
Wednesday, April 30, 2008
MB Perak pertahan tindakan tukar Pengarah JAIP.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.
"Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman).
"...jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya. Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (JAIP) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apa tah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan," katanya.
Pertukaran Jamry ke jabatan asalnya adalah tanpa menjejaskan apa-apa yang sepatutnya diperolehi dan sesuai dengan kelayakannya, katanya.
Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.
"Tempoh 24 jam sepertimana digambarkan itu hanyalah satu proses prosedur. Beliau juga bukan dinafikan segala hak atas urusan pemindahan itu. Persoalan sewajarnya ialah apakah beliau mengalami apa-apa kerugian daripada arahan itu pastinya tidak.
"Persoalan kedua, kenapa hal ini dijadikan isu... kerana sebelum ini pun ada pegawai kanan kerajaan ditukarkan dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa pengetahuan kerajaan negeri (walaupun ia patut dimaklumkan) tetapi tidak pula menjadi isu," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya membetulkan kredibiliti pentadbiran jabatan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan itu.
BERNAMA
Imam dan JKKK belum dirombak.
IPOH: Imam masjid dan anggota Jawatankuasa Qariah Masjid (JKQM) di seluruh Perak belum dirombak, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.
Katanya setakat ini kerajaan negeri hanya menyemak semula pelantikan imam yang lepas kerana didapati kaedah pelantikan itu melibatkan campur tangan politik serta pemilihan pula mesti diperakukan oleh Ketua Umno Bahagian.
"Kerajaan negeri juga ingin menegaskan bahawa senarai pelantikan JKQM bagi sesi 2007/2010 belum disahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIAMP).
"Oleh itu sepatutnya tidak timbul persoalan pelantikan imam dan anggota JKQM ini.
Malah, kerajaan negeri juga telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian anggota yang dicadangkan dahulu dan sekadar menambah anggota yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini bagi mengulas dakwaan bahawa kerajaan Perak telah bertindak melantik imam dan anggota JKQM yang baru tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Misbahul Munir melahirkan rasa kesal dengan tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak menghormati Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sebagai Yang Dipertua MAIAMP dan Sultan Azlan Shah.
BERNAMA
Tuesday, April 29, 2008
Pengarah JAIP diarah bertukar oleh Menteri Besar Perak.
SITIAWAN: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.
Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apaapa bagi membela dirinya.
Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.
Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.
"Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini," katanya.
Di Ipoh, Mohammad Nizar berkata pertukaran tersebut satu proses pentadbiran biasa yang berlaku dari semasa ke semasa melibatkan penjawat awam.
"Itu proses pentadbiran biasa. Kita ada (beberapa hari lebih awal) Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan...naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa. Anda patut kemukakan soalan ini apabila Menteri Besar yang dulu tu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK...saya tidak," katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) petang tadi.
Beliau menegaskan tidak ada sebab-sebab tertentu mengapa pertukaran tersebut dilakukan dan ia semata-mata merupakan proses perpindahan biasa kakitangan.
Ketika ditanya sama ada pertukaran itu disebabkan Jamry tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Perak, Mohammad Nizar berkata, "Saya tak tahu, anda tanya dia (Jamry).
Mohammad Nizar hanya menyatakan,"itu normal" bila ditanya mengapa Jamry diberi notis pertukaran 24 jam dan tidak masa yang lebih panjang seperti lazimnya.
"Beliau telah ditukarkan semula ke ibu pejabat SUK...Tidak ada kesan negatif. Anda (media) sepatutnya tidak menimbulkan persoalan itu kerana kakitangan keluar dan masuk," katanya mengulas soalan pihak media yang meminta beliau menjelaskan pertukaran tersebut.
Ditanya mengapa tiada pengumuman dibuat mengenai pertukaran itu, Menteri Besar Perak Ke10 itu berkata tidak wujud keperluan bagi pihak kerajaan negeri mengumumkan pertukaran para penjawat awam.
BERNAMA
Monday, April 28, 2008
Jomheboh : PAS Perak sanjung langkah TV3

Penghargaan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi bagi mengulas laporan menyatakan TV3 menarik diri daripada menganjurkan acara itu di Perak yang kini diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut Ustaz Ahmad, perkembangan di Perak itu satu permulaan yang diharap berlaku juga kepada negeri-negeri lain.
Katanya, pihaknya mengambil pendekatan itu berdasarkan pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Pada 30 Julai 2004, selepas satu persidangan ulama, Harussani mengisytiharkan karnival berkenaan, ketika itu dikenali sebagai Sure Heboh, adalah haram atas alasan ia menggalakkan kegiatan tidak bermoral di kalangan muda-mudi.
Karnival itu kemudiannya ditukar kepada Jom Heboh pada 2006, dan diadakan di setiap negeri berasingan pada setiap bulan.
Ustaz Ahmad meminta semua pihak termasuk pendukung Umno menyokong pembatalan tersebut kerana wujud unsur-unsur kurang sihat seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dalam konsert.
"Macam karnival, jualan dan pameran itu tidak jadi masalah sangat tetapi konsert, itulah masalah utamanya. Lagipun telah jelas penganjuran konsert itu mengundang perkara bertentangan dengan etika ketimuran, apatah lagi agama.
"Harapan saya ini sebagai permulaan ke arah mempertingkatkan martabat ummah dan menjauhi daripada kelalaian," jelasnya.
Ustaz Ahmad percaya Kerajaan Negeri Perak sangat prihatin terhadap hal ehwal rakyatnya termasuk perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada gejala sosial.
Oleh itu beliau menyifatkan tindakan TV3 tersebut sebagai menghormati Kerajaan Negeri Perak walaupun pihak berkenaan belum menetapkan apa-apa peraturan berhubung hiburan sekali gus menghindari kontroversi.
TV3 tarik diri anjur Jom Heboh.
Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.
Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian.
"Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsipprinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).
Karnival Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.
Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia.
Majlis Mufti-mufti Malaysia, melalui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.
Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007, berlangsung di Stadium Indera Mulia.
Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert 'Sure Heboh' itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-80 pada 19 April lepas.
BERNAMA
Tuesday, April 22, 2008
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gopeng.
PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan mesyuarat Agungnya bagi kali ke-20 , jam 8.00 pagi kelmarin bertempat di bangunan pejabat PAS Kawasan di Taman Rapat Indah, Ipoh.
Majlis telah dipengerusikan oleh Ir Radzi Zainon ,bekas calon N43 Sungai Rapat. Bacaan al-Qur'an telah menyerikan suasana majlis dan bacaan doa selamat sebagai memohon rahmat dan keberkatan dari Ilahi.Lagu PAS turut dikumandangan dengan penuh semangat dinyanyikan beramai ramai buat kali pertamanya; diketuai oleh Saudara Setiausaha Kawasan, Ahmad Badrin Abd Khalid.
Dalam ucapan alu-aluannya, YDP Kawasan Tn Hj Abd Rahim Md Ariff mengingatkan para ahli tentang perjuangan PAS yang menggabungkan pegangan aqidah; dimana setiap diri sanggup menyerahkan apa sahaja malahan diri demi kepentingan Agama.Beliau juga berharap agar di setiap cawangan diwujudkan Pusat Khidmat Masyarakat sebagai mekanisma mendampingi dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat.
Beliau juga prihatin dengan masalah remaja dan melihat gejala remaja hari ini perlu ditangani bermula di peringkat awal lagi, umpama melentur buluh dari rebungnya.
Seterusnya beliau meminta setiap ahli memantapkan organisasi parti supaya Islam dapat diletakan ditempat yang sewajarnya.Majlis telah diresmikan oleh Setiausaha Politik MB Perak Al-Fadhil Ustaz Misbahul Munir bin Masduki.
Semasa berucap, beliau mengingatkan para ahli supaya jangan terlalu gembira dengan kemenangan hingga lupa untuk meneruskan kerja-kerja parti.Katanya:
"Kini masanya kita untuk mengisi kemenangan dan mempertahankan kemenagan"Beliau telah mengimbas perjanjian Hudaybiah dizaman Rasulullah dahulu; dimana para sahabat sendiri telah merasakan perjanjian tersebut mengandungi prasa-prasa yang berat sebelah dan di tafsirkan merugikan pihak Islam.Namun sangkaan tersebut meleset sekali dan sejarah telah membuktikan perjanjian tersebut merupakan putik yang menghasilkan bunga dan seterusnya membuahkan kemenangan bagi Islam di hari-hari seterusnya.
"Kemenangan kita hari ini adalah langkah pertama untuk kemenagan kita seterusnya," demikian keyakinan yang telah diluahkan dan disemaikan oleh Misbahul Munir kepada anggota parti disambut dengan laungan takbir Allahu akbar!
Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dalam keadaan meriah dan ceria.Majlis telah meluluskan beberapa usul untuk dibawa ke peringkat negeri kelak.
alhusseyn
Saturday, April 19, 2008
Kemuncak Sifat Tidak Bertanggungjawab!
Dengan segala debaran bagi yang menantikan sesi Parlimen bermula, tidak satu pun soalan yang terlintas dikepala Ahli-ahli Parlimen ini sama ada untuk menengahkan persoalan rakyat setempat mahupun soal-soal yang membabitkan negara. Sudah tentu ianya adalah satu permasalahan yang SERIUS.
Tidakkah mereka tahu kepentingan utama sebagai ahli Parlimen? Apakah gunanya bertanding untuk merebut jawatan sebagai ahli parlimen? Hanya suka-suka? Pangkat? Habuan? Kerana seronok dipanggil YB apabila bertemu orang ramai? Atau hanya mahu memanaskan kerusi di parlimen? Makan gaji buta?
DS Anwar Ibrahim daripada PKR dan YB Lim Kit Siang daripada DAP perlu bertindak tegas dan segera untuk menangani permasalahan ini sebelum rakyat menyedari akan sifat yang tidak bertanggungjawab ini. Kelak ianya akan membawa kesan yang buruk kepada Pakatan Rakyat dan parti.
Sedari sesuatu? Nama YB Tuan Guru DS Hadi Awang daripada PAS tidak disebut? Kenapa?
Kerana nama-nama ahli parlimen PAS tidak tersenarai didalam senarai kotor itu. Tidak seorang pun. Itulah bersihnya keperibadian ahli-ahli parlimen daripada PAS.
Senarai tersebut adalah seperti berikut...
1. Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam - BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan - BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut - BN
4. Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti - BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis - BN
6. Abit Joo Hulu - Rajang - BN
7. Ding Kuong Hiing - Sarikei - BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin - BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong - BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar - BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah - BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar - BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading - BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu - BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan - BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago - Klang - DAP
17. Er Teck Hwa - Bakri - DAP
18. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu - DAP
19. John a/l Fernandez - Seremban - DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan - DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat - PKR
22. Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah - PKR
23. Chua Tian Chang - Batu - PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai - PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang - PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar - PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din - Merbok - PKR
28. William Leong Jee Keen - Selayang - PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor - PKR
Sumber daripada : iamamalaysian.wordpress.com
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gopeng Kali Ke-20
Tarikh : 20/04/2008 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Markaz PAS Kawasan Gopeng
Taman Indah Jaya, Ipoh
Perasmi : Ust Misbahul Munir
Raja Nazrin: Kestabilan minda Melayu penting

"Raja-Raja Melayu amat memahami bahawa kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan," titah baginda ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.
Turut berangkat di majlis tersebut ialah Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaffar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Raja Normahani Raja Shahar Shah, kerabat diraja Perak, Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.
Menurut laporan Bernama, Raja Dr Nazrin bertitahnya sejak Durbar pertama yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897, Raja-Raja Melayu terbukti sentiasa memberi perhatian dan menyuarakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.Oleh itu titah baginda, dengan perkenan Sultan Perak, baginda akan berusaha dan merintis langkah ke arah memastikan pemikiran serta persepsi orang-orang Melayu tidak akan membawa mereka berada dalam kegelisahan dan ketidakstabilan.
Keyakinan terhadap Raja
Baginda bertitah Raja menjadi pilihan rakyat untuk bernaung ketika merasakan kedudukan diri mereka sebagai pribumi bagaikan tergugat dan ia merupakan satu penghormatan serta keyakinan terhadap Raja ketika rakyat cemas menghadapi krisis.
Raja Dr Nazrin mahu seluruh rakyat menerima realiti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan usaha memupuk perpaduan dan usaha mengikis sebarang prasangka negatif antara kaum adalah menjadi agenda penting serta satu prasyarat kepada kestabilan politik di samping menjadi keperluan untuk jaminan ketenteraman awam.
"Bumi Malaysia haruslah mengamalkan satu kesaksamaan yang tidak membenarkan berlaku diskriminasi atau tindakan negatif berunsur rasis. Semangat berpijak di bumi sama, dan menjunjung langit yang sama perlu dipupuk dan dihayati supaya terbina kekuatan warga yang teguh berpadu, cekal bersatu lalu sama-sama dapat membangunkan sebuah negara merdeka yang kekal berdaulat," titah baginda.
Selain itu Raja Dr Nazrin bertitah baginda akan memastikan bahawa institusi agama yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Perak seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan dan tidak dibenarkan menjadi pentas politik yang boleh membawa perpecahan.
Baginda bertitah masyarakat Islam akan rugi jika terus bertelagah dan berselisih hingga akhirnya "yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu" kerana Islam menyeru kepada perpaduan dan amat menekan aspek perdamaian serta mengajak umat untuk membina semangat ukhuwah di samping menjalinkan silaturrahim.
"Umat Islam hari ini bukan umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga akhirnya menjadi umat yang lebih lemah. Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat `berkerat rotan, berpatah arang'. Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana memastikan antara permata dan kaca," titah baginda.
Raja Dr Nazrin bertitah umat Islam perlu berpegang kepada 'semangat kiambang yang akan kembali bertaut sebaik biduk berlalu' kerana mampu menjadi tenaga yang kuat jika mengamalkan semangat bermaaf-maafan, memberi dan menerima, semangat musyawarah dan persaudaraan yang akan membawa penemuan kata sepakat.
Kuasa memerintah
Menteri Besar dalam ucapan persembahan tahniah dan setianya, berkata kerajaan negeri sedang merangka pelan strategik yang berteraskan prinsip-prinsip amanah, adil, telus dan berkebajikan di samping meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu.
"Keutamaan yang akan patik dan kerajaan lakukan hari ini ialah program-program yang memberi kebajikan dan kesejahteraan rakyat...kerajaan negeri berazam meneruskan dan memperkukuhkan dasar pembangunan negeri berpaksikan prinsip dan nilai sejagat," kata Mohammad Nizar yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu.
Sebuah kerajaan yang diberi kuasa memerintah dan mentadbir negeri serta rakyatnya adalah amanah besar daripada Allah s.w.t, katanya.
"Menyedari hakikat...maka sayugialah kerajaan itu melaksanakan tanggungjawab selari dengan ketetapan Allah S.W.T. yakni menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran serta menjadi 'negara berkebajikan dan mendapat keampunan'," katanya.
Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa memelihara dan meningkatkan kestabilan sosioekonomi dan politik, kedaulatan institusi Raja, adat istiadat dan juga agama. "Kerajaan negeri di bawah bimbingan patik sangat mengharapkan bimbingan dan teguran Paduka Seri Tuanku yang adil lagi bijaksana agar pemerintahan hari ini akan lebih maju, aman, makmur, amanah dan berkebajikan...Insyallah kerajaan yang ada sekarang tidak akan mensia-siakan hasrat rakyat Perak yang telah membuat perubahan.
"Patik akan sentiasa mendukung institusi Raja Berperlembagaan di negeri ini yang sentiasa merupakan sebahagian sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu. Patik akur dan menyedari bahawa institusi Raja Berpelembagaan akan kekal relevan dan memenuhi peranan besar pada sepanjang masa seiring dengan undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa kuasa pemerintah negeri hendaklah terletak hak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku," katanya.
Tahniah kepada MB Perak

Beliau dianugerahkan pingat SPMP pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran yang diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar . Mohammad Nizar baru memegang jawatan sebagai Meneteri Besar Perak yang ke 10 pada 17 Mac lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR)memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.
Pengerusi DAP negeri yang juga anggota Exco kerajaan negeri, Ngeh Ko Ham pula dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.
Ko Ham dan Mohammad Nizar merupakan antara 773 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
Selain itu beberapa orang kenamaan telah menerima anugerah dari sultan perak pada tahun ini. Antaranya ialah Ketua Hakim Negara, Dato' Abdul Hamid bin Mohamad yang dianugerahkan Pingat Darjah Seri Paduka Cura si Manja Kini (SPCM).
Istiadat Bermula dengan DYTM Raja Muda Perak mengadap mempersembahkan ucapan tahniah bagi pihak Raja-Raja dan Orang-orang besar Perak Darul Ridzuan. Sesudah itu YAB. Menteri Besar Mewakili Kerajaan dan rakyat mengadap mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia.
Friday, April 18, 2008
MB Perak akan bergelar Datuk Seri
Turut menerima darjah kebesaran ialah Pengerusi DAP Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Ngeh Ko Ham yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk. - UM
Perak sedia kerjasama laksana projek dengan Kerajaan Pusat - MB Perak
KUALA LUMPUR, 18 April - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berharap kerajaan persekutuan akan meneruskan semua projek pembangunan di negeri Perak khususnya projek Landasan Berkembar, pembesaran lapangan terbang dan pembinaan insfrastruktur seperti pelabuhan di Lumut, Perak.
Katanya, perkara tersebut dicetuskan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pertemuan sulungnya di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.
Katanya, Perdana Menteri juga cukup prihatin berkenaan projek landasan berkembar berkenaan.
Perdana Menteri katanya, meminta supaya kerajaan negeri Perak memberikan kerjasama berhubung projek landasan berkembar daripada Rawang hingga ke Perlis supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.
"Insya-Allah kami sebagai kerajaan campuran Pakatan Rakyat akan memberi kerjasama kepada projek-projek yang besar seperti landasan berkembar supaya ia dapat dilaksanakan," katanya kepada wartawan selepas selesai pertemuan tersebut.
Katanya, pertemuan yang diadakan hampir sejam itu turut membincangkan mengenai infarastruktur paip gas asli bagi kegunaan industri khususnya di Manjung, di Seri Iskandar dan juga di Jelapang dan Ipoh.
"Dalam pertemuan tersebut saya sentuh juga berkenaan program, Wilayah Utara.
"Begitu juga dengan apa yang kita rancangkan seperti bidang pertanian pelancongan, modal insan dan pembuatan," katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri memberikan satu ransangan yang baik kepada rakyat negeri Perak khususnya dan juga negeri-negeri yang bersempadan dengan Wilayah Utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Katanya, sudah tentu dengan adanya kerjasama di antara keempat-keempat negeri khususnya di negeri Perak akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat.
Selain itu katanya, Perdana Menteri menyambut baik program yang dibuat keputusannya sebelum pilihan raya terutamanya program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menurutnya, kementerian tersebut meluluskan projek B1 dan B6 di seluruh majlis-majlis bandaran dan juga majlis-majlis daerah di seluruh Perak.
"Projek-projek itu adalah projek-projek kecil, projek infrastruktur yang mana berjumlah RM52 juta. Semua projek diluluskan sebelum pilihan raya lalu.
"Jadi saya merayu bagi rakyat negeri Perak supaya kemudahan dan peruntukan itu diteruskan kerana ini adalah projek yang hendak dilaksanakan pada tahun 2008," katanya.
Sementara itu, dalam pertemuan yang sama Nizar turut membangkitkan hasrat rakyat kepada Abdullah mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk diteliti semula.
"Saya telah mengemukakan menganai ISA berdasarkan kehendak rakyat agar ia disemak semula," ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas Abdullah mengenai perkara tersebut, Nizar berkata Abdullah memberikan reaksi biasa sahaja memandangkan kedudukan Kem Kemunting yang menempatkan para tahanan di bawah akta tersebut terletak di negeri Perak yang berada di bawah jagaan Menteri Besar Perak.
Pada masa sama, Nizar turut meraikan tindakan yang diambil kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi menyelesaikan krisis dalaman badan kehakiman negara.
Beliau juga diberitahu bahawa Abdullah menyatakan kesediaan untuk melakukan lawatan balas ke Perak selepas ini.
"Perdana Menteri akan cuba untuk datang ke Perak," katanya lagi.
Ia merupakan kunjungan rasmi kali pertama beliau ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Beliau beserta rombongan termasuk setiausaha politiknya, Misbahul Munir menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan beriringan keluar bersama Perdana Menteri meninggalkan masjid tersebut. - mns
Harakahdaily
Wednesday, April 16, 2008
Kerajaan Perak batal kelulusan tanah kepada parti komponen BN.
Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini berunsur penganiayaan kerana tanah berkenaan telah didiami sejak 1953 oleh sebuah pengusaha kilang kicap yang telah lama membuat permohonan ke atas tanah berkenaan.
"Tanah seluas 2.29 ekar di Pasir Pinji (Ipoh) telah digunakan oleh sebuah kilang kicap sejak sebelum merdeka, malangnya sebuah parti politik telah membuat permohonan baru-baru ini dan mendapat kelulusan...ini satu penganiayaan kepada pengusaha kilang yang menduduki lama," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Nizar berkata kerajaan negeri akan meminta pengusaha berkenaan mengemukakan permohonan semula melalui Pejabat Tanah dan Galian dan permohonan itu akan diproses bagi kelulusan.
"Sudah jelas pengusaha sudah lama menduduki (tanah) dan kerajaan negeri menyiasat kes itu selepas menerima aduan rasmi...didapati banyak kejanggalan yang perlu diperbetulkan dan ada unsur penganiayaan, jadi kita batalkan kelulusan yang diberikan (kepada parti politik)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nizar berkata mesyuarat berkenaan juga turut meluluskan kadar cukai tanah RM1 setahun kepada lebih 100 buah sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan iaitu SRJK dan SMJK (C) dan SMJK (T), sekolah swasta dan sekolah agama.
Menteri Besar juga berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya memperuntukkan masa siaran (airtime) selama sejam setiap hari melalui stesen radio Perak FM kepada kerajaan negeri.
"Kita dengan rendah diri memohon diberikan masa sejam untuk kita utarakan hasrat dan perancangan kerajaan negeri kepada rakyat," katanya.
Nizar sementara itu berkata kerajaan negeri akan meminta kerajaan persekutuan supaya meneruskan semua projek mega yang telah dirancang di Perak kerana tindakan memberhentikannnya akan menimbulkan kebimbangan kepada para pelabur dan rakyat.
Beliau berkata kesediaan Perdana, Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungannya di Putrajaya, Jumaat ini akan memberi peluang kepadanya menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak akan meneruskan semua dasar persekutuan yang baik membabitkan bidang seperti kewangan, ekonomi serta sosial.
Lagi gambar-gambar Ceramah 5 Menteri Besar.
Tuesday, April 15, 2008
Sorakan lebih 70,000 gegarkan Stadium Perak










Kelima-lima tokoh berkenaan senada menegaskan kemenangan yang dicapai pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu adalah kemenangan rakyat dan ia mesti dikekalkan sebelum Pakatan Rakyat berjaya menumpaskan Umno/BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saturday, April 12, 2008
MB Perak gesa kakitangan awam bersikap amanah

Kesihatan Presiden PAS Tidak Membimbangkan

Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.20 pagi tadi setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit stroke dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.
Manakala, pimpinan PAS Pusat iaitu Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob.
Tuesday, April 8, 2008
Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak

"Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar," katanya. - mks.