Wednesday, July 1, 2015

Edaran bubur lambuk anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng

30 Jun 2015 (13 Ramadhan) Selasa - Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sg. Rapat, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam program gotong royong memasak bubur lambuk di Surau Al Ehsan, Rapat Setia dan edaran bubur lambuk di Bazar Ramadhan Medan Gopeng petang tadi.

Hampir 500 bungkusan bubur lambuk dan 200 bekas dadih berjaya diagihkan dalam program kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan Gopeng dengan PKM DUN Sg. Rapat petang tadi. Hadir sama, Ketua Pemuda PAS Gopeng, Ustaz Rosdi serta seluruh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gopeng.

Buletin keluaran ke-3 PKM DUN Sg. Rapat (Warkah Rakyat) turut diedarkan kepada para pengunjung Bazar Ramadhan Medan Gopeng yang dianggap antara yang teramai pengunjungnya di bandaraya Ipoh. Rata-rata pengunjung berminat mendapatkan berita terkini perkembangan dan aktiviti wakil rakyat mereka di sekitar DUN Sg. Rapat.

YB Radzi bin Zainon
ADUN Sg Rapat




No comments: