IPOH: Imam masjid dan anggota Jawatankuasa Qariah Masjid (JKQM) di seluruh Perak belum dirombak, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.
Katanya setakat ini kerajaan negeri hanya menyemak semula pelantikan imam yang lepas kerana didapati kaedah pelantikan itu melibatkan campur tangan politik serta pemilihan pula mesti diperakukan oleh Ketua Umno Bahagian.
"Kerajaan negeri juga ingin menegaskan bahawa senarai pelantikan JKQM bagi sesi 2007/2010 belum disahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIAMP).
"Oleh itu sepatutnya tidak timbul persoalan pelantikan imam dan anggota JKQM ini.
Malah, kerajaan negeri juga telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian anggota yang dicadangkan dahulu dan sekadar menambah anggota yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas dakwaan bahawa kerajaan Perak telah bertindak melantik imam dan anggota JKQM yang baru tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Misbahul Munir melahirkan rasa kesal dengan tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak menghormati Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sebagai Yang Dipertua MAIAMP dan Sultan Azlan Shah.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment