Thursday, March 26, 2009
Sepetang di Bukit Gantang dan Kuala Sepetang.
Setelah beberapa hari berada di Bukit Gantang dan Changkat Jering, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu menikmati mee udang yang 'fofular' seantero malaya ketika ini.
Setelah tiba di warung yang dimaksudkan, manusia punyalah 'power packed', mau sejam sengah tunggu pun tak dapat makan lagi. Jadi kami meneruskan perjalanan kedepan lagi lalu berjumpa dengan sebuah warung mee udang lagi, tapi di sini walaupun ramai pengunjungnya, namun tak seramai warung yang awal kami singgah.
Setelah licin tinggal kulit udang bergelimpangan dalam dan luar pinggan, kami pulang ke Air Kuning. Dalam perjalanan yang sungguh syahdu itu, ternampak double pelangi diangkasa menyambut kepulangan kami.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment