Tuesday, April 22, 2008

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gopeng.

PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan mesyuarat Agungnya bagi kali ke-20 , jam 8.00 pagi kelmarin bertempat di bangunan pejabat PAS Kawasan di Taman Rapat Indah, Ipoh.

Majlis telah dipengerusikan oleh Ir Radzi Zainon ,bekas calon N43 Sungai Rapat. Bacaan al-Qur'an telah menyerikan suasana majlis dan bacaan doa selamat sebagai memohon rahmat dan keberkatan dari Ilahi.

Lagu PAS turut dikumandangan dengan penuh semangat dinyanyikan beramai ramai buat kali pertamanya; diketuai oleh Saudara Setiausaha Kawasan, Ahmad Badrin Abd Khalid.

Dalam ucapan alu-aluannya, YDP Kawasan Tn Hj Abd Rahim Md Ariff mengingatkan para ahli tentang perjuangan PAS yang menggabungkan pegangan aqidah; dimana setiap diri sanggup menyerahkan apa sahaja malahan diri demi kepentingan Agama.

Beliau juga berharap agar di setiap cawangan diwujudkan Pusat Khidmat Masyarakat sebagai mekanisma mendampingi dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

Beliau juga prihatin dengan masalah remaja dan melihat gejala remaja hari ini perlu ditangani bermula di peringkat awal lagi, umpama melentur buluh dari rebungnya.

Seterusnya beliau meminta setiap ahli memantapkan organisasi parti supaya Islam dapat diletakan ditempat yang sewajarnya.

Majlis telah diresmikan oleh Setiausaha Politik MB Perak Al-Fadhil Ustaz Misbahul Munir bin Masduki.

Semasa berucap, beliau mengingatkan para ahli supaya jangan terlalu gembira dengan kemenangan hingga lupa untuk meneruskan kerja-kerja parti.Katanya:

"Kini masanya kita untuk mengisi kemenangan dan mempertahankan kemenagan"

Beliau telah mengimbas perjanjian Hudaybiah dizaman Rasulullah dahulu; dimana para sahabat sendiri telah merasakan perjanjian tersebut mengandungi prasa-prasa yang berat sebelah dan di tafsirkan merugikan pihak Islam.Namun sangkaan tersebut meleset sekali dan sejarah telah membuktikan perjanjian tersebut merupakan putik yang menghasilkan bunga dan seterusnya membuahkan kemenangan bagi Islam di hari-hari seterusnya.

"Kemenangan kita hari ini adalah langkah pertama untuk kemenagan kita seterusnya," demikian keyakinan yang telah diluahkan dan disemaikan oleh Misbahul Munir kepada anggota parti disambut dengan laungan takbir Allahu akbar!

Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dalam keadaan meriah dan ceria.Majlis telah meluluskan beberapa usul untuk dibawa ke peringkat negeri kelak.



alhusseyn

No comments: