Wednesday, August 17, 2011

Sambutan Badar Al-Kubra berlangsung dengan jayanya

Bertempat di Markas PAS Pengkalan Pegoh, Ipoh Perak semalam telah berlangsungnya Sambutan Badar Qubra Peringkat Negeri Perak . Majlis ini dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng.

Walaupun penceramah utama iaitu Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa tidak dapat hadir, namun majlis sambutan ini terus berlangsung dengan jayanya.
Antara pimpinan yang hadir ialah AJK Pas Pusat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Muhammad Bin Husain yang mewakili Husam Musa serta pimpinan PAS Perak. Walapun hujan turun dengan lebat, majlis berbuka puasa dan solat terawih tetap berjalan dengan lancar.

Pesuruhjaya PAS, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam ceramahnya menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Badar. "Semangat tentera Islam yang berperang pada bulan Ramadhan dalam keadaan serba kekurangan wajar menjadi inspirasi perjuangan kita pada hari ini," katanya. Beliau menggesa supaya PAS bersedia menghadapai PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, UMNO akan membuat apa sahaja demi mengekalkan kedudukannya. PAS perlu bersedia untuk menghadapi UMNO yang akan membuat apa sahaja demi menyekat perjuangan PAS yang ingin memartabatkan Islam "UMNO sama sahaja dengan Abu Jahal. Kedua- duanya tolak Islam, melakukan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Tidak ada beza UMNO dengan Abu Jahal," jelas beliau kepada lebih 800 orang hadirin.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengambil kesempatan pada majlis tersebut untuk menceritakan tentang apa yang berlaku di sidang dun yang diadakan baru-baru ini. Beliau berkata, sidang dun kali ini tidak mempunyai agenda dan dewan hanya bersidang tidak sampai 3 jam. Segala soalan yang ditujukan oleh Adun daripada Pakatan Rakyat tidak dijawab. "Ketika kami bangun nak berbahas pembesar suara kami ditutup. Kami terpaksa mencerit, adun BN pula bila-bila boleh berbahas. Inilah ketidakadilan yang BN," katanya.





















1 comment:

make fun said...

Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
ini adalah blog saya
http://webmarhaen.blogspot.com/
http://jomsumpit.blogspot.com/
http://malaysiannewstoday.blogspot.com/

nasib baik