Pemimpin kena berlapang dada menerima teguran dan berfikir sedalam-dalamnya tentang segala teguran itu, perlu banyak bersabar, sentiasa bermuhasabah diri dan yang paling penting setiap pemimpin dan ahli PAS perlu berusaha bersungguh- sungguh memenuhi jiwa masing-masing dengan sifat mahmudah dan menyingkirkan segala sifat mazmumah yang mungkin telah lama bersarang di lubuk jiwa kerana berpunca dari kejahilan dan kelalaian sendiri.
Setiap pemimpin wajar berterima kasih kepada setiap ahli PAS yang menegur mereka dengan matlamat membetulkan kesilapan dan menjernihkan keadaan. Namun, teguran tersebut haruslah dilakukan secara beradap dan berakhlak demi memelihara maruah diri setiap pemimpin atau manusia.
Oleh kerana PAS telah membuka pintu dan laluan kepada semua golongan untuk bersama-sama dengan PAS termasuk golongan seni dan ahli DHPP yang bukan Islam, maka kepimpinan PAS harus bijak dan berhikmah ke arah menangani segala cabaran dan persolan yang timbul.
No comments:
Post a Comment