done this silly things by putting negative issues regarding Pas Gopeng in his blog cos everyone could see and read negative things about our Pas Gopeng especially our no.1 politic enemy UMNO.

With due respect yes,his auntie died and needs friends especially Pas Gopeng members to come and give a helping or just give the last respect,but alhussein must understand that people have other commitment to attend to...do not force them and judge them if they didn't turn up...what is important is families...if they did not turn up yes,you can be sad and angry...
when my my brother died last year at the age of 47,I didn't call any of the Pas Gopeng members aventhough I'm close to most of the AJK's and active as a pas gopeng members since 1997...to me families attention are more important than friends or members..
hopefully alhussein will repent and don't repeat the same mistake again...and to AJK'z of Pas Gopeng, improve yourself and get close to all the branch members... get to their problem and give a helping hand to the weak branches..
wassalam.

azhar said...

Salam..
Masalah sebenarnya kecil saja..hadir atau tidak kadang2 kita manusia merencana Allah tentukan..ketika kematian siapa sahaja yg dekat serta sanak saudara itulah yg afdal..jika tiada maka sahabat pun tak mengape..
alhusseyn..bukanlah kita berjuang untuk kepentingan diri sendiri..soal kematian bukan soal parti ataupun PAS ke UMNO ke..ia soal umat Islam..sesiapa boleh berziarah..kita janganlah mengungkit-ungkit kerana itu boleh jatuh riya' perkara dulu yg kita buat..buat kami ahli biasa kalo mati tau ke alhusseyn yg kami ni ahli PAS tah kenai tah idak ..sebab kami tak de jawatan..kalo kami orang biasa tak berparti macammana ..tapi kami undi..undi PAS..muka kami bukanlah ada cop PAS..tapi tak de rupa orang baik pun..siapa yang tahu kami undi PAS...Allah sahaja yang tahu keikhlasan kami..wassalam..ambil iktibar