Unit amal dan pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah turun ke tempat kejadian. Mereka telah membatu membaik pulih rumah yang rosak di pukul ribut. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana banyak membatu sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa.

Sunday, April 18, 2010
Pesuruhjaya Pas Perak melawat mangsa ribut
Unit amal dan pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah turun ke tempat kejadian. Mereka telah membatu membaik pulih rumah yang rosak di pukul ribut. Ribuan terima kasih kepada mereka kerana banyak membatu sedikit sebanyak mengurangkan beban mangsa.
Pas dan Unit Amal paling awal membantu mangsa ribut di Kg Ara Payung
Pas Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.
Pas yang diketuai oleh bekas calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, Ydp Pas Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.
Pas telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana Pas telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada Pas Kawasan Batu Gajah.
Pas juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.
Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.
Pas Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.
Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan Pas Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut raufan.
Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Pas batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.
Thursday, April 8, 2010
Bantahan peniaga pasar Gunung Rapat

Ipoh menyuarakan bantahan perobohan pasar dan membina
yang baru disitu
Mereka menyatakan rasa kesal diatas sikap Dato Bandar yang tidak mahu berunding dengan mereka berhubung isu tersebut.
Dato Bandar telah memanggil mereka pada 8 Mac yang lalu dan menyampaikan taklimat berhubung projek tersebut tanpa meminta maklum balas daripada peniaga-peniaga disitu.

Menururut jurucakap peniaga-peniaga di situ, Encik Mat Razali, Dato Bandar Ipoh telah bersetuju untuk menemui mereka dipejabatnya pada 30 Mac jam 4.30 yang lalu.Tetapi apabila mereka pergi ke pejabatnya pada tarikh dan waktu yang dijanjikan itu, Dato’ Bandar tiada di pejabat, katanya ada urusan ditempat lain.
Mereka mendesak supaya Dato Bandar menetapkan satu tarikh dan masa yang baru untuk membincangkan hal cadangan perobohan dan membina semula pasar basah Gunung Rapat tersebut.
Mereka berharap Dato Bandar sudi mengadakan pertemuan dan berbincang dengan mereka untuk mengetahui permasalahan mereka berhubung rancangan untuk meroboh dan membina semula bangunan baru pasar disitu.
Ditanya apa sebenarnya bantahan mereka terhadap projek pasar baru tersebut, Mat Razali menerangkan bahawa lokasi tersebut tidak berapa sesuai dengan kos yang bakal menelan belanja RM6 juta itu dan minta suatu tapak yang lebih luas dan lebih selesa.

“Tempoh pembinaannya mengambil masa yang lama antara 2 ke 3 tahun ; dan kami ditempatkan ditapak sementara yang jauh dan tidak sesuai,” kata Mat Razali.
“Kami mencadangkan supaya pasar ini dibaik pulih dengan kos yang lebih murah iaitu antara 2-3 juta sahaja dan tidak merumitkan kami dan orang ramai yang berurusan dengan kami,” jelasnya lagi yang mewakili seratus lebih para peniaga disitu.

Mereka juga membantah atas adanya campurtangan pihak ketiga dalam projek tersebut serta terdapatnya peniaga-peniaga luar yang diberikan tempat atau ruang yang lebih selesa berbanding dengan para peniaga asal pasar tersebut.
sumber: alhusseyn