Turut menjadi tanda-tanya ialah adakah kesemua banner-banner di mempunyai lesen dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan?
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
Beriya-iya benar Hamidah mempromosikan dirinya akibat terkesan daripada gerakerja bekas calon PAS di Dun Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang istiqamah dengan membantu warga Sungai Rapat melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat sejak sekian lama.
Jika tidak masakan tiba-tiba saja muncul Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat miliknya begitu hampir dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat yang dibawah seliaan Ustaz Radzi Zainon.
Oleh kerana perasaan tergugat tersebut, Hamidah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk mendapat tempat dipandangan pengundi-pengundi Sg Rapat.
Dalam keghairahan Hamidah menjadi model untuk banner-banner tersebut, ramai warga Sg Rapat yang bertanya dimana gambar-gambar Menteri Besar Umno, Dr Zambry menghilang?
Adakah ini satu strategi Hamidah untuk mengenepikan Zambry? Meletakkan dirinya lebih terkehadapan ataupun popular berbanding dengan Zambry?
Daripada mana pula Hamidah mendapatkan sumber kewangan yang begitu banyak untuk mencetak banner-banner itu {bayangkan berapa jumlahnya untuk meletakkan 4 banner disetiap simpang jalan?} serta pelekat poster-poster disetiap bungkusan kurma dan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma itu {contohnya: gambar-gambar dibawah}?
Ditambah lagi dengan perbelanjaannya untuk menghulurkan bantuan kepada warga Sungai Rapat menjadikan satu jumlah wang yang begitu besar dibelanjakan oleh Hamidah pada Ramadhan kali ini.
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
2 comments:
Mengikut firasat aku..smua duit tu Jamal n Osman ada sponser..Mana taknye midahkan menjd teman setia depa kemana saja depa pi...xkan xdpt kot..tuan penasihat mesti le dpt 25%..hehehe...
Isteri saya dapat kain, siap letak nama isteri saya lagi. Baru tahun ni ubah tempat mengundi ke Sungai Rapat. Mungkin sebab tu dapat kot?
Post a Comment